A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiologi
  6. /
  7. Kaedah Pemeriksaan
  8. /
  9. PEMERIKSAAN ARTHROGRAM

PEMERIKSAAN ARTHROGRAM

Apa Itu Pemeriksaan Arthrogram?

  • Pemeriksaan arthrogram adalah salah satu ujian diagnostik yang dilakukan untuk mengkaji bahagian dalam sendi seperti sendi bahu, sendi lutut, sendi pergelangan tangan dan sendi pergelangan kaki. Tujuan pemerksaan adalah untuk menilai kecederaan atau punca permasalahan yang telah anda alami.
  • Prosedur ini dilakukan di jabatan pengimejan oleh pakar radiologi dan dilakukan di bawah kawalan sinaran X-ray di bilik floroskopi.

Gambarajah 1: Jarum suntikan dimasukkan di kawasan sendi dan media kontras disuntik

Bagaimana Mendapatkan Pemeriksaan Ini Dan Di Mana?

  • Apabila anda datang berjumpa dengan doktor yang merawat anda, doktor tersebut akan menentukan sama ada anda memerlukan pemeriksaan ini.
  • Sekiranya perlu, doktor tersebut akan berbincang dengan pakar radiologi dan membuat permohonan pemeriksaan menggunakan Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi.
  • Pemeriksaan ini terdapat di hospital-hospital KKM yang terpilih.

Bila Pemeriksaan Diperlukan?

  • Pemeriksaan arthrogram dilakukkan untuk mencari punca masalah yang berterusan, sakit yang tidak dapat dijelaskan, bengkak atau pergerakan yang tidak normal pada sendi anda.
  • Di antara permasalahan yang memerlukan pemeriksaan arthrogram dilakukan adalah:

– Permasalahan kapsul sendi, ligamen, rawan seperti degenerasi bagi pesakit tua, atau penyakit, dan tulang-tulang di dalam sendi,

– Ketumbuhan yang tidak normal atau berisi cecair sista.

Bagaimana Prosedur Dijalankan?

  • Prosedur dilakukan dengan memasukkan jarum dan alat suntikan yang steril (bebas kuman) pada struktur tisu lembut di dalam sendi (contohnya ligamen dan tulang rawan)
  • Melalui jarum suntikan, media kontras dimasukkan pada kawasan sendi bertujuan menjadikan struktur sendi lebih jelas untuk dilihat pada imej-imej di bawah floroskopi.
  • Pengimejan susulan seperti CT scan dan MRI mungkin dilakukan mengikut keperluan.

Sebelum Pemeriksaan

– Kebiasaannya tiada persediaan khusus diperlukan.

– Anda perlu membawa bersama filem X-ray yang terdahulu jika ada pada hari pemeriksaan.

– Anda diminta untuk menukar pakaian kepada pakaian hospital

– Anda tidak digalakkan membawa atau memakai barang-barang berharga semasa hari pemeriksaan.

Semasa Pemeriksaan

– Pesakit diminta untuk berbaring dan kawasan permukaan kulit sendi akan dibersihkan dengan larutan anti septik. Seterusnya anestatik tempatan disuntik ke dalam kulit untuk tujuan bius pada kawasan yang dikenalpasti untuk dimasukan jarum pemeriksaan.

– Selepas anestetik tempatan diberi, jarum yang lebih panjang kemudiannya dimasukkan ke dalam sendi. Pakar radiologi yang menjalankan pemeriksaan ini akan menggunakan ultrasound atau fluoroskopi untuk mengawal jarum masuk ke dalam kedudukan yang betul.

– Selepas kedudukan jarum dikenalpasti, sejenis cecair yang dikenali sebagai media kontras dimasukkan memenuhi kawasan sendi, kemudian jarum pemeriksaan akan dikeluarkan. Anda mungkin diminta untuk mengerakkan sendi kawasan yang ingin diperiksa supaya kontras memenuhi kawasan sendi sebelum pemeriksaan lanjut dilakukan.

– Pemeriksaan arthrogram mengambil masa selama 30 minit. Pemeriksaan yang melibatkan MRI mungkin mengambil masa lebih lama.

SelepasPemeriksaan

– Anda akan mengalami rasa sakit sedikit dan mungkin rasa kebas di bahagian sendi.

– Maklumkan kepada pakar radiologi yang menjalankan pemeriksaan ini jika anda menghadapi sebarang masalah selepas pemeriksaan ini..

LaporanPemeriksaan

  • Semua imej yang dihasilkan akan diteliti oleh pakar radiologi dan laporan akan disediakan.

Rujukan

  1. Stephens Chapman & Nakiely, R. 2001. A Guide to Radiological Procedures, United Kingdom, London, W.B Saunders.
  2. SAAD, I. 1992. Radiologi Diagnosis Asas, 1992, Dewan Bahasa Dan Pustaka.
  3. www.insideradiology.com.au/pages/view.php
  4. www.webmd.com/arthritis/arthrogram-joint-x-ray

 

Semakan Akhir : 5 Januari 2017
Penulis : Khairun Nisa’a binti Khairul Zaman
Akreditor : Daud bin Ismail

Artikel Berkaitan

Terbakar dan Melecur

Tahap Satu – Kecederaan yang hanya melibatkan lapisan luar kulit sahaja. Ia tidak menyebabkan penembusan lapisan kulit
Tahap Dua – Kecederaan yang menyebabkan penembusan lapisan kulit, menyebabkan lapisan bawah kulit mengalami kerosakan
Tahap Tiga – Kecederaan yang menyebabkan kerosakan kepada semua lapisan kulit, juga melibatkan kerosakan pada lapisan otot, ataupun tulang.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia