A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Audiologi
  6. /
  7. Alat Bantu Pendengaran :...

Alat Bantu Pendengaran : CROS dan BiCROS

CROS dan BiCROS direka untuk pengguna yang mengalami masalah pendengaran sebelah yang sangat teruk.

Alat bantu pendengaran mempunyai pelbagai jenis, termasuklah alat bantu pendengaran jenis belakang telinga, di dalam telinga, di dalam salur telinga dan juga alat pendengaran CROS dan BICROS. Setiap jenis ini mempunyai bentuk dan kegunaan mengikut kesesuaian pesakit atau pengguna yang mengalami masalah pendengaran.

Bagi pesakit yang mengalami masalah pendengaran sebelah yang sangat teruk, mereka akan mempunyai masalah yang ketara untuk mengenal pasti arah bunyi disebabkan oleh head shadow effect. Bunyi yang datang dari arah telinga yang mempunyai masalah sangat teruk akan dihalang oleh kepala untuk sampai ke telinga yang baik. Kejadian ini menyukarkan pesakit untuk mendengar bunyi dengan lebih jelas terutamanya di tempat yang bising (Kinkell,2011).

Apakah CROS

Terima kasih kepada teknologi, CROS ialah singkatan dari Contralateral Routing of Signal direka khas untuk pengguna yang mengalami masalah pendengaran sebelah yang sangat teruk. Pendengaran di sebelah telinga ini tidak dapat dibantu oleh alat bantu pendengaran yang lain dan pendenganran yang normal di sebelah lagi telinga. CROS adalah teknologi yang menggunakan sistem mikrofon dan transmitter untuk diletakkan di telinga yang mempunyai pendengaran yang teruk. Ia akan menerima bunyi atau signal dari arah tersebut untuk di hantar sistem receiver di sebelah telinga yang normal. Pengguna CROS akan dapat mendengar bunyi dari arah sebelah telinga yang teruk menggunakan pendengaran di sebelah normal

Ini dapat membantu pesakit untuk menentukan arah sesuatu bunyi serta memberikan lebih keyakinan untuk berkomunikasi dari kedua-dua belah arah. Teknologi CROS hanya dapat membantu pesakit yang mempunyai sebelah pendengaran sahaja. Untuk pesakit yang mempunyai masalah pendengaran di kedua-dua telinga, yang mana sebelah telinga adalah sangat teruk dan sebelah lagi sederhana teruk, teknologi BiCROS lebih sesuai digunakan.

Apakah BiCROS

BiCROS ialah singkatan kepada Bilateral Contralateral Routing of Signal, ia mempunyai konsep yang sama dengan CROS. Sistem BiCROS, membolehkan transmitter menerima bunyi dari telinga teruk untuk dihantar ke telinga yang lebih baik. Receiver di telinga lebih baik akan menerima signal dan memprosesnya menjadi lebih kuat menggunakan amplifier. Seterusnya signal dihantar ke telinga lebih baik untuk mendengar. Berbeza dengan CROS, amplifier diperlukan dalam BiCROS berikutan kegagalan telinga lebih baik untuk memproses signal secara semula jadi disebabkan oleh masalah pendengaran.

Sumber: http://www.absolutehearing.ca/hearing-aids.html

Kelebihan CROS dan BiCROS

Transmitter dan receiver di kedua-dua CROS dan BiCROS dihubungkan melalui teknologi radio tanpa wayar (wireless) atau dengan wayar.  Teknologi CROS dan BiCROS ini, adalah untuk membantu pesakit untuk mengenal arah bunyi yang mana pesakit tidak perlu lagi memusingkan kepala atau badan untuk mendengar di sebelah telinga yang teruk. Kedua, teknologi ini membantu meningkatkan kualiti bunyi yang didengar dimana pesakit akan mendengar bunyi dengan lebih kuat dan jelas  kerana pendengaran dari kedua-dua telinga mampu menguatkan bunyi sebanyak 3dB hingga 6 dB (Staab,2015). Seterusnya, proses mendengar ini akan lebih mudah dan selesa kerana bunyi yang didengar adalah lebih seimbang. Akhir sekali, kualiti hidup seseorang pesakit itu dapat dipertingkatkan, baik dari segi sosial mahupun emosi.

Kekurangan CROS dan BiCROS

Teknologi CROS dan BiCros dapat mengatasi masalah head shadow effect  yang membantu dalam komunikasi di tempat yang senyap. Namun kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa CROS dan BiCROs tidak memberi manfaat yang optimum di tempat yang persekitaran bising. Oleh itu, beberapa strategi komunikasi untuk pesakit dan keluarga boleh dipraktikkan. Antaranya ialah elakkan untuk berkomunikasi di tempat yang bising, atau mengurangkan bunyi persekitaran. Kedua, bercakap dengan menggunakan ayat yang lebih jelas dan pendek agar pesakit mudah memahaminya. Seterusnya, dapatkan perhatian pesakit sebelum memulakan perbualan agar mereka lebih sedia dan fokus untuk mendengar (Dillon,2011).

Ringkasan

 

CROS

BiCROS

Definasi

Contralateral Routing of Signal

Bilaterally Contralateral Routing of Signal

Untuk Siapa

Individu yang mempunyai masalah pendengaran sebelah sangat teruk dan sebelah lagi normal
(unilateral hearing loss)

Individu yang mempunyai masalah pendengaran sebelah  sangat teruk dan sebelah lagi lebih baik
(bilateral asymmetrical hearing loss)

Teknologi

Mempunyai mikrofon, transmitter dan receiver

Mempunyai mikrofon, transmitter, receiver dan amplifier

Penutup

Akhir sekali, dengan pemilihan alat bantu pendengaran yang sesuai dan beberapa teknik komunikasi berkesan, kualiti hidup pesakit yang mempunyai masalah pendengaran yang teruk di sebelah telinga dapat dipertingkatkan.

Rujukan

  1. Dillon,H. (2001).Counselling the new hearing aid wearer. In Dillon,H (Ed.), Hearing aids (pp332-337). New York: Boomerang Press.
  2. Hearing Aid Review: Cros and BiCros (2013). PeopleHearingBetter. Retrieved July 25,2015, from http://www.Secondsensehearing.com/content/hearing-aid-reviews-cros-and-bicros
  3. Kinkell, M. (2011). Cutting the Wire: What’s New in CROS/BiCROS Technology?. AudiologyOnline. Retrieved July 25,2015, from http://www.audiologyonline.com/articles/cutting-wire-what-s-new-791
  4. Staab, W.(2015). Binaural Loudness Summation. Hearinghealthmatters. Retrieved August 8,2015, from http://hearinghealthmatters.org/waynesworld/2015/binaural-loudness-summation/
Semakan Akhir : 10 Oktober 2016
Penulis : Hayati Muhamad bt. Rusli
Akreditor : Sharifah Zainon bt. S. Mohd Khan

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia