Apakah CT Kardiak?
- CT Kardiak ialah pemeriksaan jantung untuk mengetahui risiko penyakit jantung menggunakan imbasan CT.
- Kadar degupan jantung yang stabil dan rendah adalah penting untuk membolehkan imej jantung dilihat dengan lebih baik seperti Gambar 3.
- Media kontras akan digunakan untuk memperlihatkan salur darah.
- CT Kardiak adalah prosedur yang selamat dan mengambil masa yang singkat.
Sebab-sebab CT Kardiak dijalankan
Antara sebab utama pemeriksaan ini dilakukan adalah untuk melihat dan mengkaji salur darah ke jantung. Selalunya CT Kardiak dijalankan kerana (Shakespeare C., 2014):
- Mengalami sakit/ sesak dada
- Menghidap darah tinggi
- Mempunyai sejarah keluarga sakit jantung
- Masih sakit dada selepas menjalani pembedahan jantung
Bagaimana dan di mana untuk mendapatkan pemeriksaan ini?
Pemeriksaan ini hanya boleh ditentukan oleh doktor pakar di hospital-hospital kerajaan yang berpakar dan mempunyai kemudahan CT scan.
Sebelum pemeriksaan
- Maklumkan kepada doktor dan/ atau Juru X-ray sekiranya anda mengandung atau disyaki mengandung.
- Elakkan minuman mengandungi kafein sehari sebelum pemeriksaan.
- Anda perlu mengambil ubat steroid jika pernah mengalami alahan atau asma.
- Anda perlu mengambil ubat untuk menstabilkan dan merendahkan degupan jantung (contoh: Metoprolol/ Beta Bloker)
- Anda perlu berpuasa 4-6 jam sebelum pemeriksaan dijalankan.
- Anda dimasukkan jarum (branula).
- Anda perlu menanggalkan pakaian atau aksesori di bahagian badan dan memakai pakaian hospital.
- Bacaan berat badan, kadar degupan jantung dan tekanan darah akan diambil sebelum pemeriksaan dijalankan.
- Kadar degupan jantung yang stabil amat perlu untuk membolehkan pemeriksaan dijalankan dengan jayanya.
Semasa pemeriksaan
- Anda diminta baring di atas meja pesakit di bilik CT.
- Juru X-ray akan memasang ECG (Electrocardiogram) lead pada dada anda (Gambar 1).
- Juru X-ray akan menerangkan bahawa anda perlu mengikut arahan yang akan diberikan nanti.
- Semasa imbasan dilakukan, pesakit boleh berkomunikasi dengan Juru X-ray melalui interkom.
- Juru X-ray akan meletakkan Tablet GTN (Glyceryl Trinitrate) di bawah lidah anda untuk mengembangkan saluran darah.
- Media kontras akan dimasukkan melalui salur darah oleh doktor.
- Imej jantung yang diperiksa akan terhasil dan dipamerkan di monitor.
Gambar 1: lokasi ECG lead diletakkan pada dada anda
Sumber: http://lifeinthefastlane.com/education/procedures/lead-positioning/
Gambar 2 (a), (b): Imej Kalsium Skor
Sumber: Institut Kanser Negara
Gambar 3: Imej-imej CTA kardiak
Sumber: Hospital Raja Permaisuri Bainun
Selepas pemeriksaan
- Kadar degupan jantung dan tekanan darah anda akan dipantau sebelum dibenarkan pulang.
- Pemeriksaan selesai dan sila ikut temujanji anda seperti yang ditetapkan.
- Anda dibenarkan makan dan digalakkan minum air yang berlebihan untuk mempercepatkan media kontras keluar dari badan melalui proses pembuangan air kencing.
Laporan pemeriksaan
Imej-imej yang dihasilkan akan diteliti oleh pakar radiologi dan laporan akan disediakan.
Rujukan
- Cadogan M, 2014, Lead positioning, 3-electrode system, Life In The Fast Lane, (http://lifeinthefastlane.com/education/procedures/lead-positioning/)
- Shakespeare C, Kardiak CT Angiography, 2014, (http://www.kardiakctangiography.com/ use_kardiak_ct_angiography.htm)
Semakan Akhir | : | 3 Januari 2017 |
Penulis | : | Solehah binti Ismail |
Akreditor | : | Norman Serbastian Alangaram |