Pengenalan
Malaysia merupakan negara yang kaya dengan hutan semulajadi. Hutan yang merupakan habitat kepada flora dan fauna bukan sahaja berperanan untuk menyimbangkan ekosistem, Tetapi juga merupakan tempat tarikan ekopelancongan. Hutan samada hutan lipur, taman negara atau tempat rekreasi sentiasa dikunjungi oleh pelancong ecotourism dari dalam dan luar Negara.
Mereka yang mengunjungi ke kawasan hutan berkemungkinan terdedah kepada penyakit berjangkit sekiranya langkah pencegahan tidak diambil. Golongan yang berisiko juga termasuk peserta aktiviti lasak, pemburu, anggota tentera yang beroperasi di kawasan pedalaman, mereka yang bekerja di hutan, kawasan pembalakan, peneroka di rancangan tanah yang baru dan lain-lain.
Antara penyakit yang mungkin dijangkiti semasa mengunjungi kawasan tersebut adalah :
- Leptospirosis
- Malaria
- Melioidosis
Leptospirosis
- Leptospirosis ialah sejenis penyakit zoonotik (penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia) yang disebabkan oleh bakteria Leptospira.
- Manusia boleh dijangkiti apabila terdedah kepada air, tanah atau makanan yang dicemari dengan bakteria ini.
- Pelbagai haiwan liar dan domestik boleh menjadi perumah kepada bakteria Leptospira. Antaranya adalah tikus, kucing, anjing, lembu, babi, arnab, kuda dan sebagainya.
- Leptospirosis adalah endemik di negara beriklim tropika termasuk Malaysia. (Untuk maklumat lanjut sila layari http:/ /www.myhealth.gov.my/v2/index.php/my /leptospirosis)
Malaria
- Malaria adalah penyakit bawaan vektor yang merebak melalui gigitan nyamuk Anopheles biasanya pada waktu senja dan malam. (Untuk maklumat lanjut sila layari https://myhealth23.primuscore.com/v2/index.php/my/malaria)
Melioidosis
- Penyakit ini disebabkan oleh bakteria Burkholderia pseudomallei yang hidup melata di dalam tanah.
- Manusia boleh dijangkiti penyakit ini melalui pendedahan kepada tanah dan air yang tercemar dengan bakteria tersebut.
- Golongan yang lebih berisiko ialah mereka yang mengidap penyakit kronik seperti diabetes, penyakit hati, sakit buah pinggang, thalassemia, kanser atau lain-lain penyakit daya tahan badan (imuniti) yang rendah.
Tanda dan Genjala
Leptospirosis
- Tempoh pengeraman : 2 hingga 30 hari (anggaran 10 hari)
- Demam
- Menggigil
- Sakit badan/otot
- Sakit kepala
- Batuk tidak berkahak
- Loya, muntah dan cirit-birit
- Konjunktivitis
- Ruam
Malaria
- Tempoh pengeraman adalah antara 7 hingga – 30 hari sebelum tanda-tanda penyakit bermula
- Mengigil
- Demam berulang
- Berpeluh
- Sakit kepala
- Loya dan muntah
- Sakit seluruh badan
- Lemah dan keletihan
Melioidosis
- Anggaran tempoh pengeraman adalah di antara 2 hingga 7 hari.
- Luka pada kulit yang selalunya menyebabkan ulser atau bernanah
- Demam
- Batuk
- Sakit dada
- Sakit kepala
- Tiada selera makan
- Sakit badan/otot.
Langkah-langkah Pencegahan
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihatkan pengunjung yang melawat ke kawasan-kawasan hutan supaya sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan penyakit seperti berikut bagi mengelakkan jangkitan penyakit:
- Memakai baju dan seluar panjang serta menggunakan krim/ubat pencegah serangga (insect repellent) untuk mengelakkan gigitan nyamuk dan serangga.
- Hendaklah sentiasa berkasut dan berpakaian yang sempurna.
- Sentiasa basuh tangan dengan sabun dan air sebelum makan.
- Mengelakkan daripada bermain atau mandi di sungai jika terdapat luka atau kudis di kulit. Sekiranya masih perlu terdedah kepada air, tutup luka atau kudis tersebut dengan sempurna dengan plaster yang kalis air.
- Jangan minum air dari sumber air yang tidak dimasak atau dirawat.
- Elakkan daripada bersentuh dengan haiwan liar atau najis haiwan. Sekiranya sentuhan berlaku, cuci tangan dengan sabun dan air atau gunakan hand sanitizer.
- Sekiranya perlu bermalam di hutan atau berkhemah,
- Gunakan kelambu untuk mengelakkan gigitan nyamuk semasa tidur
- lakkan daripada tidur di tempat yang ada urungan haiwan terutamanya tikus
- Elakkan daripada tidur di atas tanah tanpa beralas
- Simpan makanan dalam bekas yang bertutup dan jangan minum air yang tidak dirawat.
- Penggunaan profilaksis untuk Malaria disarankan untuk golongan yang berisiko tinggi seperti:
- Pelawat-pelawat dari luar negara yang ingin ke kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia ataupun kawasan-kawasan tertentu di Sabah dan Sarawak
- Anggota tentera yang beroperasi di kawasan pedalaman terutama di sempadan Malaysia-Thailand
- warganegara seperti, pekerja balak, peneroka di rancangan tanah yang baru dibuka dan lain-lain.
- *Nasihat pegawai perubatan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum mengambil profilaksis
- Tiada vaksin khas untuk mengelakkan jangkitan leptospirosis, malaria dan melioidosis
- Segera berjumpa dengan doctor sekiranya menunjukkan tanda-tanda gejala jangkitan penyakit selepas mengunjungi tempat-tempat ini. Memaklumkan kepada doktor bahawa anda telah mengungjungi tempat-tempat tersebut!
Rujukan:
- Kementerian Kesihatan Malaysia. (2011). Garis Panduan Untuk Diagnosis, Pengurusan, Pencegahan dan Kawalan Penyakit Leptospirosis di Malaysia (1st ed.). Bahagian Kawalan Penyakit, Jabatan Kesihatan Awam, Putrajaya.
- Kementerian Kesihatan Malaysia. (2007) Garis Panduan Pengurusan Penyakit Malaria Di Malaysia. Bahagian Kawalan Penyakit, Jabatan Kesihatan Awam, Putrajaya.
- Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. (2012). Guidelines For Clinical And Public Health Management Of Melioidosis In Pahang (1st ed).Unit Kawalan Penyakit Berjangkit, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Kuantan.
- Kementerian Kesihatan Malaysia. (2010). Nota Makluman: Meliodosis [Kenyataan Akhbar]. Diambil dari http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view_page/20/39
- Kementerian Kesihatan Malaysia. (2010). Nota Makluman: Leptospirosis [Kenyataan Akhbar]. Diambil dari http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view_page/20/40
Semakan Akhir | : | 6 Mac 2017 |
Penulis | : | Ong Chia Ching |
Akreditor | : | Ooi Poh Keong |