Pengenalan
- Antipsikotik adalah kelas ubat yang digunakan untuk merawat psikosis (penyakit mental yang menyebabkan perubahan personaliti dan tidak peka dengan realiti).
- Ubat-ubatan ini juga dikenali sebagai ‘neuroleptik’.
- Ubat-ubatan ini memberi kesan kepada sistem perhubungan khas yang membenarkan komunikasi antara sel-sel otak dan membolehkan otak berfungsi secara normal.
- Hasilnya, pesakit akan dapat pulih dari gejala psikotik dan melalui kehidupan yang normal semula.
Jenis-jenis Antipsikotik
- Antipsikotik Tipikal (juga dikenali sebagai antipsikotik generasi pertama):
- Phenothiazines (Chlorpromazine, Thioridazine, Fluphenazine, Perphenazine, Prochlorperazine, Trifluoperazine).
- Butyrophenones (Haloperidol)
- Thioxanthenes (Flupenthixol, Zuclopenthixol)
- Benzamides yang diubah (Sulpiride)
- Antipsikotik Atipikal (juga dikenali sebagai antipsikotik generasi kedua):
- Clozapine
- Olanzapine
- Risperidone
- Quetiapine
- Aripiprazole
- Ziprasidone
- Sertindole
Kesan Sampingan
Kesan sampingan yang dikaitkan dengan antipsikotik termasuklah :
- Kesan sampingan Ekstrapiramidal:
- Kejang dan menggeletar (gejala Parkinson) – biasa berlaku secara beransur-ansur pada pesakit dewasa atau warga tua
- Pergerakan muka dan badan yang tidak normal –biasanya pada kanak-kanak atau remaja
- Perasaan tidak selesa –boleh berlaku selepas pengambilan dos yang tinggi
- Pergerakan beritma tidak terkawal pada lidah, muka dan rahang – biasanya berlaku selepas rawatan jangka panjang atau dengan dos ubat yang tinggi
- Kesan sampingan yang lain
- Peningkatan selera makan
- Pertambahan berat badan
- Perubahan paras gula dalam darah lalu meningkatkan risiko kencing manis
- Kehilangan sel darah putih yang berfungsi melawan penyakit
- Mengantuk
- Tekanan darah rendah
Langkah Berjaga-jaga
Antipsikotik harus digunakan dengan berhati-hati dalam keadaan :
- Kerosakan hati
- Kerosakan ginjal
- Masalah jantung
- Penyakit Parkinson
- Epilepsi (sawan)
- Kemurungan
- Myasthenia gravis (masalah fungsi otot disebabkan otot menjadi lemah)
- Pembesaran prostat
- Glaukoma
Peringatan
- Jangan berhenti pengambilan ubat tanpa kebenaran doktor
Maklumat Am
- Sebelum mengambil ubat ini, sila maklumkan kepada doktor tentang sejarah perubatan terutama tentang penyakit hati atau ginjal serta alahan kepada ubat
- Gabungan ubat ini dengan alkohol atau ubat-ubatan jenis sedatif yang lain boleh menyebabkan kesan mengantuk yang kuat
- Hadkan pengambilan alkohol
- Guna dengan berhati-hati ke atas warga tua kerana mereka lebih terdedah kepada kesan sampingan ubat ini
- Penggunaan ubat ini semasa mengandung memerlukan perhatian rapi
- Bincang tentang risiko dan kebaikan menggunakan ubat ini dengan doktor anda
- Maklumkan kepada doktor anda jika anda menyusukan anak kerana dos ubat perlu diubah
Kaedah Penyimpanan
- Kaedah penyimpanan perlu diberi lebih perhatian kerana ubat jenis ini selalu disalahguna
- Jangan campurkan ubat ini dengan ubat-ubatan lain
- Simpan ubat di dalam tempat yang sejuk, kering dan sukar dicapai oleh kanak-kanak
Semakan Akhir | : | 20 April 2012 |
Penulis | : | Ainul Salhani bt. Abd Rahman |
Penyemak | : | Rabi’ah bt. Mamat |