A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

[flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/dewasa/Anemia/Anemia.flv[/flv]

Download:

 

Anemia adalah kekurangan sel darah merah yang matang atau hemoglobin yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Paras hemoglobin yang normal adalah di antara 13.8 hingga 18.0 grams per deciliter untuk lelaki dan 12.1 hingga 15.1 grams per deciliter untuk perempuan.

Proses pembentukan dan pengeluaran sel darah merah berlaku dalam tulang sumsum, di bantu oleh buah pinggang dan nutrisi yang mencukupi (terutama zat besi). Sekiranya buah pinggang atau tulang sumsum tidak berfungsi atau kekurangan nutrisi ini akan menyebabkan jumlah sel darah merah berkurangan.

Sebab-sebab terjadinya anemia:

1. Kehilangan darah (samada akut atau kronik):

  • Kehilangan darah yang akut (mendadak) terjadi semasa kemalangan yang mengakibatkan kecederaan parah, pendarahan dalaman atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gantian darah.
  • Kehilangan darah kronikbiasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan.

2. Kekurangan pembentukan sel darah merah dari tulang sumsum di sebabkan oleh :

  • Kekurangan nutrisi:zat besi, vitamin B12 dan folate.
  • Pendarahan haid yang berlebihan. Faktor Toksik: penyakit inflamasi, kegagalan hati danbuah pinggang, pengambilan ubat.
  • Kekurangan hormon: Contohnya paras hormon tiroid rendah.
  • Serangan tulang sumsum: Kanser darah, penyakit tulang sumsum.
  • Gangguan pembentukan sel darah merah: keadaan seperti talasemia.

3. Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan, mungkin berlaku didalam beberapa jangkitan atau pengambilan sesetengah jenis ubatan dan antibiotik.

Tanda-tanda anemia adalah

  • Keletihan setiap masa
  • Lemah tenaga
  • Pening
  • Pitam
  • Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal
  • Kulit pucat atau kekuningan
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Penafasan yang cepat
  • Tekanan darah rendah

Tanda-tanda ini berbeza bergantung kepada tahapnya.

Komplikasi

Jika keadaan anemia tidak dirawat ia boleh menyebabkan:

  • Fungsi jantung menjadi lemah dan mengakibatkan serangan jantung.
  • Masalah semasa mengandung seperti pertumbuhan janin akan terencat dan melahirkan anak pramatang.

 Rawatan

Sekiranya terdapat tanda-tanda anemia, pemeriksaan hemoglobin boleh dilakukan di klinik berhampiran dengan anda.

Rawatan anemia bergantung kepada jenis anemia yang dihadapi:

  • Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti talasemia, leukemia atau pendarahan, rawatan khusus perlu dilakukan.

Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil tambahan zat besi. Jika mengambil pil tambahan zat besi adalah dinasihatkan untuk mengambilnya bersama dengan vitamin C untuk membantu penyerapan.

A

 

Artikel Berkaitan

Angioplasty

[flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/dewasa/ANGIOPLSTY/ANGIOPLSTY.flv[/flv] Download:   Jantung merupakan otot yang mengepam darah ke

Goiter

[flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/dewasa/goiter/goiter.flv[/flv] Download:   Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak

Hemodialisis

[flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/dewasa/hemodialisis/hemodialisis.flv[/flv] Download:   Apabila buah pinggang tidak lagi berfungsi dengan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,827

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia