Kepentingan bahasa
Kanak-kanak mula berkomunikasi sebelum mula bercakap. Sebagai contoh, bayi berkomunikasi dengan menangis jika lapar dan tersenyum gembira jika melihat ibunya.
Pada peringkat awal perkembangan bahasa yang normal, kanak-kanak akan menggunakan isyarat tanpa bahasa lisan untuk berkomunikasi.
Bahasa digunakan sebagai:
-
Medium untuk interaksi dengan keluarga serta masyarakat.
-
Medium pembelajaran. Ini kerana hampir kesemua bentuk pendidikan menggunakan bahasa sama ada dalam bentuk lisan mahupun secara bertulis atau gabungan kedua-duanya.
Bagaimana kanak-kanak belajar bahasa?
Kanak-kanak belajar bahasa melalui:
-
Melihat dan meneroka. Kanak-kanak mula menggunakan bahasa untuk berkomunikasi setelah dia mula meneroka dan memahami dunia di sekelilingnya. Penggunaan bahasa mencerminkan tahap penerokaan dan pemahaman kanak-kanak itu terhadap dunianya.
-
Meniru. Meniru merupakan kemahiran sebelum kanak-kanak mendapat bahasa dan pertuturan. Kanak-kanak akan meniru perlakuan dan perkataan orang di sekelilingnya.
Oleh itu, ibu bapa dan adik-beradik perlu menunjukkan contoh dan tingkah laku yang baik. Ini kerana kanak-kanak kecil memerhati, belajar dan respon dengan dunia di sekelilingnya dengan meniru kelakuan orang-orang yang berada di sekelilingnya.
Perkembangan bahasa kanak-kanak perkembangan normal
Umur |
Kemahiran bahasa |
0 – 6 bulan |
|
7- 11 bulan |
|
1 tahun |
|
2 tahun |
|
3 tahun |
|
4 tahun |
|
5 tahun |
|
(Sumber: Poster Terapi Pertuturan KKM)
Faktor-faktor anak masih tidak bercakap
Kanak-kanak memerlukan pengetahuan dan kefahaman bahasa yang baik untuk mula bercakap. Namun begitu, perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak boleh terganggu akibat daripada faktor-faktor berikut:
-
Faktor kesihatan Kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan, seperti sawan.
-
Gangguan pada perkembangan otak. Sebagai contoh, kanak-kanak yang lewat perkembangan atau memiliki ciri-ciri sindromik lebih cenderung untuk memiliki masalah gangguan bahasa atau lambat bertutur.
-
Masalah pergerakan otot pertuturan. Ini juga menunjukkan salah satu gangguan yang berlaku di bahagian otak. Ia mengganggu penghasilan pertuturan. Kanak-kanak menghadapi kesukaran untuk menggunakan dan mengatur pergerakan bibir, lidah dan rahang untuk menghasilkan pertuturan.
-
Masalah pendengaran. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran akan menghadapi kesukaran untuk meniru dan menghasilkan bunyi pertuturan. Oleh itu, ibu bapa perlulah membawa anak berjumpa dengan Audiologis di hospital berdekatan untuk menjalani ujian pendengaran.
-
Model atau rangsangan bahasa daripada ibu bapa yang kurang atau tidak tepat. Rangsangan bahasa adalah sangat penting sewaktu usia anak semakin meningkat. Ibu bapa perlu meluangkan masa, bermain dan bercakap dengan anak.
Tahap bahasa dan pertuturan anak mungkin menjadi lebih baik jika menjalani rawatan pemulihan sejak dari awal lagi. Selain itu, rangsangan bahasa yang betul akan lebih menggalakkan pemerolehan bahasa dan pertuturan.
Perhatikan perkembangan bahasa dan pertuturan anak anda. Kemudian, bandingkan dengan perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak normal (seperti di dalam Jadual).
Jika anak anda masih tidak bercakap pada umur yang sepatutnya, berjumpalah dengan Terapis Pertuturan-Bahasa untuk menjalani penilaian dan terapi bahasa dan pertuturan.
Rujukan
-
Peters, J. A. 2007. Making Chatter Matter. Nurture Books.
-
Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak Normal. Poster Terapi Pertuturan KKM.
-
Delayed Speech and Language. Diperolehi 5 September 2012 dari http://kidshealth.org/parent/emotions/behavior/not_talk.html
Video
-
Harper-11-weeks-old-Cooing-and-Baby-Talking[www.savevid.com]. http://www.youtube.com/watch?v=SXJfTNgcpik
Semakan Akhir | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis | : | Nurbaiti bt. Mohamad Adli |
Akreditor | : | Raphidah bt. Rusly |
Penyemak | : | Nadwah bt. Onwi |