A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Berdengkur

Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang.

Apa itu berdengkur?

Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang.

Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.

Sebab-sebab berdengkur

  • Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak
  • Tisu tekak yang besar dan tebal. Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur. Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar.
  • Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang. Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.
  • Saluran pernafasan tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran. Antara sebab lain adalah batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.

Komplikasi

“Berdengkur, boleh juga mendatangkan masalah tidur yang serius yang dipanggil ‘sleep apnea’ iaitu apabila seseorang itu berhenti bernafas lebih dari 10 saat buat seketika sewaktu tidur. ‘Sleep apnea’ boleh membahayakan diri dan memerlukan rawatan selanjutnya.

Rawatan

Bolehkah dengkuran yang kuat disembuhkan?

Mendengkur yang teruk ialah mereka yang berdengkur pada mana-mana kedudukan atau mengganggu orang lain, sepatutnya mencari khidmat nasihat perubatan bagi memastikan keadaan itu bukanlah masalah ‘sleep apnea’.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak akan memeriksa hidung, mulut, tekak, lelangit dan leher mendengkur.

Kajian semasa tidur yang dilakukan di dalam ‘makmal tidur’ perlu bagi mengenal pasti tahap keseriusan dengkuran dan kesan kesihatan ke atas mendengkur tersebut.

Rawatan untuk dengkur

Rawatan adalah bergantung kepada diagnosis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan “adenoid“. Rawatan diberi mengikut sebab-sebab yang dikenal pasti.

Pencegahan

Petua untuk mengurangkan dengkuran:

  • Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
  • Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
  • Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
  • Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
  • Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
  • Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
  • Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Nazrila Hairizan Nasir
Penterjemah : Dr. Rohayah bte. Ismail
  : Dr. Norizzati Bukhary bte. Ismail Bukhary
Akreditor : Cik Ismawati bte. Ishak
  : En. Azman Mohamed
  : Dr. Nik Rubiah bte. Nik Abdul Rashid
Penyemak : Dr. Nazhatussima bt. Suhaili

Artikel Berkaitan

Snoring

Snoring is an audible breathing noise produced when a person has a partially blocked upper respiratory tract. You snore when something blocks the free flow of air through the passages at the back of your mouth and nose.

Nose Bleed

Nose bleed (epitasis) usually occurs when there is rupture of the capillaries within the nasal cavity.

Bersin

Hembusan angin yang kuat melalui hidung dan mulut yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak disengajakan. Bersin adalah mekanisme pertahanan diri untuk mengeluarkan bahan iritasi dari hidung. Pada umumnya, ia tidak serius tetapi boleh mengganggu.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,785

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia