A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Remaja
  4. /
  5. Remaja Umum
  6. /
  7. Berbelanja Atas Talian

Berbelanja Atas Talian

Berbelanja atas talian adalah cara yang paling baru dan paling mudah untuk berbelanja terutamanya dikalangan remaja. Menurut tinjauan yang dilakukan di Amerika, 40% remaja terlibat dalam pembelian secara talian

Berbelanja atas talian adalah cara yang paling baru dan paling mudah untuk berbelanja terutamanya dikalangan remaja. Menurut tinjauan yang dilakukan di Amerika, 40% remaja terlibat dalam pembelian secara talian (Forrester Research Cambridge).

Remaja juga menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer sama ada melayani permainan,bersembang dalam media sosial dan melihat paparan di You Tube. Generasi remaja sekarang lebih terdedah kepada internet dan pengiklanan di internet berbanding dengan generasi lain. Membeli-belah dalam talian adalah sangat mudah untuk golongan muda kerana mereka mempunyai lebih akses  pada komputer dan peranti di rumah dan sekolah.

Keghairahan melihat produk yang dimodelkan oleh rakan-rakan remaja dalam talian dan kaedah pembayaran mudah serta sistem penghantaran yang cepat menjadikan membeli-belah dalam talian lebih digemari oleh golongan muda.

Source: www.isaactan.net

Bagi remaja yang tinggal jauh dari bandar-bandar utama, berbelanja dalam talian memberi lebih kemudahan untuk memiliki pakaian bergaya serta terkini dan produk lain yang mungkin tidak tersedia di tempat mereka.

Ibu bapa juga merasakan mereka berupaya mengawal perbelanjaan anak remaja mereka memandangkan sesetengah syarikat pembelian memerlukan maklumat kad kredit ibu bapa dan ibu bapa boleh meletakkan had pada jumlah yang dibelanjakan. Ini memberi peluang kepada ibu bapa  mengawal perbelanjaan anak-anak mereka. Terdapat juga premis premis  yang menyediakan kad prabayar untuk membeli-belah secara talian melalui internet di premis mereka.

Kelemahan membeli-belah atas talian adalah ia berpotensi untuk menyebabkan remaja berbelanja melebihi kemampuan  dan kawalan impulsif yang lemah di kalangan golongan muda. Tarikan untuk berbelanja secara talian boleh menjadikan orang muda ketagih dengan komputer kerana media membolehkan pengguna muda melayari pelbagai pautan dan laman web semasa membeli-belah.

Remaja suka menghabiskan masa di pusat membeli belah kerana ia membolehkan mereka bersama dengan rakan sebaya. Walau bagaimanapun membeli-belah secara talian semakin meningkat kerana ia jauh lebih mudah serta selesa di samping tarikan iklan yang menarik.

Source: sme.org.my

Rujukan :

  1. Business Intelligence Report 2014
Semakan Akhir : 25 Jun 2018
Penterjemah :  Dr. Siti Aishah Bt. Saidin
Akreditor :  Dr. Norizzati Bukhary bt. Ismail Bukhary

Artikel Berkaitan

Perkauman

Perkauman adalah kepercayaan bahawa kemampuan dan ciri-ciri yang dikaitkan dengan

Etika Menulis Blog

Blog adalah satu laman web tidak formal yang selalunya berformatkan seperti sebuah diari. Blog sering  mengandungi maklumat atau perbincangan mengenai sesuatu perkara.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia