Apakah Anorexia Nervosa?
- Anorexia Nervosa adalah penyakit di mana anda tidak mahu makan kerana takut menjadi gemuk
- Anda akan merasakan yang anda lebih gemuk dari yang keadaan sebenarnya, walaupun anda sebenarnya mempunyai kurang berat badan. Anda akan merasakan yang anda tidak cukup kurus
- Anda sentiasa merasakan anda tidak cukup kurus
- Senaman yang berlebihan merupakan satu tingkah laku yang biasa
Apakah Akibat Anorexia Nervosa?
- Anda akan merasa murung. Anda tidak mendapat zat/ nutrisi yang cukup, maka dengan itu anda akan kelihatan dan merasa tidak sihat.
- Gigi dan kulit bertukar menjadi warna kekuningan dan tidak cantik
- Rambut dan kuku menjadi rapuh dan pecah
- Rambut akan gugur
- Rambut halus (dikenali sebagai rambut lanugo) akan tumbuh di seluruh badan anda supaya tubuh anda dapat memanaskan badan (kerana tiadanya lemak di tubuh anda)
- Remaja perempuan akan lewat datang haid
- Anda mungkin mati kerana kegagalan organ
Semakan Akhir | : | 27 April 2012 |
Penulis | : | Prof. Madya Dr. Alvin Ng Lai Oon |
Penyemak | : | Dr. Norharlina bt. Bahar |