A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Bendasing

Kejadian bendasing memasuki mata agak sering ditemui. Dalam kebanyakan kes, bendasing ditemui di bawah kelopak mata atau di atas kornea dan ia boleh dibuang dengan mudah. Bendasing juga boleh memasuki bola mata melalui luka akibat kecederaan tusukan. Pembedahan di perlukan bagi mengeluarkan bendasing jenis ini.

1. Bendasing di permukaan mata

Bendasing bawah kelopak mata

 

Bendasing pada kornea

Contoh aktiviti yang menyebabkan bendasing melekat di permukaan mata:

  • Kerja kimpalan (welding)
  • Ketika meratakan permukaan logam (grinding)
  • Bekerja dalam keadaan berhabuk (menyapu, mengemas rumah/pejabat dll.)

2. Bendasing dalam bola mata

Luka akibat tusukan serta tisu iris yang keluar (Bendasing boleh masuk ke dalam bola mata melalui luka seperti ini)

 

Bendasing dalam bola mata (di retina)

Contoh aktiviti yang mengakibatkan kecederaan tusukan serta bendasing masuk ke dalam bola mata:

  • Memotong rumput (serpihan besi dari pisau pemotong)
  • Menukul paku
  • Membuat lubang pada logam (drilling)
  • Letupan

Tanda / Gejala

Bendasing di atas kornea atau di bawah kelopak mata boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan kesakitan pada mata dan kadang -kadang menyebabkan kemerahan atau mata berair.

Sebaliknya, kecederaan tusukan dengan kehadiran bendasing dalam bola mata (‘intraokular’) boleh menyebabkan penglihatan menjadi kabur akibat terbentuknya katarak, pendarahan dalam vitreous dan lekangan retina.

Rawatan

Bendasing yang terdapat pada permukaan bola mata boleh dibuang dengan mudahnya oleh doktor dengan menggunakan putik kapas setelah ubat titis bius dititiskan ke dalam mata. Bendasing yang banyak boleh dikeluarkan dengan melakukan irigasi (alirkan air) ke atas bola mata.

AWAS, kes-kes seperti di bawah perlu dirujuk kepada doktor mata:

  1. Pesakit-pesakit dengan bendasing yang melekat dipermukaan kornea dan tidak boleh dikeluarkan harus dirujuk kepada pakar mata dalam masa 24 jam.
  2. Pesakit yang masih merasa iritasi (tidak selesa) setelah mata di cuci. Bendasing mungkin masih melekat di bawah kelopak mata.
  3. Pesakit dengan kecederaan tusukan

Mana-mana pesakit yang disyaki mempunyai bendasing di dalam bola mata (intraocular) hendaklah dirujuk serta merta. Kemungkinan bendasing telah memasuki bola mata sekiranya pesakit mempunyai sejarah seperti berikut:

  1. Mengalami kecederaan semasa menukul, memotong rumput atau berlaku letupan.
  2. Penglihatan kabur selepas kecederaan.

Bendasing dalam bola mata memerlukan rawatan mata khusus oleh Pakar mata. Bendasing boleh dikesan dengan menggunakkan kaedah X-rays, CT scan atau Ultrasound mata.

Pencegahan

Mereka yang bekerja dalam keadaan habuk yang berterbangan adalah dinasihatkan untuk memakai gogel pelindung mata bagi mengelakkan bendasing memasuki mata.

PERHATIAN: UTAMAKAN KESELAMATAN, sentiasa gunakan ALAT PELINDUNG MATA ketika melakukan aktiviti  seperti yang disebut di atas.

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Kursiah Bt. Mohd Razali
Pn. Nor’Aini Bt. Anuar
Pn. Nor Azizah Bt. Ismail
Penyemak : Dr. Rosniza bt. Ab. Razak

Artikel Berkaitan

Ketumbit

Kelopak mata mempunyai kelenjar-kelenjar yang menghasilkan minyak yang membantu melembapkan

Rabun

Pengenalan Mata manusia berfungsi seperti sebuah kamera untuk melihat dengan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,691

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia