A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pleuroskopi

Pleuroskopi adalah prosidur yang membolehkan akses kepada ruang pleura. Ia membolehkan doktor mengambil tisu pleura dengan melihat sendiri semasa tisu pleura diambil. Alat yang digunakan  dipanggil pleuroskop.

Sistem pengimejan video resolusi tinggi, termasuk pleuroskop (Rajah 1), membolehkan semua ahli pasukan perubatan melihat dan mengambil bahagian dalam prosidur pleuroskopi.  

Ini memudahkan bantuan kepada pengendali demi keselamatan pesakit (Rajah 2) . Prosidur ini boleh dilakukan sama ada di dalam bilik operasi atau dalam persekitaran yang khusus untuk prosidur invasif.

Rajah 1: Satu set pleuroskop

 

Rajah 2. Pesakit, pengendali dan sistem video pengimejan

Indikasi

  • Untuk mendiagnosa penyakit yang menyebabkan terkumpulnya cecair di dalam rongga pleura
  • Prosidur terapeutik seperti pleurodesis. Ini adalah prosidur di mana ruang pleura ditutup dengan menggunakan ubat-ubat tertentu. Ia mengakibatkan kedua lapisan pleura melekat supaya cecair pleura tidak boleh terkumpul lagi di masa akan dating.

Kontraindakasi

  • Kekurangan ruang pleura
  • Koagulopati (pendarahan mudah) yang tidak boleh dirawat
  • Ketidakstabilan hemodinamik

Penyediaan pesakit

Prosidur ini boleh dilakukan melalui bius setempat (local anaesthesia) samada pesakit sedar atau tidak atau di bawah bius am (pesakit tidak sedarkan diri / tidur)

Sebelum Prosedur

  • Pesakit perlu memberi keizinan bertulis
  • Siasatan darah dilakukan untuk memastikan:
    • Tahap darah yang mencukupi
    • Tiada kecenderungan pendarahan
  • Elektrokardiografi (ECG) dilakukan untuk pesakit tertentu
  • Pesakit diminta untuk berpuasa semalaman
  • Satu kanula  dimasukkan ke dalam tangan pesakit untuk suntikan ubat pelali atau cecair

Semasa Prosedur

  • Pesakit ini diletakkan dalam kedudukan sisi dengan sebelah bahagian yang mempunyai cecair menghadap ke atas
  • Pesakit akan dipastikan berada di dalam keadaan selesa, dan dibaringkan dengan keadaan selamat
  • Tempat untuk memasukkan pleuroskop ke dalam ruang pleura dikenalpasti
  • Bahagian kulit disterilkan dan ditutupi dengan kain untuk mewujudkan ruang yang mencukupi
  • Kulit dibius dengan ubat pelali.
  • Selepas memastikan ubat pelali yang mencukupi, ruang pleura dimasukkan terus dengan pengapit melewati tulang rusuk dan melalui pleura (lihat teknik kemasukan tiub dada)
  • Setelah ruang akses yang mencukupi diwujudkan, ruang pleuradi aksess secara digital (dengan jari) diperiksa untuk memastikan ruang pleura yang mencukupi supaya selamat memasukkan pleuroskop
  • Pleuroskop dimasukkan ke dalam ruang pleura (Rajah 3)
  • Selepas pemeriksaan umum selesai, tujuan tertentu prosedur (contohnya mengeluarkan cecair pleura, biopsi pleura atau pleurodesis) dilakukan
  • Cecair dikeluarkan sepenuhnya menggunakan kateter sedutan
  • Biopsi (pleura bahagian luar) dilakukan dengan forsep biopsi

Rajah 3. pleuroskop dalam ruang pleura

Selepas Prosedur:

  • Setelah pemeriksaan dan prosedur selesai, pleuroskop itu ditarik balik
  • Satu tiub diletakkan dan disambung untuk mengeluarkan cecair lebihan dan udara dari ruang paru-paru

Komplikasi

Komplikasi dari prosidur pleuroskopi tidak biasa berlaku . Jika ada, Ini termasuklah:

  • Pendarahan
  • Jangkitan ruang pleura
  • Kecederaan pada organ intratorasik
  • Paru-paru mengecut
  • Kegagalan pernafasan

References

  1. Chen LE, Langer JC, Dillon PA, et al. Management of late-stage parapneumonic empyema. J Pediatr Surg 2002; 37:371-374
  2. Danby CA, Adebonojo SA, Moritz DM. Video-assisted talc pleurodesis for malignant pleural effusions utilizing local anesthesia and IV sedation. Chest 1998; 113:739-742
  3. de Campos JR, Vargas FS, de Campos Werebe E, et al. Thoracoscopy talc poudrage: a 15-year experience. Chest 2001; 119:801-806
  4. Loddenkemper R, Schonfeld N. Medical thoracoscopy. Curr Opin Pulm Med 1998; 4:235-238
  5. Petrakis I, Katsamouris A, Drossitis I, et al. Video-assisted thoracoscopic surgery in the diagnosis and treatment of chest diseases. Surg Laparosc Endosc Percutan Tech 1999; 9:409-413
  6. Ronson RS, Miller JI Jr. Video-assisted thoracoscopy for pleural disease. Chest Surg Clin N Am 1998; 8:919-932
  7. Ross RT, Burnett CM. Talc pleurodesis: a new technique. Am Surg 2001; 67:467-468
  8. Seijo LM, Sterman DH. Interventional pulmonology. N Engl J Med 2001; 344:740-749
  9. Wilsher ML, Veale AG. Medical thoracoscopy in the diagnosis of unexplained pleural effusion. Respirology 1998; 3:77-80
Semakan Akhir : 29 Mei 2017
Penulis/Penterjemah : Dr. Norhaya bt. Mohd Razali
Akreditor : Dr. Jamalul Azizi b. Abdul Rahaman

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia