A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Artritis

Pengenalan

Walaupun arthritis bermaksud radang tulang, ia sebenarnya merujuk kepada lebih dari 100 jenis penyakit reumatik dan penyakit-penyakit lain yang menyebabkan kesakitan, kaku dan kebengkakan sendi-sendi badan. Diantaranya termasuk arteritis reumatik, penyakit gout, jangkitan kuman dan lain-lain

Dua kumpulan yang kerap ditemui adalah osteoarthritis dan artritis reumatik

Apa itu artritis reumatik?

Artritis reumatik adalah penyakit sistem daya tahan badan yang berlaku apabila sistem daya tahan badan menyerang selaput sendi.

Penyakit ini boleh menjadi kronik, menyebabkan sakit sendi, kaku, bengkak dan hilang fungsi untuk aktiviti harian.

Berikut adalah contoh artritis reumatik teruk yang menyerang sendi-sendi kecil tangan.

Arthritis

Tanda dan gejala artritis reumatik.

Tanda-tanda awal termasuk:

  • Sakit-sakit sendi-ini disebabkan oleh radang selaput sendi ataupun osteoarteritis sekunder
  • Hilang fungsi sendi-Pesakit menghadapi kesukaran untuk memberus gigi, menyikat rambut, membuat kerja-kerja harian, menguruskan diri dan lain-lain
  • Kecacatan anggota badan (seperti diatas)

Bagaimana ia dirawat?

Berbagai kaedah rawatan termasuk ubat penahan sakit, suntikan steroid dan pembedahan tukar sendi boleh digunakan dan ini adalah berdasarkan kepada tahap penyakit.

Antara rawatan yang ada termasuk:

  • NSAIDs (ubat anti radang ) seperti libuprofen dan aspirin untuk menghilangkan sakit
  • “Disease-modifying anti-rheumatic drugs (DMARDs)” termasuk methotrexate dan sulfasalazine yang boleh mengubah riwayat penyakit dengan memperlahankan proses radang selaput sendi. Ini boleh melambatkan proses kerosakan sendi dan organ organ badan lain

Bolehkah senaman/fisioterapi membantu?

Boleh.Senaman dan fisioterapi yang kerap dan berjadual adalah salah satu kaedah rawatan penting untuk artritis.Tanpa senaman yang kerap, sendi dan otot menjadi kejang dan ketat. Namun begitu senaman perlulah diselang seli kan dengan rehat yang cukup.

Apakah jenis senaman yang dicadangkan?

Tiga jenis senaman/fisioterapi dicadangkan:

  • Senaman julat pergerakan sendi:Boleh dilakukan setiap hari atau selang sehari.Menggerakkan sendi sejauh mana yang boleh akan mengekalkan julat pergerakan sendi,mengurangkan kesakitan dan mengekalkan fungsi.
  • Menguatkan otot: Juga boleh dilakukan setiap hari atau selang sehari.Menguatkan otot disekeliling sendi akan membantu menstabilkan sendi tersebut
  • Daya tahan: Senaman arobik seperti berjalan,berenang dan mengayuh basikal menguatkan jantung dan paru-paru dan ini akan meningkatkan stamina.Ini boleh dilakukan untuk 20-30 minit sehari sekurang-kurang nya 3 kali seminggu jika berkebolehan

Rujukan

Campbell Operative Orthopaedics

Semakan Akhir : 01 Mei 2012
Penulis : Dr. Izan Ibrahim
Penyemak : Dr. Heselynn Hussein

 

Artikel Berkaitan

Brain Death

Introduction Since ancient times, death is said to have occurred

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia