A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. MEDICATION & YOU
  4. /
  5. Drug Facts
  6. /
  7. Agen Oral Hypoglycaemic

Agen Oral Hypoglycaemic

Agen Oral Hypoglycaemic

Untuk mengetahui lebih lanjut sila klik pada sebarang ubatan berikut:

Acarbose / Alpha-glucosidase inhibitors (Gucobay)

Glibenclamide (Daonil) Agen Sulfonilurea

Metformin (Diabex, Diaformin, Glucohexal, Glucomet, Glucophage,NovoMet)

Repaglinide (Novonorm)

Rosiglitazone (Avandia)

Gliclazide (Diamicron, Glyade)

Glimepiride (Amaryl)

Glipizide (Melizide, Minidiab)

Agen Oral Hypoglycaemic

  • Sulfonilurea
  • Biguanida
  • Thiazolidinedione
  • Meglitinides
  • Aplha-glucosidase inhibitors

Jenis

Agen Sulfonilurea.

Klorpropamida (Tidak sesuai untuk warga tua), Glibenklamida (Daonil), Gliklazida ( Diamicron, Glyade).,

Glimepirida ( Amaryl), Glipizida ( Melizide, Minidiab),

Tolbutamide ( Rastinon)

Tindakan

Merangsangkan pankreas untuk menghasilkan insulin.

Kesan Sampingan

Kadangkala:

Reaksi kulit yang sederhana

  • Alahan kulit (gatal atau ‘hives’)
  • Sesetengah pesakit akan menjadi lebih sensitif pada sinaran matahari akibat pengambilan ubat jenis sulfonylurea. Mereka perlu menggunakan pelindung sinaran matahari yang berkuasa tinggi (Faktor 15 atau lebih ) untuk melindungi diri dari kesan terbakar akibat sinaran matahari.

Gangguan Gastrointestinal

  • Penambahan berat badan,
  • Sembelit,
  • Cirit birit,
  • Masalah penghadaman,
  • Perut kembung / sebu,
  • Loya dan kurang selera makan

Jarang berlaku:

Kardiovaskular

  • Pengumpulan cecair,
  • Pengurangan sel darah oleh sum-sum tulang.

Endokrinologi:

  • Paras glukos dalam darah terlalu rendah (hipogsaemia)

Umum

  • Alahan (sukar bernafas, demam, ‘hives’, ruam, bengkak muka, bibir dan lidah)
  • Keletihan n
  • Lemah

Psikiatrik:

  • Keliru
  • Hilang ingatan

Peringatan khusus

Elakkan penggunaan apabila:

  • Mengandung
  • Menyusukan bayi
  • Pesakit yang bergantung kepada insulin (IDDM)
  • Pesakit yang tidak bergantung kepada insulin (NIDDM) yang berkeadaan teruk ,dan
  • Pesakit yang alah pada kumpulan sulfonamida

Pengawasan perubatan diperlukan dalam keadaan berikut:

  • Kerosakan hati
  • kegagalan ginjal atau
  • masalah tiroid

Jenis

Agen-agen Biguanida:

Metformin (Diabex, Diaformin, Glucohexal, Glucomet, Glucophage, Novomet).

Tindakan

  • Berfungsi dengan menghalang penghasilan glukus dan mengurangkan penyerapan nya dalam usus, dengan ini merendahkan tahap kandungan gula dalam darah pengidap kencing manis.
  • Sebagai ubat pilihan bagi pesakit yang berlebihan berat badan yang mana pengamalan dietnya tidak berjaya atau gagal untuk mengawal kencing manis.
  • Serangan hipoglisemia (paras glukos rendah) dan peningkatan berat badan berkurangan dengan pengambilan ubat jenis ini berbanding dengan pengambilan ubat antidiabetic yang lain (contohnya sulfonilurea). .

Kesan Sampingan

Kadang-kadang:

  • Sakit perut (loya, cirit-birit)
  • Penurunan berat badan
  • Pengurangan penyerapan vitamin B12

Jarang berlaku:

Gejala laktik asidosis

  • Sakit perut
  • Mengantuk
  • Letih
  • Loya
  • Tiada selera makan
  • Pengsan
  • Penurunan berat badan yang mendadak
  • Muntah

Perhatian: Gejala laktik asidosis berlaku disebabkan pengumpulan metformin bagi pesakit berisiko seperti dibawa

  • Warga tua
  • Pesakit yang mengalami kegagalan fungsi ginjal
  • Pesakit yang mengambil metformin pada dos yang tinggi .

Peringatan khusus

Elakkan penggunaan dalam

  • kegagalan fungsi hati dan ginjal
  • terdedah kepada laktik asidosis
  • masalah jantung
  • dehidrasi (kekalkan pengambilan airan yang mencukupi)
  • lkoholik (kurangkan pengambilan alkohol)
  • jangkitan yang baru berlaku
  • trauma
  • pembedahan
  • mengandung
  • menyusukan bayi

Jenis

Tiazolidindiona

Rosiglitazona (Avandia).

Tindakan

Membentuk sel-sel badan, terutama sel-sel otot menjadi lebih sensitif terhadap tindakan insulin.

Kesan sampingan

Kadang-kadang:

Umum:

  • Peningkatan paras kolesterol dalam darah
  • Penambahan berat badan

Jarang berlaku:

Kardiovaskular:

  • Anemia (kurang sel darah merah)
  • Pengumpulan cecair dalam badan (oedema)

Endokrinologi:

  • Sakit perut
  • Kencing berwarna gelap
  • Lemah
  • Jaundis (kekuningan)
  • Hilang selera
  • Loya
  • Muntah

Umum:

Merangsang proses pengeluaran telur dalam wanita yang mengalami masalah ketiadaan telur (anovulation) seperti sindrom polisistik ovari. .

Peringatan khusus

Pesakit yang mengalami masalah kegagalan fungsi hati dilarang menggunakan ubat ini.

Elakkan penggunaan dalam

  • Kehamilan.
  • Menyusukan bayi
  • Pesakit dengan masaalah
    • Kegagalan jantung,
    • hati atau
    • fungsi ginjal

Jenis

Meglitinida

Repaglinida (Novonorm)

Tindakan

Merangsang pankreas untuk menghasilkan insulin dan paling berkesan jika diambil semasa perut kosong.

Repaglinida berpontensi mengawal kadar glukos selepas makan, disamping itu masa makan tidak banyak mempengaruhinya. Pendekatan ini juga boleh membantu menurunkan berat badan.

Kesan sampingan

Kadang-kadang:

Paras glukos yang rendah dalam darah ( hipoglisemia ).

 

Jenis

Alpha-glucosidase inhibitors

Akarbos (Gucobay).

Tindakan

Ia mengurangkan keperluan kepada insulin selepas makan. Ia juga membantu dalam penghadaman karbohidrat, dengan itu mengurangkan peningkatan paras glukos dalam darah yang biasa berlaku selepas makan.

Akarbos hanya berkesan jika diambil bersama makanan. Ubat ini perlu sampai ke usus kecil bersama dengan karbohidrat untuk berfungsi.

Kesan sampingan

Sederhana:

Dermatologi: Alahan kulit (ruam atau ‘hives’), kemerahan pada kulit.

Gastrointestinal: Segah (bloating), cirit birit, kembung perut, loya dan muntah.

Teruk:

Endokrinologi: Kerosakan hati (sakit perut, kencing berwarna gelap, lemah, jaundis, hilang selera makan, loya dan muntah).

Peringatan khusus

Elakkan penggunaan dalam

  • Kehamilan
  • Menyusukan bayi
  • Pesakit yang mengalami masalah
    • Kegagalan fungsi ginjal.
    • Gangguan pada sistem penghadaman, yang berkaitan dengan masaalah penyerapan (seperti penyakit Crohn’s dan ulseratif kolitis)
    • Sekatan di usus kecil.

Akarbos selalu menyebabkan kembung perut. Ini adalah akibat makanan yang tidak hadam di usus dan dicemari oleh bakteria menghasilkan gas dengan jumlah yang banyak jika diambil dengan makanan yang tinggi dengan sukros (masalah ini boleh diatasi dengan memulakan ubat dalam dos rendah dan ditambah secara beransur-ansur selang beberapa minggu.)

Semakan Akhir : 14 Julai 2008
Penulis : Dr. Nour Hanah bt. Othman
  : Hadijah bt. Mohd Taib
  : Rosidah bt. Md. Din
  : Nor Eizlin bt. Mohd Helmi

 

Artikel Berkaitan

Antipsychotic

Introduction Antipsychotic is a class of medicine used to treat

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia