A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Asma Pekerjaan: Bagaimana untuk...

Asma Pekerjaan: Bagaimana untuk Mencegah

Pengenalan

Asma pekerjaan adalah asma yang bertambah teruk akibat pendedahan kepada bahan pencetus tertentu di tempat kerja. Banyak bahan di tempat kerja yang boleh menyebabkan asma pekerjaan. Kekerapan kejadian asma pekerjaan adalah tidak diketahui kerana kejadian kurang dilaporkan. Asma pekerjaan perlu  dikesan awal supaya pekerja boleh dilindungi atau dialihkan daripada pendedahan sebelum kerosakan paru-paru yang berkekalan terjadi. 

Pencegahan asma pekerjaan

Tiga komponen utama langkah-langkah pencegahan :

  • Pencegahan Primer
    • Bertujuan untuk mencegah kejadian penyakit, selalunya dengan mengurangkan atau mengelakkan sama sekali pendedahan terhadap agen pencetus di tempat kerja. Ini adalah langkah yang paling berkesan untuk mengawal dan mencegah pendedahan sama sekali dengan menggantikan bahan pencetus dengan bahan yang kurang berbahayakan melalui pengubahan cara kerja dan langkah penjagaan kebersihan diri.
    • Peralatan perlindungan pernafasan seperti penutup muka mempunyai peranan jika pengawalan punca tidak boleh dilakukan. Ia boleh memberi perlindungan jika ia digunakan dengan betul, ditanggalkan dengan cara selamat, diganti dan sentiasa dipastikan dalam keadaan baik.
  • Pencegahan Sekunder
    • Pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk asma pekerjaan adalah bertujuan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal dan pada tahap yang masih boleh dipulihkan. Langkah-langkah yang biasa digunakan untuk mengesan kes asma pekerjaan adalah dengan soalan saringan masalah pernafasan, ujian spirometry, pengesanan IgE yang spesifik dan ujian alahan kulit (skin prick test).

  • Pencegahan Tertiari
    • Pencegahan tertiari bertujuan untuk mencegah gejala daripada bertambah teruk dengan mengesan awal asma pekerjaan dan pengalihan awal daripada pendedahan dan pekerja dirawat sebagai kes asma pekerjaan.

Rawatan

Tujuan utama rawatan adalah untuk mengenal pasti penyebab dan mengalihkan pekerja daripada pendedahan jika boleh. Pencegahan gejala asma dengan pengurangan pendedahan kepada bahan pencetus di tempat kerja adalah langkah yang paling penting untuk mengurangkan kejadian asma pekerjaan. Adalah juga penting untuk menggunakan ubat asma yang sesuai untuk mencegah dan mengawal gejala asma.

Pencegahan pendedahan

Pencegahan pendedahan terhadap bahan pencetus yang boleh menyebabkan asma pekerjaan adalah rawatan yang paling berkesan. Langkah-langkah pencegahan termasuklah :

  • Bertukar pekerjaan
  • Jika pekerjaan tertentu, sekiranya pendedahan kepada pencetus asma tidak dapat dielakkan, majikan perlu membantu pekerja mencari tempat kerja yang lebih sesuai di mana pendedahan terhadap bahan pencetus adalah minimum.
  • Penggunaan pelindung pernafasan untuk melindungi dan mengurangkan pendedahan kepada bahan pencetus.

Ubat-ubatan

Ubat asma (terutamanya ubat sedut) mungkin membantu pesakit menangani gejala mereka. Ini termasuklah:

  • Ubat sedut pelega asma – membantu untuk mengendurkan otot saluran pernafasan dan melegakan gejala akut asma
  • Ubat  sedut pengawal asma – perlu digunakan setiap hari untuk mencegah serangan asma

Kesimpulan

Pada umumnya, prognosis pekerja yang mengalami asma pekerjaan adalah bagus jika dikesan awal dan mencegaha pendedahan yang awal. Ia memberi peluang untuk sembuh sepenuhnya. Asma pekerjaan mungkin bertambah teruk jika pekerja terus terdedah kepada bahan pencetus yang boleh mengakibatkan serangan asma, walaupun ubat asma boleh membantu melegakan gejala asma. 

 

Last Reviewed : 24 January 2014
Writer : Dr. Ho Bee Kiau

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,430

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia