A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Remaja
  4. /
  5. Remaja Umum
  6. /
  7. Baik & Buruknya Persaingan...

Baik & Buruknya Persaingan Di Kalangan Remaja

www.developer-tech.com

Remaja zaman sekarang mahukan kemenangan dalam segala aspek kehidupan, walau dengan apa cara sekalipun. Mereka mahu menang dalam semua aspek kehidupan – di sekolah, di rumah, di dalam acara sukan dan juga antara kawan-kawan. Persaingan boleh berbentuk persaingan yang sihat atau sebaliknya. Remaja boleh merasakan tekanan yang hebat jika terlalu risau mengenai persaingan.

Persaingan boleh mempengaruhi kesejahteraan dan kesihatan mental, emosi, sosial dan psikologi seseorang remaja, bergantung kepada jantina dan dayasaing remaja tersebut.

Bersaing semata-mata untuk menang boleh memudaratkan tetapi bersaing untuk menjadi cemerlang boleh memberi manfaat kepada para remaja. Remaja lelaki lebih berminat untuk bersaing untuk menang berbanding dengan remaja perempuan. Bagi remaja perempuan, bersaing semata-mata untuk menang sering dikaitkan dengan kurang kawan-kawan dan mereka lebih berisiko berasa murung dan sunyi.

Tekanan yang dirasai akibat persaingan boleh menjurus kepada persaingan yang tidak sihat. Remaja mungkin tidak akan dan tidak mungkin berpuas hati dengan prestasi mereka. Remaja juga tidak akan berani mencuba sesuatu yang baru kerana mereka takut kalah. Ini adalah sesuatu yang tidak sihat kerana mencuba perkara yang baru adalah satu keperluan perkembangan bagi setiap remaja.

Apakah yang menyebabkan persaingan menjadi sesuatu yang memudaratkan bagi remaja?

  • Remaja akan merasakan harga diri mereka bergantung kepada samada mereka menang atau gagal. Kegagalan adalah sinonim dengan orang yang tidak berguna.

  • Remaja akan melakukan apa sahaja untuk menang, termasuklah menipu.

  • Hilang kemanisan belajar. Remaja yang mementingkan keputusan ujian selalunya tidak akan ingat apa yang dipelajari. Mereka hanya menghafal dan memuntahkan jawapan semasa peperiksaan.

  • Penekanan betapa pentingnya untuk menang hanya akan menyebabkan remaja hilang keupayaan untuk berfikir dan menangani tekanan dari rakan sebaya ‘peer pressure’.

  • Remaja yang dilabelkan sebagai ‘loser’ lebih berisiko untuk terlibat didalam aktiviti yang tidak sihat seperti merokok, penggunaan dadah. Mereka lakukan aktiviti-aktiviti negatif ini hanya untuk mendapat pengiktirafan dan penerimaan dari rakan sebaya mereka.

  • Remaja akan menggunakan kebendaan untuk menambat hati dan ‘membeli’ rakan-rakan.

  • Mereka mengaku kalah (quit) terlalu awal. Remaja akan mudah berputus asa dan tidak bermotivasi untuk melakukan sesuatu.

Bagaimana ibu bapa boleh membantu?

Penting bagi ibu bapa untuk membantu remaja menghadapi persaingan dengan jujur dan sihat. Ia membimbing mereka tentang disiplin, pengurusan masa dan matlamat hidup.

  • Galakkan anak anda untuk bersaing dengan diri sendiri, bukan untuk kalahkan orang lain.

  • Pastikan anak anda tidak menunjuk-nunjuk dan riak apabila mereka mempunyai gajet terkini.

  • Amalkan nilai-nilai kekeluargaan yang baik dan sihat. Contohnya: menipu adalah amalan yang salah.

  • Jadilah teladan yang baik untuk remaja anda.

Rujukan

  1. Cynthia Hanson. http://www.familycircle.com

  2. Hibbard DR & Buhrmester D (2010). Competitiveness, gender, and adjustment among adolescents. Sex Roles DOI 10.1007/s11199-010-9809-z

 

Last Reviewed : 18 June 2015
Writer : Dr. Norharlina binti Bahar
Translator : Dr. Norharlina binti Bahar
Accreditor : Dr. Nazrila Hairin binti Nasir

 

Artikel Berkaitan

Facebook Love

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku Kau hantar pesan

Quit Smoking

Do not smoke. Be healthy for life Smoking increases the

Schoolwork

Most school kids cringe on hearing the word homework! It

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,816

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia