A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Keselamatan Dan Persekitaran Pekerja

Keadaan seperti faktor pencahayaan, kebisingan, getaran, bahan kimia dan keadaan cuaca yang buruk boleh mempengaruhi kualiti kerja termasuk meningkatkan frekuensi kesilapan manusia.

Pengenalan

Sebagai pekerja, kebanyakan kita menghabiskan masa seharian di tempat kerja di mana kita akan terdedah kepada pelbagai punca bahaya. Tempat kerja yang kurang selamat boleh mengakibatkan kemalangan dan penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan yang akan memudaratkan diri dan keluarga dari segi sosial dan juga kewangan.

Mengapa berlaku

Kajian Klitzman dan Stellman (1989) menunjukkan persekitaran bekerja yang kurang baik, contohnya kebisingan, kualiti udara yang tercemar, keadaan ruang kerja yang tidak ergonomik dan kurang privasi menunjukkan wujud hubungan yang signifikan dengan kepuasan bekerja. Faktor-faktor tersebut akan mempengaruhi kelakuan pekerja untuk bekerja. Ini turut dibuktikan dengan kajian oleh Sanders dan McCormick (1993) bahawa produktiviti dan mutu kualiti kerja pekerja di industri mempunyai hubungan dengan keadaan persekitaran pekerja itu bekerja. Keadaan seperti faktor pencahayaan, kebisingan, getaran, bahan kimia dan keadaan cuaca yang buruk boleh mempengaruhi kualiti kerja termasuk meningkatkan frekuensi kesilapan manusia.

Jones dan Broadbent (dalam Eukland, 1997) juga menyatakan kebisingan di tempat kerja dapat mempengaruhi pekerja melakukan kesilapan semasa bekerja kerana ia biasanya mengganggu kemampuan untuk menumpukan perhatian. Bunyi kuat dan tidak dijangka juga menyebabkan kepuasan bekerja berkurangan, memberi kesan pada keselamatan, tekanan di tempat kerja dan berpotensi menyebabkan kehilangan pendengaran kekal jika intensitibunyi melebihi 85-90 dbA.

Kesedaran ergonomik

Ergonomik merupakan satu kajian saintifik yang mengkaji hubungan antara persekitaran tempat kerja dengan manusia untuk mengatasi pelbagai jenis risiko bahaya terhadap para pekerja. Ianya meliputi aspek interaksimanusia dengan penggunaan peralatan, keperluan dalam melakukan kerja dan juga faktor persekitaran di tempat kerja. Ergonomik diaplikasikan di tempat kerja agar kesihatan dan keselamatan pekerja terjamin kerana lazimnya pekerja tidak menyedari bahawa mereka terdedah kepada pelbagai jenis risiko bahaya terhadap kesihatan di tempat kerja seperti risiko kesihatan mental dan fizikal, bahaya penggunaan bahan kimia, persekitaran kerja yang tidak selamat dan banyak lagi.

Chapanis (1985) mendefinisikan ergonomik sebagai suatu kajian sains yang merangkumi penggunaan maklumat mengenai kelakuan, had dan kemampuan manusia serta ciri-ciri lain untuk merekabentuk sistem, mesin, alatan,tugas, persekitaran dan ruang kerja supaya produktif, selamat, selesa dan efektif untuk penggunaan manusia. Dua objektif utama ergonomik ialah untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan kerja yang dilakukan termasuklah selesa untuk digunakan, mengurangkan kesilapan dan meningkatkan produktiviti. Objektif kedua untuk memenuhi sebahagian daripada keinginan manusia seperti menambahbaik keselamatan, mengurangkan keletihan dan tekanan, meningkatkan keselesaan, kepuasan bekerja dan kualiti kehidupan.

                       

Tips penjagaan diri dan pekerjaan.

  1. Bekerja dalam postur tubuh badan yang neutral/normal.
  2. Mengurangkan daya atau tenaga kerja yang digunakan secara berlebihan semasa bekerja.
  3. Memastikan peralatan kerja dalam lingkungan mudah untuk dicapai.
  4. Bekerja pada ketinggian yang sesuai.
  5. Mengurangkan pergerakan yang berlebihan semasa bekerja.
  6. Meminimumkan beban statik dan keletihan semasa bekerja.
  7. Meminimumkan titik tekanan semasa bekerja.
  8. Mengekalkan persekitaran tempat kerja yang kemas, teratur dan selesa semasa bekerja.
  9. Menambahbaikkan organisasi kerja.
  10. Musnahkan halangan.
  11. Rekabentuk paparan dan kawalan di tempat kerja agar mudah difahami.
  12. Lakukan senaman ringan, pergerakan dan regangan antara kerja.

Rujukan

  1. http://www.dosh.gov.my”>www.dosh.gov.my
  2. ms.wikipedia.org
  3. eprints.utm.my
  4. http://www.insza.edu.my”>www.insza.edu.my
  5. Img1.etsystatic.com
Semakan Akhir : 9 Januari 2017
Penulis : En. Awang Mohd Azmi b. Endal
Akreditor : Pn. Ruhana bt. Mahmod

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,457

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia