A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Audiologi
  6. /
  7. Apabila Sudah Disahkan Dengan...

Apabila Sudah Disahkan Dengan Masalah Pendengaran

Apabila sudah disahkan dengan masalah pendengaran, perkara utama yang perlu dilakukan ialah untuk menerima kenyataan bahawa anda atau ahli keluarga telah mempunyai masalah pendengaran. Namun, ramai kurang menyedari masalah pendengaran akan memberi kesan secara tidak langsung terhadap kualiti hidup, terutamanya dari segi psikososial dan boleh menjejaskan kemahiran pertuturan kanak-kanak. Sehubungan itu, anda dan ahli keluarga perlu mengetahui tindakan susulan yang akan dilakukan supaya jangkaan yang realistik boleh dicapai.

Apa Itu Rehabilitasi Aural / Pemulihan Pendengaran?

Ia adalah suatu proses pengurusan individu bermasalah pendengaran. Proses ini merangkumi fasa pengenalpastian dan pengesahan hilang pendengaran. Diikuti dengan penyediaan perancangan pelbagai jenis terapi serta pemilihan alat sokongan yang sesuai untuk membantu pendengaran pesakit. Selain itu, rehabilitasi aural juga termasuk prosedur tertentu di mana setiap terapi dan penggunaan alat pendengaran mempunyai matlamat khusus. Contohnya, latihan akan diberikan kepada individu yang terlibat untuk menyesuaikan diri dengan masalah pendengarannya dan beberapa kaedah komunikasi yang berkesan akan diajarkan. apabila_disahkan_masalah_pendengaran1   Pemeriksaan dan Pengesahan Masalah Pendengaran

  • Semasa proses penilaian pendengaran, individu terlibat akan menjalani beberapa prosedur pemeriksaan dalam bilik khas seperti; ujian mengesan nada bunyi dan ujian keseimbangan tekanan dalam telinga.
  • Pemeriksaan pendengaran juga boleh berlanjutan dalam beberapa sesi bergantung kepada kestabilan tindakbalas dan kelakuan pesakit. Bagi pesakit kanak-kanak dan pesakit dengan kecacatan mental pula, pemeriksaan pendengaran mungkin akan memerlukan beberapa prosedur tambahan lain yang lebih khusus.

Pemilihan Alat Pendengaran

  • Setelah masalah pendengaran disahkan, Pegawai Audiologi akan berbincang tentang penggunaan alat bantu pendengaran (Hearing aid) dan alat bantuan pendengaran (Assistive Listening Devices-ALDs).
    1. Pesakit akan menjalani ujian percubaan beberapa jenis model alat pendengaran untuk memilih alat dengan kualiti yang selesa dan baik.
    2. Berdasarkan pilihan alat yang dibuat, Pegawai Audiologi akan membuat preskripi.
    3. Kemampuan kewangan pesakit dan keluarga akan dinilai. Sekiranya perlu, Pegawai Audiologi akan merujuk pesakit ke agensi/unit berkaitan untuk bantuan kewangan.
  • Kebanyakan pesakit akan mendapat manfaat dengan penggunaan alat tersebut namun kesesuaian rekabentuk dan spesifikasinya adalah berbeza bagi setiap individu.  Pesakit perlu berbincang dengan lebih lanjut bersama Pegawai Audiologi berkaitan penggunaan alat bantu  pendengaran.

apabila_disahkan_masalah_pendengaran2

Pelbagai Jenis Alat Bantu Dengar (Sumber:thehouseofhearing.com)

Pemasangan dan Orientasi Alat Bantu Pendengaran

  1. Setelah proses pembelian alat selesai, Pegawai Audiologi akan mengambil ukuran saiz telinga, diikuti dengan pemasangan alat pada suatu tarikh temujanji yang ditetapkan.
  2. Semasa pemasangan, alat bantu pendengaran akan diprogram mengikut tahap masalah pendengaran dan keselesaan pesakit.
  3. Pesakit dan keluarga akan diberi penerangan tentang cara penggunaan serta penjagaan alat bantu pendengaran.
  4. Khidmat bimbingan dan kaunseling untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru turut diberikan supaya penggunaan alat bantu pendengaran lebih berkesan.

Perlukah menghadiri temujanji susulan? Ya, selepas pemakaian alat bantu pendengaran yang sesuai, pesakit masih perlu menjalani temujanji susulan. Sesetengah pesakit terutamanya kanak-kanak perlu dirujuk kepada Terapis Pertuturan-Bahasa, Doktor Pakar atau mungkin juga professional lain. Semasa temujanji susulan ini, alat bantu pendengaran pesakit akan diperiksa dan beberapa ujian akan dijalankan terutamanya berkaitan perkembangan penggunaan alat tersebut. Sekiranya terdapat kemusykilan berkaitan alat bantu pendengaran, pesakit dan keluarga boleh berbincang dengan Pegawai Audiologi yang bertugas bagi mendapatkan maklumat dengan lebih jelas. Rujukan

  1. Hull, R.H.;Aural Rehabilitation Serving Children And Adult, Fourth Edition,2001.
  2. Mueller,H.G. & Hall,J.W. ; Audiologist Desk Reference Vol II: Audiologic Management Rehabilitation & Terminology,1998
  3. http://www.asha.org/public/hearing/Adult-Aural-Rehabilitation/
Semakan Akhir : 23 Mac 2016
Penulis : Siti Fatiha bt. Mohd Abas
Akreditor : Khadijah Azura bt. Salim

Artikel Berkaitan

Berjalan

Berjalan adalah senaman yang paling mudah, percuma dan sesuai untuk sesiapa sahaja tak kira tahap kecergasan yang sedia ada dan ia mampu memberi manfaat yang hebat.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia