A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Cirit-Birit

Pendahuluan

Cirit- birit ialah buang air besar luar biasa kerap atau pembuangan najis cair berlebihan.

Jenis-Jenis

Cirit- birit akut

  • Jenis yang paling biasa
  • Tidak melarat jangka masa pendek, berakhir dalam beberapa hari sahaja
  • Selalunya disebabkan jangkitan kuman pada makanan dan minuman (bakteria, virus, kulat)
  • Makanan yang kerap dikaitkan ialah daging ayam, makanan laut, susu dan hasil tenusu
  • Punca lain termasuk alahan makanan terutamanya selepas makan buah-buahan atau kekacang secara berlebihan dan alahan antibiotik

Cirit-birit Kronik

  • Berulang
  • Jangka masa lebih lama,melebihi 4 minggu
  • Najis berair, bercampur darah atau berminyak
  • Mempunyai penyebab yang lebih membahayakan
  • Mungkin disebabkan kanser usus, penyakit radang usus, penyakit berjangkit yang kronik seperti HIV, penggunaan julap dan antasid yang berpanjangan, gangguan saraf akibat penyakit diabetes (diabetic neuropathy), sembelit dengan lelehan cirit terutama pesakit warga emas yang terlantar di katil.

Gejala

  • Najis cair dalam pelbagai bentuk
  • Mungkin disertai darah dan atau lendir
  • Senak perut
  • Tergesa-gesa buang air besar
  • Inkontinen (hilang kawalan buang air besar)
  • Sakit kepala
  • Muntah
  • Demam
  • Buang air besar berselang-seli antara cirit-birit dan sembelit
  • Hilang berat badan dan selera makan
  • Sakit sendi, sakit belakang, masalah mata atau ulser mulut

Komplikasi

  • Dehidrasi – kehilangan air dengan banyak

Ini boleh membahayakan kesihatan dan anda perlu menerima rawatan segera.

Rawatan

Cirit- birit akut

  • Biasanya melalui pengubahan diet dan rawatan tanpa ubat
  • Rehatkan usus
  • Ambil cecair dalam kuantiti sedikit tetapi kerap seperti air masak, dan air teh limau cair.
  • Ambil makanan kurang berlemak seperti bubur nasi, sup, kentang rebus, sayur lenyek, roti bakar, biskut tawar, buah dalam tin, jem, madu, jeli, susu kering skim atau susu pekat manis yang telah dicairkan dengan air.
  • Elakkan minum arak, kopi, teh pekat, makanan bergoreng, makanan pedas berempah, sayur-sayuran mentah berkulit keras dan merokok.
  • Kurangkan aktiviti biasa sehingga cirit-birit berhenti
  • Pada hari ketiga, mula mengambil sedikit bahan tenusu seperti mencampurkan susu di dalam teh atau kopi. Juga sedikit daging tanpa lemak dan ikan sama ada di kukus atau di bakar.
  • Elak dari menggunakan antibiotik kecuali punca kuman telah dikenal pasti.
  • Jumpa doktor jika cirit-birit berterusan lebih dari 8 jam dengan pengeluaran najis yang berlebihan ((? 6 kali / 24jam) atau najis bercampur darah.

Cirit-birit Kronik

  • Jumpa doktor anda untuk mencari punca dan merawatnya

Pencegahan

  • Ambil makanan yang baru dimasak
  • Amalkan kebersihan diri terutama selepas menggunakan tandas
  • Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air
  • Elakkan penggunaan julap berpanjangan
  • Elakkan penggunaan antibiotik, julap dan antasid kecuali perlu.
Semakan akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Ruziatun binti Hasim
Penyemak : Dr. Sanidah binti Md. Ali

 

Artikel Berkaitan

Hemodialisis

Berapa ramaikah pesakit kegagalan ginjal yang mendapat rawatan hemodialisis? Jumlah

Stimulasi Ovari

Fasa kitar stimulasi ataupun fasa rangsangan ovari dilakukan dengan tujuan untuk menghasilkan jumlah folikel yang mengandungi telur yang cukup dengan menggunakan suntikan Hormon Perangsang Folikel (follicle stimulating hormone (FSH)) yang juga dikenali sebagai rawatan gonadotropin.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,764,851

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia