Apa Itu Alat Bantu Pendengaran RIE?
RIE (receiver-in-the-ear) merupakan alat bantu pendengaran dengan kedudukan receiver atau speaker diletakkan di dalam salur telinga. Ini merupakan inovasi alat bantu pendengaran jenis belakang telinga yang memberi bunyi yang lebih baik dan mengecilkan saiz alat bantu pendengaran. Kebiasaannya alat ini dihubungkan dengan dome atau insert eartip. namun boleh juga menggunakan ear mould bergantung kepada tahap masalah pendengaran.
Siapa Yang Sesuai Menggunakan Alat Bantu Pendengaran Jenis RIE?
- Pesakit yang mengalami masalah pendengaran pada tahap ringan hingga teruk. Pesakit yang mempunyai masalah pendengaran pada tahap sangat teruk tidak sesuai menggunakan alat bantu pendengaran jenis RIE.
- Pesakit yang tidak mempunyai saiz salur telinga yang kecil dan sempit.
- Pesakit yang mementingkan penampilan kosmetik terutamanya golongan muda dan mengamalkan gaya hidup yang aktif.
Apakah kelebihan dan kekurangan RIE?
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
|
|
Sekiranya saya mempunyai masalah pendengaran dan berminat untuk menggunakan alat bantu pendengaran RIE, apa yang saya perlu lakukan?
Sila dapatkan pemeriksaan pendengaran oleh audiologis yang terlatih. Sesi percubaan alat bantu pendengaran akan dijalankan bagi menentukan alat bantu pendengaran yang bersesuaian
Apakah langkah-langkah penjagaan alat bantu pendengaran RIE yang betul?
- Elakkan alat bantu pendengaran dari terjatuh atau terkena air.
- Alat bantu pendengaran hendaklah disimpan dalam bekas pengering yang dibekalkan dengan bateri dikeluarkan. Bateri yang tidak dikeluarkan akan menyebabkan permukaan berkarat terbentuk.
- Tukar eartip atau dome yang kotor atau rosak sekurang-kurangnya setahun sekali. Ini bagi menjaga kebersihan telinga dan alat bantu pendengaran.
- Alat bantu pendengaran perlu diservis sekurang-kurangnya setiap 6 bulan sekali.
Apa yang perlu anda lakukan sekiranya alat bantu pendengaran RIE rosak?
- Alat bantu pendengaran perlu diservis dan dibaikpulih oleh pembekal alat bantu pendengaran
- Pastikan tempoh jaminan alat bantu pendengaran anda. Sekiranya masih dalam tempoh jaminan, tiada kos tambahan akan dikenakan untuk kos servis dan baikpulih alat bantu pendengaran anda (kecuali kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian)
Rujukan
- Evaluation of an open-canal hearing aid by experienced user. Otto, Walter C, Hearing Journal, Vol. 58, Issue 8, pp 26,39,32, August 2005
- Open fitting : performance verification of receiver in the ear and receiver in the aid. Maria Fernanda Capioni G. M et al, Brazilian Journal of Otorhinolaryngology, Vol. 81, Issue 3, pages 270-275, May – June 2015
- Sensori-neural Hearing Loss Client’s Performance with receiver-in-canal (hearing aid), S.G.R Prakesh et al., International Journal of Otolaryngology and head and neck surgey, Vol. 2, Number 2, March 2013.
- The effect of receiver placement on probe microphone, performance and subjective measure with open canal hearing instruments, Alworth et al. , Journal of the American Academy of Audiology, volume 21, number 4, 2010
- www.advancedaudiology.com
- www.widex.com.au
- www.betterhearingjax.com
- https://usa.bestsoundtechnology.com
- www.sonici.com
- http://img.medicalexpo.com
- http://www.superiorhearing.com
- http://www.starkeyindia.com
Semakan Akhir | : | 11 April 2017 |
Penulis | : | Muhammad Shahanizam b. Shamsuddin |
Akreditor | : | Roshila bt. Bujang |