Pengenalan
Memiliki bentuk badan yang cantik dan senyuman menarik menjadi idaman setiap orang. Amat mengecewakan jika gigi berbentuk “Peg” terutamanya insisor lateral yang kecil dan kelihatan tidak normal berbanding gigi-gigi hadapan lain tumbuh didalam mulut menghasilkan senyuman yang tidak menarik.
Era globalisasi dan kemunculan pelbagai teknologi canggih menyaksikan semuanya berkemungkinan. Dalam konteks ini, tidak menjadi masalah lagi bagi kebanyakan remaja terutamanya yang menyedari jika kedapatan salah satu gigi mereka yang berlainan saiz atau bentuk dari gigi-gigi yang lain.
Gigi Insisor lateral berbentuk “Peg” (Gambar 1) didefinasikan sebagai “gigi Insisor lateral maksilari yang bersaiz kecil dan menumpu” (Glossary of prosthodontic terms, 1990) yang mungkin berkait rapat dengan keabnormalan pada kegigian yang lain seperti gigi kanin yang bertukar tempat atau gigi desidus yang masih kekal dijajaran. Keadaan ini memang selalu didapati, kebanyakan kes (lebih separuh) adalah dwilateral (hadir pada kedua-dua quadran, kiri dan kanan). Gigi ini selalunya sihat dan berfungsi.
Gambar 1 : Gigi 22 berbentuk “Peg” ( Insisor lateral maksilari kiri)
Apakah pilihan rawatan yang ada?
Tujuan utama rawatan adalah untuk mengembalikan bentuk asal gigi supaya ianya tidak kelihatan janggal. kebiasaannya, terdapat ruang yang mencukupi antara gigi insisor sentral dan gigi kanin untuk restorasi.
Kadangkala, gigi kanin beralih ke mesial, menghampiri sisi distal gigi lateral menyebabkan ruang menjadi sempit Dalam situasi begini, rawatan ortodontik diperlukan untuk mendapatkan ruang bagi restorasi. Restorasi boleh jadi secara langsung atau tak langsung. Kedua-dua cara ada kelebihan dan kelemahan masing- masing.
Antara Pilihan Rawatan untuk Gigi Berbentuk “Peg”:
Pilihan Rawatan
|
Penjelasan
|
|
1
|
Tiada rawatan,pesakit terima keadaan seadanya | Pesakit berpuashati dengan keadaan sediaada, tiada masalah semasa fungsi pengunyahan, pertuturan dan penampilan. |
2
|
Rawatan Ortodontik dahulu untuk menyusun gigi dijajaran | Penyusunan/penjajaran gigi kepada kedudukan asal/sepatutnya atau kedudukan yang dikehendaki untuk memudahkan peletakan prostesis. |
3
|
Tampalan Komposit secara langsung ke atas gigi berbentuk “Peg” | Tampalan sewarna gigi secara langsung untuk membentuk semula gigi berbentuk “Peg” mengikut bentuk gigi seperti pada sisi kontra. |
4
|
Tampalan komposit secara tak langsung | Fabrikasi tampalan sewarna gigi dibuat di makmal untuk penglihatan dan adaptasi yang lebih baik dalam membentuk gigi. Tampalan ini kemudiannya disimen tetap pada gigi berbentuk “Peg” di dalam mulut. |
5
|
Venir (Komposit / Porselin) | Venir pergigian adalah selapisan nipis bahan restorasi komposit atau porselin yang dilekatkan kepada permukaan hadapan gigi untuk memperbaiki, mencantikkan gigi atau melindungi permukaan gigi yang telah rosak. |
6
|
Korona Pergigian | Korona pergigian ialah sejenis prostesis tetap pergigian yang menutupi keseluruhan atau sebahagian gigi atau implan. Ia bertindak sebagai lapisan paling luar gigi. Korona akan disimen pada permukaan gigi secara sementara atau tetap. |
7
|
Surgeri memanjangkan bahagian korona gigi | Prosedur yang dilakukan oleh Pakar Periodontik untuk mendedahkan lebih banyak struktur korona gigi untuk peluasan permukaan bagi tujuan retensi prostesis. |
8
|
Cabutan gigi dan peletakan implan pergigian | Jika gigi berbentuk “Peg” berkaries teruk atau gigi terlalu kecil, cabutan gigi adalah pilihan paling sesuai dan kemudian digantikan dengan implan dan korona atau jambatan pergigian. |
9
|
Kombinasi rawatan | Kombinasi pilihan rawatan seperti surgeri memanjangkan bahagian korona gigi, tampalan komposit dan seterusnya fabrikasi korona pergigian dan disimen ke atas gigi berbentuk “Peg”. |
Tampalan komposit secara langsung pada gigi Insisor lateral maksilari kiri berbentuk “Peg”
Gambar 2 : Sebelum tampalan komposit
|
Gambar 3 : Selepas tampalan komposit
|
Venir Porselin
Gambar 4 : Sebelum penyediaan venir 12 & 22
(Sumber : blog:julieqillisdds.com) |
Gambar 5 : Selepas venir 12 & 22 disimen
(Sumber : blog:julieqillisdds.com) |
Rujukan
- Rohit Kulshrestha (2016). Interdisciplinary approach in the treatment of Peg Lateral Incisors. Journal of Orthodontics And Endodontics. 2:1
- Linda Greenwall (2010). Treatment options for Peg-shaped laterals using direct composite bonding. International Dentistry SA. Vol. 12, No 1
Semakan Akhir | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis / Penterjemah | : | Dr. Norziana bt. Ibrahim |
Akreditor / Reviewer | : | Dr. Roshima bt. Mohd Sharif |