A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Cara Membasuh Tangan yang Betul

Pengenalan

Tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih. Basuh tangan dengan betul dan sempurna dengan air dan sabun:

  • Sebelum dan selepas mengendalikan makanan
  • Selepas menggunakan tandas
  • Selepas mengendalikan sisa makanan
  • Selepas menghembus hingus
  • Selepas mengendalikan bahan yang beracun dan merbahaya

Basuh dengan sabun untuk membersihkan tangan dari kuman dan kotoran.

Bagaimana untuk membasuh tangan dengan betul?

Terdapat tujuh langkah yang perlu diikuti untuk membasuh tangan dengan betul:

  • Basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih secukupnya
  • Gosok tapak tangan
  • Gosok setiap jari dan celah-celah jari
  • Gosok kuku pada tapak tangan
  • Gosok belakang tangan
  • Bilas dengan air bersih yang mencukupi dengan sempurna
  • Keringkan tangan dengan tuala yang kering dan bersih atau alat pengering tangan.

 

Semakan Akhir : 19 April 2012
Penulis : Dr. A’aisah bt. Senin
Norrani bt. Eksan

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,828

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia