A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Pencegahan MERS-COV Dalam Kalangan...

Pencegahan MERS-COV Dalam Kalangan Jemaah Haji/Umrah

Pengenalan

Novel Coronavirus, yang juga dikenali sebagai Middle East Respiratory  Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) bermula di Arab Saudi dan dilaporkan di beberapa Negara Timur Tengah lain. Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mula melaporkan mengenainya pada September 2012. Sehingga 2 Disember  2016, sejumlah 1841 kes MERS- CoV yang disahkan melalui ujian makmal telah dilaporkan di seluruh dunia yang melibatkan 27 buah negara, di mana  80% kes adalah dari negara Arab Saudi. (Jadual 1).  Rakyat Malaysia juga berisiko mendapat jangkitan kerana bilangan yang mengerjakan haji dan umrah adalah agak tinggi. (Kenyataan Akhbar Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia)

Tindakan berwaspada adalah diperlukan untuk mencegah jangkitan MERS-CoV. Di Malaysia, satu (1) kes kematian yang disahkan dijangkiti MERS-CoV melibatkan seorang lelaki Melayu warga Malaysia berusia 54 tahun, berasal dari Batu Pahat, Johor. Hasil siasatan mendapati beliau baru pulang ke Malaysia dari mengerjakan umrah dan tiba di Malaysia pada 29 Mac 2014. Pada 8-9 April 2014, beliau mengalami gejala demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas. Pada 10 April 2014, beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Keadaan beliau menjadi semakin tenat dan disahkan meninggal dunia pada 13 April 2014, jam 9:57 pagi. Hasil siasatan mendapati punca kematian adalah Severe Pneumonia Secondary to MERS-CoV.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus meningkatkan langkah-langkah kesiapsiagaan dan respon bagi menghadapi potensi penularan jangkitan MERS-CoV di Malaysia di setiap peringkat fasiliti kesihatan. Semua Pintu Masuk Antarabangsa di Malaysia juga telah mengedarkan ‘Kad Amaran Kesihatan’ (Health Alert Card – HAC) kepada pelawat yang tiba dari negara terlibat MERS-CoV yang mempunyai transmisi aktif seperti di negara-negara Timur Tengah dan Republik Korea. Disemua pintu masuk ketibaan (gate) Antarabangsa utama negara iaitu KLIA, pihak kesihatan telah mengedarkan kad HAC  bagi penerbangan yang tiba secara terus dari negara-negara Timur Tengah dan Republik Korea.

Jadual 1: Bilangan Kes MERS CoV yang dilaporkan di seluruh dunia sehingga 2 Disember 2016

Bil

Negara

Bil. Kes Positif

1

Algeria

2

2

Austria

2

3

Bahrain

1

4

China

1

5

Egypt

1

6

France

2

7

Germany

3

8

Greece

1

9

Iran

6

10

Itali

1

11

Jordan

28

12

Kuwait

4

13

Lebanon

1

14

Malaysia

1

15

Netherlands

2

16

Oman

7

17

Philippines

2

18

Qatar

16

19

Republic of Korea

186

20

Saudi Arabia

1482

21

Thailand

3

22

Tunisia

3

23

Turkey

1

24

United Kingdom

4

25

United Arab Emirates

79

26

United State of America

2

27

Yemen

1

 

Jumlah

1842

Tanda dan Gejala

MERS-CoV menyebabkan jangkitan saluran pernafasan akut dalam kalangan manusia. Gejala utama adalah demam, batuk, dan kesukaran untuk bernafas. Kebanyakan kes mengalami radang paru-paru (pneumonia). Kebanyakan kes, jangkitan MERS-CoV adalah ringan. Bagi individu yang kurang daya tahan jangkitan, gejala jangkitan mungkin berlaku dalam bentuk yang tidak lazim (atypical) (WHO (2015). World Health Organization

Punca Jangkitan

Menurut WHO, punca jangkitan dan cara jangkitan bagi jangkitan MERS-CoV ini masih lagi belum dapat dikenalpasti. Pihak WHO juga menegaskan, buat masa ini tahap penularan jangkitan tersebut secara keseluruhannya tidak diketahui dan tiada vaksin untuk memberi perlindungan terhadap jangkitan MERS-CoV. Pihak WHO juga tidak mengeluarkan sebarang nasihat perjalananan (travel advisory) atau mengeluarkan sebarang larangan lawatan ke negara-negara yang terlibat.

Pencegahan

Orang awam yang ingin mengerjakan Haji/umrah di Tanah Suci atau mengadakan lawatan ke mana-mana negara di rantau Timur Tengah yang kini melaporkan kejadian jangkitan MERS-CoV, hendaklah menitik beratkan perkara berikut:

  1. Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer), terutamanya selepas batuk, bersin atau selepas bersalaman.
  2. Semasa dalam tempoh mengerjakan Haji/Umrah atau lawatan, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu.
  3. Semasa dalam tempoh mengerjakan Haji/Umrah atau lawatan, elakkan dari menjamah makanan mentah atau tidak dimasak dengan sepenuhnya, menjamah buah-buahan mahupun sayuran yang tidak dibasuh terlebih dahulu atau meminum minuman yang menggunakan bekalan air tidak terawat.
  4. Mereka yang pulang ke Malaysia dari mengerjakan Haji/Umrah atau lawatan ke Negara-negara yang terlibat, khususnya dari negara di rantau Timur Tengah dengan gejala jangkitan respiratori (demam, batuk, selsema dan sakit tekak) adalah dinasihatkan untuk memakai penutup mulut dan hidung (medical mask). Jika gejala yang dialami berterusan dan menjadi bertambah teruk, segera dapatkan rawatan perubatan serta maklumkan mengenai sejarah perjalanan mereka kepada doktor yang merawat.

Kesimpulan

Secara amnya, semua Jemaah Haji/Umrah mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan virus MERS-CoV ini. Kerjasama pihak agensi pelancongan khususnya yang menguruskan Jemaah Haji/umrah adalah perlu agar dapat memperkukuhkan kesedaran mengenai kejadian jangkitan MERS-CoV melalui hebahan maklumat secara berterusan kepada para Jemaah Haji/umrah yang diuruskan. Bagi tujuan ini, agensi terbabit dipohon untuk merujuk kepada nasihat kesihatan sebagaimana yang disarankan di atas. Pemantauan oleh KKM mengenai situasi kejadian penyakit ini adalah perlu bagi pengambilan langkah-langkah pencegahan dan kawalan sebagaimana yang disarankan.

Rujukan

  1. Bernama (2015). Agensi Berita Nasional Malaysia. Kesiapsiagaan Dan Respons Kementerian Kesihatan Malaysia Terhadap Middle East Respiratory Syndrome Corona Virus (Mers-Cov). http://mrembm.bernama.com/viewsm.php, Bertarikh 24 Jun 2015. Dicetak pada 24 Januari 2017
  2. Kenyataan Akhbar Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia (2015). Kesiapsiagaan dan respons Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS CoV), Bertarikh 24 jun 2015
  3. Kentayaan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (2015). Status terkini dan kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap kejadian jangkitan Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS CoV). Bertarikh 2 Julai 2015
  4. WHO (2015). World Health Organization, Middle East respiratory syndrome coronavirus (MERS-CoV) Summary of Current Situation: Literature Update and Risk Assessment, 5 December 2016. www.who.int/emergencies/mers-cov/en/. Dicetak pada 24 Januari 2017
Semakan Akhir : 17 April 2017
Penulis : Amran bin Mohd. Noor
Akreditor : Tn. Hj. Rosnani bin Ab. Hamid

 

Artikel Berkaitan

HIV / AIDS – TA

Pengenalan Wabak jangkitan virus Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan Sindrom

Palpitasi

Berdebar-debar juga dikenali sebagai satu keadaan di mana degupan jantung

Kaca Mata Hitam

Pengenalan Kaca mata hitam adalah alat pelindung mata yang digunakan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia