Pendahuluan
Setiap individu perlu bekerja untuk mencari wang untuk menyara diri atau keluarga. Pelbagai jenis dan bidang kerja boleh dilakukan untuk mencari wang yang halal.
Definisi
Favoritisme pejabat dikenal sebagai individu atau kumpulan yang disukai oleh bos atau majikan dalam sesebuah organisasi. Topik ini popular dikatakan sebagai membodek atau mengampu dalam perhubungan dalam pekerjaan.
Individu atau kumpulan ini sering dikatakan sebagai anak emas dan berkeupayaan untuk mengubah dan mempengaruhi keputusan bos walaupun telah diputuskan dalam mesyuarat rasmi. Kebolehan individu atau kumpulan ini memepengaruhi keputusan bos boleh didorong atas kepentingan diri yang negatif dalam sesebuah organisasi.
Sumber: Google
Punca / Sikap
Sikap |
Huraian |
Self–esteem rendah |
Self–esteem yang rendah menyebabkan individu memilih untuk menjadi favoritisme pejabat.Individu berkenaan tak berupaya untuk membuktikan potensi diri lalu memilih untuk menjatuhkan orang lain. |
Pengaruh Didikan Keluarga Hubungan sehala sahaja |
Gaya keibubapaaan yang menggunakan komunikasi sehala seperti seorang raja dan hamba juga faktor kepada individu memilih karekter favoritisme pejabat. Hidup individu dibayang dengan ketakutan dan kebimbangan kerana sentiasa diarah dan diperintah |
Sifat ingin pengaruh dan kuasa |
Individu sentiasa ingin mendapatkan kuasa dan pengaruh. Ia dilakukan demi kepentingan peribadi dan percaya bahawa maruah diri akan meningkat jika memiliki pengaruh dan kuasa dalam organsasi |
Konflik diri |
|
Inferrroti dan komoensasi |
Sifat ingin mencapai kesempurnaan diri dan cita-cita merupakan faktor kepada indvidu ingin menjadi favoritisme di pejabat. Individu tersebut berkemungkinan |
Minat sosial |
|
Gaya Hidup |
Pengamal individu favoritisme mempunyai gaya hidup yang terbentuk ketika zaman kanak-kanak dahulu. Melalui amalan gaya hidup yang sentiasa dikongkong atau dimarahi sejak kecil mengakibatkan individu berkenaan memepunyai tahap self-esteem yang rendah. Ini boleh menyebabkan individu berkenaan tidak mampu untuk bersaing lalu mengambil jalan untuk bersing dalam hidup dengan cara tidak rasional. |
Cara Bagaimana Mengurus Jika Anda adala mangsa Favoritisme
- Analisis Situasi
Lakukan analisis dengan jujur jika majikan anda ialah seorang yang suka memberikan sesuatu tugas kepada pekerja favoritenya. Kadangkala apa yang dilakukan oleh bos majikan anda adalah demi kepentingan organisasi atau strategi untuk meningkatkan produktiviti dan peningkatan prestasi organisasi.
- Membuat kepastian Masalah
Jika anda memerhati dan membuat penilaian bahawa bos majikan anda membuat sesuatu keputusan organisasi berdasarkan hubungan yang tidak profesional atau berdasrkan orang kegemarannya sahaja, anda boleh menyatakan kepada bos anda tentang perkara itu secara peribadi. Berikan penjelasan bahawa kenyataan ini bukan saja dilihat oleh anda, malah unit dan jabatan yang lain turut sama menyatakan perkara yang sama.
- Membuat Aduan kepada pihak Pengurusan Atasan
Jika anda merasakan bos majikan anda mempunyai sikap yang tidak profesional dalam membuat keputusan, sudah tiba masa untuk membuat aduan kepada pihak pengurusan atasan mengenai perkara tersebut. Memberikan kepercayaan kepada Pihak pengurusan sumber untuk melaksanakan tindakan secara profesional.
- Jika Anda seorang Pengurus/ Profesional
Laksanakan tugas secara profesional dan elakkan diri daripada membuat keputusan berdasarkan hubungan seorang rakan/sahabat (tidak profesional). Jika anda dilabel sebagai seorang kronisme atau nepotisme dan ini merupakan perkara yang tidak baik dalam sesebuah organisasi. Anda perlu memberikan tugas kepada pekerja yang benar-benar berkelayakan, kompeten dan berwibawa untuk melaksanakan tugas.Jauhkan diri daripada besifat pilih bulu dan tidak professional.
Rujukan
- id.zulkarnainazis.com/2014/05/dilema-etika-nepotisme-kronisme-dan.html”>http://id.zulkarnainazis.com/2014/05/dilema-etika-nepotisme-kronisme-dan.html
- www.leadergrow.com/articles/43-favoritism-is-a-huge-problem”>http://www.leadergrow.com/articles/43-favoritism-is-a-huge-problem
- en.wikipedia.org/wiki/Sick_building_syndrome”>https://en.wikipedia.org/wiki/Sick_building_syndrome
- www.forbes.com/fdc/welcome_mjx.shtml”>http://www.forbes.com/fdc/welcome_mjx.shtml
- www.wikihow.com/Deal-With-a-Boss-Showing-Favoritism”>http://www.wikihow.com/Deal-With-a-Boss-Showing-Favoritism
- work.chron.com/handle-favoritism-work-21021.html”>http://work.chron.com/handle-favoritism-work-21021.html
- www.forbes.com/pictures/efkk45lgmm/9-things-you-can-do-when-youre-the-victim-of-workplace-favoritism/”>http://www.forbes.com/pictures/efkk45lgmm/9-things-you-can-do-when-youre-the-victim-of-workplace-favoritism/
- www.themoscowtimes.com/business_for_business/article/corruption-in-russia–a-social-phenomenon/437420.html”>http://www.themoscowtimes.com/business_for_business/article/corruption-in-russia–a-social-phenomenon/437420.html
Semakan Akhir | : | 16 Januari 2017 |
Penulis | : | En. Mohd Taufiq b. Mahmud |
Akreditor | : | Tn. Hj. Hairol Kamal b. Abdul Rahman |