A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Dadah Peransang

Dadah Peransang

Download:

Transkipsi

Pengenalan Dadah Perangsang “Spiking Drink”

Dadah perangsang seperti spiking Drink adalah salah satu cara penyalah gunaan dadah kategori terangsang yang di ambil menerusi campuran dalam minuman.

Ia  adalah se jenis bahan atau campuran bahan kimia psikoaktif yang di ambil secara telarang dan haram yang mempunyai kesan amat ketara ke atas  sistem saraf pusat iaitu otak dan saraf tunjang.

Dialog : Apa marah-marah ni rileks la..

Dadah jenis ini boleh merangsang atau menggalakkan aktiviti sistem saraf pusat, seterusnya ia akan melibatkan perubahan perasaan, kelakuan,  pemikiran  serta menyebabkan perubahan yang buruk dalam fungsi fisiologi badan.

Jenis

Terdapat pelbagai jenis dadah kategori ini yang terbahagi kepada dua  kategori iaitu :

  • Dadah asli seperti kokain , Kafein , Ephinephrine (Adrenalin) dan Ephederine
  • Dadah tiruan seperti Amphetemine (Benzedrine , Dexedrine dan Methedrine), pil ecstasy(XTC), pil kuda, pil eramin 5, ais atau syabu, kodein atau ubat batuk    atau ketamin

Penggunaan dan pengambilan

Penggunaan dadah jenis ini senang di ambil berkali – kali kerana hanya perlu di campur pada air minuman tanpa di sedari oleh masyarakat sekeliling .

Penggunaan dadah ini juga selalunya boleh berlaku dalam dua situasi seperti :

  • Secara di sedari iaitu atas dasar kemahuan dan kehendak sendiri akibat faktor persekitaran atau pengaruh dari rakan-rakan.

Dialog :  Air apa ni semacam je .?

  • Tanpa di sedari iaitu akibat dikhianati oleh seseorang yang memasukannya di dalam minuman atau telah dipaksa tanpa dapat melawaninya.

Lokasi Pengambilan

Oleh kerana penggunaannya mudah dan tanpa di sedari oleh orang sekeliling maka pengambilan dadah ini boleh berlaku dimana – mana sahaja seperti di disko atau pusat hiburan , di rumah , tempat belajar , tempat bekerja dan tempat awam yang terbuka

Simpton dan Risiko 

Antara simpton  yang akan di hadapi oleh seseorang yang mengambil dadah jenis ini ialah menjadi lebih suka untuk bercakap dengan lebih bertenaga dan gembira, kurang keinginan untuk tidur , merasa lebih yakin dan lebih hebat.

Kesan negatif pemgambilan dadah jenis ini ialah akan selalu berasa sakit, selalu mendengar suara-suara yang tidak jelas puncanya, selalu menaruh perasaan syak wasangka yang tidak berasas dan boleh merosakkan fungsi otak.

Jika dadah ini tidak diambil, ia akanmenyebabkan penagih mengalami  mengalami simptom penarikan (withdrawal symptom) seperti muntah-muntah, cirit-birit, selalu bersin, menguap dan sebagainya.

Di samping itu juga pengambilan dadah ini secara berterusan akan mengundang pelbagai risiko seperti :

  1. Risiko mendapat penyakit darah tinggi, serangan jantung, penafasan terhenti dan seterusnya boleh membawa maut.
  2. Hilang selera makan dan seterusnya menyebabkan kekurangan zat makanan.
  3. Penyakit mental yang serius seperti psikosis atau gila.
  • Di samping itu mereka juga berkemungkinan mengalami sawan

Mengapa remaja mudah terjebak

Naluri dan jiwa remaja memang sensitif dan cara mereka berfikir mudah dipengaruhi oleh pelbagai situasi.
Mengikut kajian,  punca penyalahgunaan dadah di kalangan remaja adalah kerana faktor berikut :-

  1. Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba
  2. Tidak mengetahui bahaya setiap jenis dadah itu.
  3. Dipengaruhi oleh kawan-kawan serta keinginan menyesuaikan diri dan diterima oleh kumpulan yang sebaya dengannya.
  4. Kononya ingin mencari ketenteraman jiwa akibat sesuatu masalah kehidupan yang dialami.
  5. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara yang berfaedah.
  6. Mengikut gelora darah muda kehendak hatinya.
  7. Tiada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.
  8. Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.

Cara mengelak dari diri sendiri

  • Jangan pergi ke tempat-tempat yang mudah terdedah dengan pengaruh dadah.
  • Memilih kawan yang betul
  • Sentiasa berwaspada terhadap bahaya spiking dalam minuman,makanan,rokok dan sebagainya.
  • Jauhi dari pelawaan merokok, makanan atau munuman yang diragui.
  • Mengisi masa lapang dengan perkara yang sihat dan berfaedah
  • Pentingkan nilai kekeluargaan dan ikutilah  nasihat ibu bapa.
  • Laporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat aktiviti dadah di kawasan setempat.

Jika anda telah terjebak, sila dapatkan bantuan agensi kerajaan dan bukan kerajaan seperti klinik – klinik kesihatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan , PEMADAM , PENGASIH dan sebagainya.

AWAS!

“BERTINDAK SEGERA SEBELUM DADAH MEMUSNAHKAN KEHIDUPAN ANDA DAN KELUARGA”

D
Dadah

Denggi

Diabetes dan Puasa

 

Artikel Berkaitan

Memberus Gigi

download: Memberus gigi secara teratur dan betul adalah langkah pertama

Perubahan Perasaan

  Your browser does not support the video tag. [flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,431

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia