A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Optometri
  6. /
  7. Bagaimana Tahap Rabun (Kuasa...

Bagaimana Tahap Rabun (Kuasa Cermin Mata) Pada Kanak-Kanak Diukur

Bagaimana Tahap Rabun (Kuasa Cermin Mata) Pada Kanak-Kanak Diukur

Rabun boleh bermula dari usia seawal bayi yang baru lahir ataupun ketika masih kanak-kanak lagi. Adalah penting untuk kanak-kanak menjalani pemeriksaan mata oleh Optometris yang bertauliah sebelum usia mencecah 6 tahun. Terdapat tiga jenis rabun iaitu miopia, hiperopia dan astigmatisma.

Rabun biasanya boleh dibetulkan dengan menggunakan cermin mata atau kanta lekap.

Kaedah Untuk Mengukur Tahap Rabun Pada Kanak-Kanak

Terbahagi kepada 4 kaedah:

  • Refraksi Objektif
  • Refraksi Subjektif
  • Refraksi Sikloplegik
  • Teknik Mohindra’s Near Retinoscopy

1) Refraksi objektif

Refraksi objektif adalah pengukuran tahap rabun tanpa memerlukan respon daripada anak anda. Optometris akan menggunakan sejenis alat iaitu retinoskop untuk mengukur tahap rabun. Optometris akan menyuluh lampu retinoskop pada mata kanak-kanak. Berdasarkan kepada pergerakan dan orientasi refleks cahaya yang dipantulkan dari retina, tahap rabun boleh diukur. Optometris akan menggunakan kanta yang sesuai untuk menentukan kuasa cermin mata.

RetinoskopRetinoskop

Prosedur RetinoskopiProsedur Retinoskopi

2) Refraksi subjektif

Tahap rabun ditentukan berdasarkan respon dan kerjasama kanak-kanak. Optometris akan menggunakan kombinasi kanta cubaan untuk mendapatkan kuasa cermin mata yang tepat dan jelas dengan tahap penglihatan terbaik untuk anak anda.

3) Refraksi sikloplegik

Bagi bayi dan kanak-kanak, tahap rabun yang diukur melalui prosedur refraksi secara objektif dan subjektif biasanya tidak berapa tepat. Ini disebabkan kanak-kanak mempunyai daya akomodasi yang kuat yang boleh menyebabkan tahap rabun yang diukur adalah tidak tepat (palsu/ terlebih fokus).

Akomodasi adalah proses perubahan kuasa optikal kanta mata. Akomodasi membolehkan mata memfokus objek pada jarak yang berbeza. Nilai akomodasi adalah tinggi pada bayi dan kanak-kanak tetapi semakin menurun apabila umur meningkat. Oleh itu, untuk mengukur tahap rabun yang lebih tepat, Optometris akan menjalankan prosedur refraksi sikloplegik. Penggunaan komputer untuk mengukur tahap rabun bagi kanak-kanak adalah tidak digalakkkan sama sekali.

Refraksi sikloplegik adalah prosedur refraksi yang dilakukan dengan penggunaan ubat titis sikloplegik bagi kanak-kanak yang kecil, aktif  atau yang tidak dapat memberikan kerjasama. Ubat titis siklolegik digunakan bagi melumpuhkan sementara otot akomodasi bagi mengukur tahap rabun yang sebenar. Ketiadaan akomodasi dapat membantu mata kanak-kanak untuk berehat sementara prosedur refraksi dilakukan. Dengan cara ini tahap rabun yang sebenar boleh diukur.

Prosedur Refraksi Sikloplegik Prosedur Refraksi Sikloplegik

Di Malaysia, agen sikloplegik yang kerap digunakan adalah Cyclopentolate, Homatropine, Atropine dan juga Tropicamide.

Jenis Ubat Titis Sikloplegik2 Jenis Ubat Titis Sikloplegik3 Jenis Ubat Titis Sikloplegik1 Jenis Ubat Titis Sikloplegik4

Jenis Ubat Titis Sikloplegik

Optometris akan memilih agen sikloplegik yang bersesuaian dengan mengambil kira kesan sampingan agen sikloplegik tersebut terhadap kanak-kanak berdasarkan kepada Jadual 1.

Cyclopentolate hydrochloride adalah agen sikloplegik pilihan Optometris kerana memberikan kesan sikloplegik yang cepat dan mengambil masa yang pendek untuk pulih.

Jadual 1 : Panduan Penggunaan Agen Sikloplegik

Jenis Agen Sikloplegik
Kesan Sikloplegik Maksimum Tempoh Kesan Sikloplegik
ATROPINE SULFATE 0.5%, 1% 3 – 6 jam 10 – 18 hari
SCOPOLAMINE HYDROBROMIDE 0.25% 60 minit 5 – 7 hari
HOMATROPINE HYDROBROMIDE 5% 30 minit – 2 jam 36 – 48 jam
CLOPENTOLATE HYDROCHLORIDE 1%, 2%(CYLOGYL) 20 – 45 minit 8 – 24 jam
TROPICAMIDE HYDROCHLORIDE 1% (MYDRIACYL) 20 – 30 minit 4 – 8 jam

Namun begitu, semua pesakit kanak-kanak yang akan menjalani pemeriksaan refraksi sikloplegik perlu dipastikan tidak mempunyai kontraindikasi terhadap agen sikloplegik. Kanak-kanak juga perlu berada dalam keadaan sihat dan tidak mempunyai riwayat tindakbalas alahan kepada agen sikloplegik yang akan digunakan. Prosedur ini juga hendaklah mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga secara lisan. Ibu bapa perlu diberitahu tentang kesan sampingan agen sikloplegik yang digunakan.

Kesan Sampingan Agen Sikloplegik   

Ubat titis sikloplegik akan menyebabkan anak mata menjadi besar dan hilang akomodasi untuk tempoh beberapa jam. Pesakit akan berasa silau dan kabur untuk tempoh tersebut. Proses refraksi sikloplegik juga akan mengambil masa yang agak lama berbanding refraksi tanpa menggunakan ubat titis sikloplegik.

Kesan sampingan lain adalah mata merah (allergic conjunctivitis), mata berair, irritasi pada mata, ruam pada kulit, kadar denyutan jantung meningkat dan halusinasi. Optometris anda akan tentukan sama ada anak anda perlu menjalani refraksi sikloplegik atau tidak. Prosedur ini bukanlah prosedur rutin yang akan dilakukan setiap kali pemeriksaan mata dijalankan. Prosedur ini hanya akan dijalankan apabila perlu sahaja agar Optometris dapat memberikan kuasa cermin mata yang tepat dan jelas untuk anak anda.

 Anak mata membesarAnak mata membesar

 Ruam pada kulitRuam pada kulit  Iritasi mataIritasi mata

 

4) Teknik Mohindra’s Near Retinoscopy

Sekiranya pesakit kanak-kanak mempunyai kontraindikasi terhadap refraksi sikloplegik, tidak memberi respon yang baik dan konsisten serta tidak memberi kerjasama melalui prosedur refraksi objektif dan subjektif, Optometris akan melakukan Teknik Mohindra’s Near Retinoscopy untuk mengukur tahap rabun. Prosedur ini dilakukan menggunakan prosedur retinoskopi tetapi dijalankan di dalam bilik yang sangat gelap supaya tiada stimulasi akomodasi.

Rujukan

  1. Chisholm, B.(2015). What Are Cycloplegics, dari http://www.wisegeek.com/what-are-cycloplegics.htm
  2. Coopper pharmaceutical (n.d) Mydriatic, Cycloplegics (fotograf) dari http://www. koper. gr/en/results. html?ther=45
  3. Cyclogyl (fotograf) dari http://www.drug3k.com/drug/Cyclogyl-11472.htm
  4. Esraa, (2011). Not Only Drugs(fotograf) dari http://4pharmacure.blogspot.com/2011 /05/ eye. html
  5. Haliza, AM.(2012). Kepentingan Penjagaan Mata Terhadap Kanak-kanak, dari dari http       ://drhalizamutalib.blogspot.com/2012/06/kepentinganPenjagaanMataTerhadapKanak-kanak.html
  6. Haliza, AM.(2012). Ayah Saya Perlukan Cermin Mata, dari http ://drhalizamutalib.blogspot.com/2012/06/ayahsaya-perlukan-cermin-mata.html
  7. Homatropine Hydrobromide( fotograf) dari http://www.nursingconsult.com
  8. Lasermyeye,(n.d) Encyclopedia of Laser Vision Correction, Retinoscoppe (fotograf) dari   http://www.lasermyeye.org/encyclopedia/retinoscope.html
  9. Majlis Optik Malaysia (2009) Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Optometri Pediatrik (Jadual) Panduan Penggunaan agen Sikloplegik
  10. Melissa, F.(2012). Definition of Cycloplegic Refraction, (fotograf) dari http://hubpages. com/hub/Definition-of-Cycloplegic-Refraction
  11. Mydriacyl (fotograf) dari http://www.med.cmu.ac.th/hospital/ermed/webpage/eye.html
  12. Ranu Eye Specialist (2013) Ranu Eye Specialist- Facilities (fotograf), dari http://www.ranueye.com/v1/?page_id=284
  13. Rob, H.(2014) Common Childhood Skin Problems (fotograf), dari http://www.webmd.boots. com/children/ss/slideshow-common-childhood-skin-problems
  14. Troy, B.(2014). Cycloplegic Refraction, dari http://vision.about.com/od/eyeexamequipment/q/ Cycloplegic Refraction htm
  15. Troy, B.(2014). Eye Refraction, dari http://vision.about.com/od/eyeexamination1/a/Eye Refraction.htm
  16. Visvaraja, S. Cycloplegic Refraction, dari http:// www.mapo.org.my/index.php?option=com content&view=article&id=156:cycloplegic-refraction&catid=49:education&Itemid=129

 

Semakan Akhir : 17 Disember 2015
Penulis : Pn. Hazliyati Binti Hassan
Akreditor : Pn. Hafizah Binti Abu Yamin

 

Artikel Berkaitan

MRI ABDOMEN

Apa Itu Pemeriksaan MRI Abdomen Magnetic Resonance Imaging (MRI) Abdomen

Siapakah Audiologis?

Pengenalan Audiologis adalah individu yang berkelayakan dari segi akademik sekurang-kurangnya

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia