A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Akil Baligh

Akil baligh akan dialami bila anda meningkat dewasa

Pengenalan

Akil baligh akan dialami bila anda meningkat dewasa. Akil baligh merupakan tanda keupayaan anda untuk mempunyai anak. Dikenali juga sebagai kematangan seksual.

Definisi

Akil baligh adalah satu peringkat dalam hidup anda di mana tubuh badan anda berubah dari seorang kanak-kanak ke seorang dewasa. Perubahan-perubahan ini termasuklah ciri-ciri seks ‘primer’ dan ‘sekunder’. Ia disebabkan bahan kimia di dalam badan yang dipanggil hormon.

Untuk lelaki :

  • Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan zakar (penis) dan buah zakar (testis)
  • Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan pertumbuhan misai dan janggut serta suara yang lebih garau
  • Bulu ketiak serta di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda akil baligh

Untuk perempuan :

  • Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan faraj dan ovari
  • Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan perubahan payudara serta punggung membesar
  • Bulu dari ketiak dan di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda akil baligh

Bilakah saya akan mencapai akil baligh?

Akil baligh bermula antara umur 9 – 16 tahun bagi lelaki dan perempuan. Ada yang mengalaminya lebih awal dan ada juga yang lewat.

Kemungkinan sebab-sebab akil baligh awal adalah :

  • Nutrisi yang lebih baik
  • Stres
  • Bahan kimia di dalam makanan

Adakah akil baligh awal satu kebaikan atau sebaliknya?

Ia bukanlah buruk mahupun baik. Tiada apa yang perlu dirisaukan.

Mereka yang mengalami kematangan seksual yang awal serta bergaul dengan rakan yang lebih matang, mungkin terdedah kepada gejala-gejala sosial seperti merokok, kehamilan remaja dan lumba haram.

( Lihat Akil baligh terlalu awal atau lewat)

Apakah peringkat akil baligh saya?

Perkembangan ciri seksual sekunder dibahagikan kepada 5 Peringkat yang dikenali sebagai Peringkat Tanner.

Tahap Tanner :

  • Lelaki – Zakar (penis) dan kerandut buah zakar (skrotum)
  • Lelaki – Bulu kemaluan
  • Perempuan – Payudara
  • Perempuan – Bulu kemaluan

 

Lelaki – Zakar (penis) dan kerandut buah zakar (skrotum)

 

Lelaki – Bulu kemaluan

 

Perempuan – Payudara

 

Perempuan – Bulu kemaluan

Adakah saya mempunyai masalah tentang akil baligh?

 

Akil baligh yang tidak normal

Dikatakan tidak normal seandainya akil baligh bermula terlalu awal mahupun terlalu lewat jika dibandingkan dengan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang lain.

(Lihat Akil baligh yang tidak normal)

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Siti Aishah Saidin
  : Dr. Sanidah Mohd. Ali
Penyemak : Dr. Nazhatussima bt. Suhaili

Artikel Berkaitan

Kematangan Seksual

Kematangan seksual berlaku semasa alam remaja. Perubahan yang berlaku pada seseorang lelaki dan perempuan secara fizikal membolehkan mereka berkeupayaan mendapat anak.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia