A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Amalan Batuk & Bersin...

Amalan Batuk & Bersin dengan Betul

Download:

Diri kita tidak boleh dielakkan daripada batuk dan bersin….tetapi ia perlu dilakukan dengan cara yang betul.
Batuk dan bersin berupaya menyebarkan virus serta bakteria kepada orang lain.
Batuk dan bersin yang tidak dilakukan dengan cara yang betul bukan sahaja berbahaya malah kurang sopan.
Kita boleh lihat ramai orang yang batuk dan bersin di merata tempat seperti di tempat awam, pusat membeli-belah, tempat kerja dan sebagainya kerana ia adalah reflek semulajadi yang tidak boleh dikawal.
Sekiranya anda perhatikan ramai di antara mereka tidak melakukannya dengan betul dan tidak mengamalkan batuk dan bersin secara beretika.
Tahukah anda?
Penyakit seperti H1N1, TB boleh di sebarkan melalui batuk dan bersin yang tidak betul dan ini meningkatkan lagi penyebaran virus dan bakteria kepada orang lain
CARA BAKTERIA BERBAHAYA MEREBAK
Mengikut kajian, dianggarkan sebanyak 3,000 titisan air liur dikeluarkan setiap kali kita batuk, dan semasa bersin pula kita keluarkan lebih banyak titisan air liur iaitu sebanyak 40,000.
Titisan yang lebih berat akan jatuh ke lantai akibat graviti dan yang lebih ringan pula akan tersebar diudara dan diterbangkan ke pelbagai tempat melalui udara.
ETIKA BATUK DAN BERSIN YANG BETUL
Tutuplah mulut anda!
Langkah?langkah kawalan dan perlindungan diri:

  1. Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan ketika batuk dan bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dengan serta-merta. Kuman pada tisu boleh terus hidup untuk beberapa jam.
  2. Jika tidak ada tisu atau sapu tangan, gunakan tangan anda untuk menutup hidung serta mulut apabila bersin atau batuk, cuci tangan selepas itu .
  3. Cuci tangan dengan sabun dan air bersih untuk menghalang penyebaran bakteria.
  4. Pakai penutup mulut dan hidung (face mask), terutamanya jika anda menghidap sebarang penyakit berjangkit.
  5. Elakkan berada di tempat awam jika anda menghidap sebarang penyakit berjangkit.
  6. Gunakan sanitizer jika tidak dapat membasuh tangan dengan sabun dan air.

Ingat!
Tutup mulut dan hidung anda ketika batuk atau bersin.

A

Akibat Seks Luar Nikah

Alat Bantuan Untuk Warga Emas (Parkinson)

Angkat Bibir

Asas Penjagaan Kulit

Aktiviti Fizikal dan Pemakanan : Misi Amirul & Syazwan

 

Artikel Berkaitan

Sakit Sendi

Download: {showhide title=”TRANSKIPSI” template=”strong,arrow-blue” changetitle=”CLICK HERE TO CLOSE…” mousetitleistitle=true closeonclick=true

Fad Diet

What is fad diet? Fad diet is a diet plan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,827

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia