A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Pemulihan Perubatan (Carakerja)
  6. /
  7. Bagaimana Pemulihan Perubatan Carakerja...

Bagaimana Pemulihan Perubatan Carakerja Boleh Membantu Anda?

Apa itu Pemulihan Carakerja?

Pemulihan Carakerja menggalakkan kesihatan dengan membolehkan seseorang untuk melakukan pekerjaan yang bermakna dan berguna bagi dirinya seperti penjagaan diri, bekerja, bermain / aktiviti riadah, aktiviti di rumah dan terlibat dalam aktiviti masyarakat. Jurupulih / Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja bekerja dengan individu, keluarga dan masyarakat dengan meningkatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan kehidupan melalui penglibatan mereka dalam aktiviti  atau  pekerjaan.

Objektif Pemulihan Carakerja:

  1. Memberi sokongan kepada individu yang mempunyai masalah kesihatan yang menghalang mereka daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang penting bagi mereka.
  2. Mengenal pasti matlamat yang boleh membantu mereka mengekal, mencapai dan meningkatkan tahap keberdikarian.
  3. Membolehkan mereka untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti kehidupan seharian.
  4. Meningkatkan keupayaan mereka dalam aktiviti pekerjaan yang mereka mahu atau dijangka untuk melaksanakannya, dengan mengubahsuai cara pekerjaan dilakukan dan keadaan persekitaran tempat kerja mereka ke arah yang lebih baik bagi menyokong penglibatan dalam aktiviti pekerjaan.

Siapa yang akan mendapat faedah dari Perkhidmatan Pemulihan Carakerja?

Pemulihan Carakerja memberi manfaat kepada semua individu dari pelbagai peringkat umur. Jurupulih / Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja bekerja dengan pelbagai individu, termasuk kanak-kanak dengan kelewatan perkembangan, individu yang mempunyai masalah kesihatan mental, individu yang memerlukan pemulihan rehabilitasi, bayi pra-matang dan lain-lain. Kondisi yang dirawat termasuk: 

  • Ortopedik- kecederaan tendon, kepatahan tulang, kecederaan saraf, kecederaan tulang belakang.
  • Medikal – amputasi, kencing manis, keradangan sendi (arthritis), penyakit jantung, gout dan lain-lain.
  • Neurologi- strok, parkinson, kecederaan kepala, multiple sclerosis dan lain-lain.
  • Masalah kelecuran atau kebakaran
  • Pembedahan plastik
  • Psikiatri – masalah kesihatan mental (contoh skizoprenia, bipolar mood disorder, depresi, panik dan     sebagainya)
  • Warga emas
  • Kanak-kanak- Down syndrom, Cerebral Palsy,masalah pembelajaran, autisma, hiperaktif, Congenital Talipes Varus (CTEV) dan lain-lain.
Burn Case Congenital Talipes Varus (CTEV)
   
Sindrom Terowong Korpus Masalah Kesihatan Mental

 

Jurupulih / Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja boleh membantu anda:

Bekerja dengan kanak-kanak:

  1. Membantu kanak-kanak mencapai tahap perkembangan mereka seperti kemahiran motor halus , koordinasi tangan dan mata.
  2. Mengajar dan melibatkan ibu bapa, penjaga dan lain-lain bagi mencapai perkembangan normal dan pembelajaran kanak-kanak dengan pelbagai aktiviti seperti aktiviti kehidupan harian, aktiviti kemahiran sosial, aktiviti sensori dan lain-lain.
  3. Pelajar tercicir di sekolah kerana kurang daya tumpuan, atau menghadapi kesukaran untuk  membaca dan menulis. Contoh bantuan seperti:
  •    Kerusi khas untuk menyokong posisi duduk dengan tegak.
  •    Gunting dengan pembukaan sendiri.
  •    Papan bertulis untuk membantu kertas untuk tidak beralih.

Pemulihan rehabilitasi dan penjagaan warga emas:

a) Membantu individu meningkatkan keberdikarian dalam kehidupan seharian mereka selepas pembedahan penggantian pinggul atau strok.

b) Menilai dan mengubahsuai rumah serta persekitaran individu bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keberdikarian mereka.

c) Mengesyor dan mengajar individu dan penjaga dalam penggunaan alat bantuan untuk meningkatkan tahap kefungsian. Sebagai contoh: 

  • Selepas pembedahan penggantian tulang pinggul, individu mungkin mendapati mereka sukar untuk masuk dan keluar dari tab mandi. Penggunaan alat bantuan seperti alat pemegang (rel) di bilik mandi boleh membantu.
  • Seseorang yang menghidap keradangan sendi (suatu keadaan yang menyebabkan kesakitan dan bengkak pada sendi) mungkin mendapati sukar untuk mengangkat objek kecil. Peralatan khas seperti pemegang yang luas dan besar memudahkan tugas.
  • Menggunakan alat bantuan memori dan lain- lain bagi membantu individu yang  mempunyai  daya ingatan yang lemah disebabkan oleh proses penuaan, nyanyuk , tekanan, dan lain-lain
  • Menguruskan kesakitan akibat kemalangan, luka terbakar, mengangkat barang dengan cara tidak betul, keradangan sendi , kecederaan dan ketegangan,atau  pekerjaan / aktiviti yang  berulang . Contoh penyakit seperti sindrom carpal tunnel dan fibromyalgia.
  • Memberi tekanan pakaian, splint atau alat bantuan kepada individu luka terbakar yang menyebabkan  limitasi pergerakan dan menghadkan mereka melaksanakan aktiviti harian.  

 

  • Boleh membantu seseorang terus bermain, riadah atau rekreasi dengan menyediakan peralatan seperti pemegang kad, pemegang  sokongan di tangan bagi membantu memegang raket, atau peralatan dengan alat penggegam yang kukuh dan stabil.
  • Melakuan perubahan dalam aktiviti penjagaan diri seperti pakaian dengan strap velcro, peralatan yang membantu memakai stoking, pemegang yang besar atau tali pengikat genggaman pada berus gigi, garpu, sudu atau pisau , alat bantuan khas untuk  mandi atau tempat duduk tandas dan sikat yang mempunyai pemegang yang panjang dan melengkung bagi membantu aktiviti menyikat.  
  • Penggunaan alat bantuan bagi membantu pergerakan atau peralihan  individu dari satu tempat ke satu tempat seperti  kerusi roda atau kerusi khas yang menyokong postur duduk yang betul . 
  • Pengubahsuaian kereta seperti mengendalikan stereng dengan menggunakan satu tangan atau pengendalian  pemecut / brek menggunakan tangan  .
  • Basikal / basikal roda tiga yang mempunyai pengubahsuaian seperti pengikat  kaki pedal atau kerusi dengan sokongan untuk duduk dengan betul.  

Pengurusan kecederaan:

  1. Menggunakan penilaian khusus bagi menentukan keperluan kefungsian pelbagai pekerjaan, dan menentukan  keupayaan individu  untuk kembali bekerja. Sebagai contoh, kecederaan pekerjaan disebabkan posisi atau tempat / peralatan yang tidak selamat, cara melaksanakan pekerjaan yang tidak realistik dan masalah psikososial.
  2. Merancang dan menyelaras program pekerjaan secara berjadual.
  3. Mengajar  individu amalan kerja yang selamat.
  4. Mengubah suai persekitaran kerja yang sesuai dengan keperluan individu untuk mengelak dan mengurangkan kecederaan.

Kesihatan mental:

  1. Merancang program/ aktiviti untuk individu dan kumpulan bagi meningkatkan tahap keberdikarian dalam aktiviti kehidupan seharian.
  2. Membangunkan strategi pengendalian masalah untuk individu mengatasi isu-isu kesihatan mental mereka.
  3. Meningkatkan keyakinan individu dan harga diri dalam aktiviti bersosial.

 Rujukan :

  1. What is Occupational Therapy? .The American Occupational Therapy Association, Inc. Retrieved May 12, 2015 from http://www.aota.org
  2. How does occupational therapy help?(2015).Canadian Association of Occupational Therapists .Retrieved May 12 , 2015 from http://www.caot.ca
  3. Benefits of Occupational Therapy.(2015). Association of Occupational Therapy of Ireland. Retrieved May 12 , 2015 from http://www.nhs.uk
  4. Gambar: dikodkan dari google image
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis/Penterjemah : Pn. Jamilah bt. Abdul Khutoos
Akreditor : Pn. Rokiah bt. Alias
Penyemak : Tan Foo Lan

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,457

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia