A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Aplikasi Varnis Fluorida

Aplikasi Varnis Fluorida

 

[flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]

Download:

 

 

Varnis fluorida adalah sejenis aplikasi fluorida topikal. Ia bertujuan untuk mencegah pembentukan karies dan mengawal lesi  karies awal pada gigi susu dan gigi kekal.

Kebanyakan varnis fluorida mengandungi 5% fluorida dalam cecair sapuan. Varnis melekat kuat pada permukaan gigi dan membebaskan fluorida secara perlahan-lahan.

Kajian menunjukkan bahawa aplikasi varnis fluorida secara berkala dapat mengurangkan peratus kejadian karies sekitar 30% untuk gigi susu dan 45% untuk gigi kekal.

Sapuan varnis fluorida mudah dilakukan dan ia mempunyai perisa yang menyenangkan terutamanya untuk kanak-kanak.

Aplikasi (sapuan)varnis fluorida dilakukan oleh doktor atau jururawat pergigian secara berkala bergantung kepada risiko karies gigi seseorang.

Prosedur penyapuan varnis fluorida dimulakan dengan pembersihan gigi secara keseluruhan. Kemudian varnish fluorida disapu pada permukaan gigi menggunakan berus aplikasi.

Aplikasi varnis mengambil masa kurang daripada 5 minit dan tidak melibatkan sebarang kesakitan.

Varnis fluorida akan mengering dengan sendirinya dan gigi mungkin kelihatan kekuningan selepas aplikasi.

Pesakit dinasihatkan untuk tidak makan, minum atau berkumur-kumur dalam masa 30 minit selepas sapuan.

Elakkan memberus gigi  sehingga keesokan harinya untuk memberi faedah maksimum.

Walaupun varnis fluorida terasa melekit pada gigi, memberus secara biasa akan menghilangkan rasa itu dan juga warna kekuningan pada gigi.

Anda boleh berjumpa dengan doktor gigi/jururawat pergigian untuk mendapatkan nasihat tentang penyapuan varnis fluorida. Mereka akan mengesyorkan sama ada rawatan ini diperlukan atau sebaliknya.

Sapuan varnis fluorida sekurang- kurangnya dua kali setahun boleh membantu mencegah kerosakan gigi dan mengekalkan senyuman manis anda sepanjang hayat

A

Anemia

Angioplasty

Aplikasi Varnis Fluorida

Asma

Aterosklerosis

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,764,880

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia