A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Kerja Sosial Perubatan
  6. /
  7. Bantuan Kepada Pesakit Jantung

Bantuan Kepada Pesakit Jantung

Pengenalan

Pegawai Kerja Sosial Perubatan yang berkhidmat di setiap hospital Kerajaan berperanan besar dalam membantu pesakit-pesakit miskin/ kurang berkemampuan mendapatkan bantuan biopsikososial. Bantuan biopsikososial mampu membantu pesakit mengembalikan kefungsian sosial dan membolehkan mereka kembali ke dalam masyarakat selari dengan batas keupayaan mereka yang diakibatkan oleh penyakit yang dialaminya. Peranan Pegawai Kerja Sosial Perubatan yang utama adalah memberikan bantuan praktik dan bantuan terapi sokongan. Bantuan praktik adalah berbentuk bantuan bagi rawatan, ubatan, peralatan perubatan, prosthesis, perancangan discaj, bantuan tambang untuk mendapatkan rawatan dan sebagainya. Bagi terapi sokongan, melibatkan kes-kes ibu tanpa nikah, penderaan kanak-kanak, perkosaan, keganasan rumah tanggga, perancangan discaj,penyakit kronik dan sebagainya.

Bantuan kepada pesakit jantung adalah antara bantuan praktik dan bantuan terapi sokongan yang diberikan oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan kepada pesakit. Bantuan praktik akan dihuraikan dengan lebih lanjut di bawah nanti. Bagi terapi sokongan, Pegawai Kerja Sosial Perubatan berperanan memberi sokongan emosi kepada pesakit dan waris pesakit dengan memberi khidmat nasihat tentang penyakit yang dialaminya, sedikit mengenai rawatan, cara untuk membuat permohonan bantuan dan sebagainya.

Kriteria Pesakit Yang Layak Menerima Bantuan

Pesakit yang layak mendapatkan bantuan dari Jabatan Kerja Sosial Perubatan adalah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pesakit Miskin / Kurang berkemampuan yang disokong oleh Pegawai Kerja Sosial
  3. Perubatan atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  4. Pesakit yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan / Pakar dari hospital kerajaan sahaja
  5. Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Jenis–Jenis Penyakit Jantung Yang Lazim Dirujuk

  • Coronary Artery Disease – Penyakit koronari arteri
  • Angioplasty – Angioplasti
  • Myocardial Infarction – Serangan Jantung
  • Heart Failure/Cardiomyopathy – Kegagalan jantung
  • Congenital Heart Disease – Penyakit jantung kongenital
  • Hyperthropic Obstructive Cardiomyopathy (HOCM / Complete Heart Block – ketebalan dinding injap jantung / sekatan jantung
  • Abdominal Aortic Aneurysm (AAA) – anurism aorta

Jenis-Jenis Bantuan Peralatan Yang Diperlukan

  1. Coronary Artery Bypass Grafting (CABG) – Perlakuan Graf Pintasan Arteri Koronari
  2. Coronary Dilatation Balloon – Gelembung Pendilatan koronari
  3. Stenting
  4. Cardiac Resynchronization Theraphy-Defiblator (CRT-D)
  5. Pacemaker – perentak jantung
  6. Atrial Septal Occluder Device – Alat penyumbat septal atrium
  7. Prosthetic Valve – injap prostetik

Prosedur Mendapatkan Bantuan

  1. Pesakit hendaklah dirujuk oleh Pakar / Pegawai Perubatan dari hospital kerajaan.
  2. Pesakit akan ditemubual oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan bagi penilaian latar belakang sosio-ekonomi dan perkara yang berkaitan.

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Berikut adalah senarai dokumen sokongan yang diperlukan bagi mempertimbangkan permohonan bantuan:

  1. Salinan kad pengenalan / surat daftar kelahiran (bagi kanak-kanak) yang jelas dan terang.
  2. Laporan doktor yang merawat. Laporan perlu menyatakan tentang pengesahan penyakit yang dihidapi, rawatan yang diterima, rawatan yang disyorkan, tempat dan anggaran kos rawatan. Laporan tersebut perlu mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan.
  3. Sebutharga bagi kos pembelian peralatan perubatan/ ubat yang disyorkan
  4. Laporan sosioekonomi (Borang B) yang disediakan oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan di hospital kerajaan atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  5. Salinan penyata gaji dan penyata KWSP terkini (bagi pemohon yang bekerja / pernah bekerja).
  6. Lain-lain dokumen sokongan yang diperlukan.

Sumber-Sumber Bantuan

  1. Tabung Bantuan Perubatan Malaysia (TBP) di bawah Kementeria Kesihatan Malaysia.
  2. Pusat Zakat / Majlis Agama Islam berdekatan.
  3. Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM) di bawah kelolaan Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia.
  4. Lain-lain Badan Bukan Kerajaan.

Dimanakah Bantuan Diperolehi

Seseorang pesakit setelah didiagnosa mempunyai masalah jantung, maka pesakit akan dirujuk kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan hospital di tempat mereka mendapatkan rawatan. Sekiranya di hospital berkenaan tiada perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan, maka pesakit akan dirujuk ke hospital yang berhampiran / hospital Negeri.

Borang Rujukan

  1. Borang Rujukan Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia
  2. Borang lampiran C–Perakuan / Pengesahan Pegawai / Pakar Perubatan

Sumber Rujukan

  1. Standard Operational Prosedur MSW (SOP PKSP)
  2. Anda Sihat Anda Bahagia – Dr. Harold Shryock
  3. Garispanduan Laporan Sosio-ekonomi Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan
Semakan Akhir : 16 Oktober 2017
Penulis : Pn. Nazrah Binti Hj. Bidin
Akreditor : Tn. Ku Abdul Halip Bin Hj. Ku Yaakob

Artikel Berkaitan

Interaksi Dengan Anak Autisme

Kanak-kanak autisme kebiasaannya lambat bertutur jika dibandingkan dengan rakan sebaya mereka. Perkembangan bahasa kanak-kanak autisme adalah berbeza bagi setiap individu.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia