–A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Aditif Ubat

Aditif Ubat

Pengenalan

Aditif ubat (kandungan tambahan) atau drug additives adalah sebatian kimia yang terdapat di dalam ubat-ubatan serta produk makanan (Pestana, Moreira & Olej, 2010). Menurut kamus Dorland’s Illustrated Medical Dictionary, additives adalah “sebatian seperti pengawet atau vitamin yang ditambah kepada bahan lain untuk memperbaiki luaran, meningkatkan nilai nutrisi dan lain-lain” (Napke & Stevens, 1984).

Simon (1984) melaporkan senarai panjang bagi bahan yang ditambah kepada produk farmaseutikal dan makanan yang kita ambil setiap hari. Di United Kingdom, Pollock dan rakan-rakan (1989) melaporkan daripada 2,204 sebatian ubat, ia mengandungi 419 drug additives. Di dalam 930 sebatian ubat, kajian menjumpai 52 drug additives iaitu pengawet dan pewarna yang memudaratkan (Pollock, Young, Stoneham, Slater, Wilkinson & Warner, 1989). Tartrazine merupakan pewarna yang keempat kerap digunakan di dalam 124 sebatian ubat (Pollock et al., 1989). Di Kanada, dianggarkan 450 hingga 580 produk farmaseutikal yang mengandungi tartrazine (Bartle, 1976; MacCara, 1982).

Drug additives selalu diperlukan sebagai bahan campuran sama ada dalam ubat tablet , suntikan atau ubat sedut (Committee on Drugs, 1997). Bahan tambahan ini tidak menambah atau menjejaskan tindakan bahan aktifnya (Napke & Stevens, 1984; Committee on Drugs, 1997). Tujuan penambahannya oleh syarikat pengilang adalah untuk memperbaik rupa atau kegunaan luar (Pollock et al., 1989; Committee on Drugs, 1997) serta bertindak sebagai pengawet, pembawa ubat dan untuk bioavailabiliti ubat (Committee on Drugs, 1997). Sebagai contoh, sulfit digunakan sebagai agen anti mikrobial dan anti oksida iaitu penstabil ubat supaya tahan lama (Pollock et al., 1989; Miyata, Schuster & Schellenberg, 1992; Committee on Drugs, 1997; Vally & Misso, 2012).

Contoh Drug Additives

Drug additives yang diketahui boleh mencetuskan serangan asma adalah seperti
berikut :

  1. Sulfit (contoh seperti sulfur dioksida, sodium sulfit, pota sium atau sodium metabisulfit dan pota sium atau sodium bisulfit).
    • Kegunaan:
      • Sebagai pengawet atau ubat anti-oksida di dalam :
        • larutan ubat sedut/ inhaler (Committee on Drugs, 1997) atau
        • ubat bius setempat (Lukawska, Caballero, Tsabouri & DuguĂ©, 2009).
      • Agen anti mikrobial iaitu untuk mengawal pertumbuhan kuman (Simon, 1984).
    • Kesan mudarat :
      • Secara teori, ia boleh mencetuskan serangan asma yang teruk kerana banyak digunakan dalam produk farmaseutikal (Simon, 1984; Lukawska et al., 2009).
      • Namun kurang sokongan daripada data kajian (Lukawska et al., 2009).
      • Kajian MĂŒthrich dan Huwyler (1989) mendapati ia boleh menyebabkan serangan asma termasuk membawa maut (life-threatening).
  2. Tartrazine
    • Kegunaan : sebagai agen pewarna kuning (Tarlo & Sussman, 1993).
    • Kesan mudarat :
      • Pesakit yang sensitif kepada aspirin juga sensitif kepada tartrazine (MacCara, 1982).
      • Kajian membuktikan agen ini mencetuskan serangan asma di antara 8 – 25% (Stenius & Lemola, 1976; Tarlo & Broder, 1982).
      • Pesakit yang mengelak mengambil bahan ini atau menjaga pemakanan menunjukkan kawalan asma yang lebih baik (Weber, Hoffman, Raine & Nelson, 1979; Spector, Wangaard & Farr, 1979; Genton, Frei & PĂ©coud, 1985).
      • Namun kajian oleh Pestana dan rakan-rakan (2010) mendapati sebaliknya. Tartrazine sangat jarang atau tidak signifikan mencetuskan serangan asma seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Apabila Menggunakan Ubat Yang Mengandungi Drug Additives

Jika anda perlu mengambil atau menggunakan ubat, sila :

  1. Dapatkan maklumat tentang pendaftaran ubat sebelum menggunakannya.
    • Sila layari www.bpfk.gov.my untuk semakan produk yang berdaftar dengan pihak berkuasa.
    • Ini untuk memastikan produk tersebut selamat dan berkesan.
    • Perlu diingatkan bahawa setiap ubat boleh menyebabkan kesan memudaratkan yang tersendiri.
  2. Baca sisip bungkusan ubat terlebih dahulu sebelum pengambilan supaya mengetahui isi kandungan ubat, arahan penggunaan dan kesan sampingannya.
    • Pollock dan rakan-rakan (1989) melaporkan bahawa maklumat lengkap sebatian ubat termasuk excipients atau drug additives sukar diperoleh .
    • Ini disebabkan maklumat tersebut tidak dinyatakan pada label ubat (MacPherson, 2001).
    • Maklum kepada doktor jika mengetahui drug additives yang boleh mencetuskan serangan asma (Tarlo & Sussman, 1993).
    • Laporkan kesan mudarat selepas penggunaan ubat yang mengandungi drug additives yang disyaki terutamanya di kalangan pesakit yang sensitif kepada aspirin, untuk tujuan perekodan dalam rekod perubatan pesakit. Ini kerana prevalens sensitiviti kepada :
    • Sulfit antara 5 – 10% (Mathison, Stevenson & Simon, 1985; Vally & Misso, 2012) dalam 10 hingga 20 minit selepas pengambilannya (Tarlo & Sussman, 1993).
      • Sebanyak 250 kes dilaporkan di Amerika Syarikat akibat kesan mudarat termasuk serangan asma, sawan, sakit perut dan cirit-birit, loya dan kematian. Di Kanada, 1 kematian dan 10 kes berkaitan sulfit telah dilaporkan (Yang & Purchase, 1985).
    • Kandungan tartrazine dicadangkan 1 dalam 10,000 atau kurang daripada 20% (MacCara, 1982).
  3. Pesakit berhak mendapatkan maklumat atau nasihat untuk langkah pencegahan atau berjaga-jaga (Yang & Purchase, 1985).

Rujukan

  • Bartle, W.R. (1976). Tartrazine-containing drugs. CMA J, 115, 332-333.
  • Committee on Drugs. (1997). ”Inactive” Ingredients in Pharmaceutical Products: Update (Subject Review). Pediatrics,99;268-278.
  • Genton, C., Frei, P.C. & PĂ©coud, A. (1985). Value of oral provocation tests to aspirin and food additives in the routine investigation of asthma and chronicurticaria. J Allergy Clin Immunol, 76, 40-45.
  • Lukawska, J., Caballero, M.R., Tsabouri, S. & DuguĂ©, P. (2009). Hypersensitivity to local anaesthetics – 6 facts and 7 myths. Current Allergy & Clinical Immunology, 22, 117-120.
  • MacCara, M.E. (1982). Tartrazine: a potentially hazardous dye in Canadian drugs. CMA J, 126, 910-914.
  • MacPherson, R.D. (2001). Pharmaceutics for the anaesthetist. Anaesthesia, 56, 965-979.
  • Mathison, D.A., Stevenson, D.D. & Simon, R.A. (1985). Precipitating factors in asthma. Aspirin, sulphites and other drugs and chemicals. Chest, 87, 50S-54S.
  • Miyata, M., Schuster, B. & Schellenberg, R. (1992). Sulfite-containing Canadian pharmaceutical products available in 1991. Can Med Assos J, 147 (9), 1333- 1338.
  • MĂŒthrich, B. & Huwyler, T. (1989). Asthma due to sulphites(article in German). Schweiz Med Wochenschr, 119 (35), 1177-1184 [abstract].
  • Napke, E. & Stevens, D.G.H. (1984). Excipients and additives: hidden hazards in drug products and in product substitution. Can Med Assoc J, 131, 1449-1452.
  • Pestana, S., Moreira, M. & Olej, B. (2010). Safety of ingestion of yellow tartrazine by double-blind lacebo controlled challenge in 26 atopic adults. Allergol Immunopathol (Madr), 38 (3), 142-146.
  • Pollock, I., Young, E., Stoneham, M., Slater, N., Wilkinson, J.D.& Warner, J.O. (1989).Survey of colourings and preservatives in drugs. BMJ, 299, 649-651.
  • Simon, R.A. (1984). Adverse reactions to drug additives. Journal of Allergy and Clinical Immunology, 74, 623-630.
  • Smolinske, S.C. (1992). Review of parenteral sulfite reactions. J Toxicol Clin Toxicol 1992; 30:597-606.
  • Spector, L.S., Wangaard, C.M. & Farr, R.S. (1979). Aspirin and concomitant idiosyncracies in adult asthmatic patients. J Allergy Clin Immunol,64, 500-506.
  • Stenius, B.S.M. & Lemola, M. (1976). Hypersensitivity to acetylsalicylic acid (ASA) and tartrazine in patients with asthma. Clin Allergy, 6, 119-129.
  • Tarlo, S.M. & Broder, I. (1982). Tartrazine and benzoate challenge and dietary avoidance in chronic asthma. Clin Allergy, 12, 303-312.
  • Tarlo, S.M. & Sussman, G.L. (1993). Asthma and anaphylactoid reactions to food additives. Can Fam Physician, 39, 1119-1123.
  • Vally, H. & Misso, N.L.A. (2012). Adverse reactions to the sulphite additives. Gastroenterol Hepatol Bed Bench, 5 (1), 16-23.
  • Weber, R.W., Hoffman, M., Raine, Jr D.A. & Nelson, H.S. (1979). Incidence of bronchoconstriction due to aspirin, azo-dyes, non-azo dyes, and preservatives in a population of perennial asthmatics. J Allergy Clin Immunol, 64, 32-37.
  • Yang, W.H. & Purchase, E.C.R. (1985). Adverse reactions to sulphites. Can Med Assos J, 133, 865-867,880.
Last Reviewed : 20 Mei 2015
Writer : Suhadah bt. Ahad
Translator : Suhadah bt. Ahad
Accreditor : Tn. Haji Abdul Malek b. Abd Aziz

 

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Tangani Kemarahan

[flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/video/mental/MENANGANI-KEMARAHAN/MENANGANI-KEMARAHAN.flv[/flv] Download:   Transkipsi V/O Marah adalah sejenis emosi semulajadi.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,829

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia