A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Ubat & Anda
  4. /
  5. Ubat Umum
  6. /
  7. Dadah Rekreasi dan Pemanduan

Dadah Rekreasi dan Pemanduan

Apakah kaitan dadah dengan memandu kenderaan?

  • Bahaya memandu di bawah pengaruh dadah adalah sama seperti memandu di bawah pengaruh alkohol.
  • Dadah tersebut mungkin mengubah fungsi otak, di mana ia mempengaruhi kawalan kedudukan tubuh dan pergerakan badan. Tahap kerosakan adalah berbeza bagi setiap individu.
  • Kerosakan ini memberi kesan terhadap keupayaan anda untuk mentafsir apa yang anda lihat dan menyebabkan masa untuk bertindak balas menjadi lambat.

Apakah jenis dadah rekreasi?

Dadah rekreasi adalah dadah yang diambil secara tidak sah bagi tujuan keseronokan (contoh: pil ecstacy).

Terdapat juga sesetengah ubat-ubatan yang digunakan untuk rawatan disalahgunakan bagi tujuan keseronokan, dan boleh memberikan kesan buruk kepada pemandu.

Jenis-jenis dadah rekreasi yang kerap digunakan adalah:

Dadah-dadah
Contoh-contoh
  • Opiod
  • Opium, Morphine and Codeine
  • Opiod buatan
  • Methadone, Dihydrocodeine, Dipipanone, Cextromoramine, Buprenorphine, Heroin
  • Kanabis
  • Hash, Sensimilla
  • Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA))
  • Ekstasi; (juga dikenali sebagai “E”, “brownies”, “disco biscuits”, “hug drug”, “Rolex’s”, “Dolphin’s” “XTC”, “Forget-me Pill”)
  • Benzodiazepin
  • Rohypnol, Diazepam (juga dikenali sebagai “Roofies”, “Roche”, “Forget-me Pill”)
  • Kumpulan ubat yang memberi kesan biusan
  • Ketamine (juga dikenali sebagai “Special K”, “K”, “Vitamin K”, “Cat valium”, “Psychedelic heroin”)
  • Perencat Sistem Saraf Pusat
  • GHB (juga dikenali sebagai “Liquid ecstasy”, “Jib”, “Blue nitro”)
  • Lysergic Acid Diethylamide
  • LSD

Apakah kemungkinan kesan-kesan dadah jenis ini?

  • Perubahan terhadap pemikiran
  • Pandangan kabur atau pandangan berbayang
  • Keliru
  • Teruja
  • Mengantuk
  • Kelemahan koordinasi
  • Halusinasi
  • Hiperaktif dan cepat marah
  • Kurang peka terhadap persekitaran
  • Terlebih keyakinan diri
  • Mudah cemas dan panik
  • Tindakbalas yang negatif
  • Salahlaku

Apakah sebab-sebab yang mempercepatkan kesan-kesan dadah ini?

  • Mengambil minuman beralkohol bersama dadah
  • Mengambil dua atau lebih jenis dadah yang memberi kesan yang sama semasa memandu
  • Mengambil jenis dadah yang baru
  • Mengambil dadah secara berlebihan
  • Masalah kesihatan sedia ada seperti epilepsi (kekejangan), tekanan darah tinggi dan kencing manis
  • Kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah keluarga, kesihatan, pendapatan dan akademik

Apakah akibat mengambil drug semasa memandu?

Seseorang yang memandu dibawah pengaruh drug atau dadah rekreasi akan menghadapi risiko berikut:

  • Kemalangan yang boleh menyebabkan kecacatan pada seseorang, hilang upaya atau kematian.
  • Kerosakan hartabenda (contoh. kenderaan, infrastruktur jalan, alam semulajadi seperti pokok-pokok)
  • Disabitkan sebagai pesalah jenayah yang membawa kepada denda dan hukuman penjara.
  • Digantung daripada memandu, sama ada sementara atau kekal
  • Perasaan bersalah dan trauma sepanjang hayat
  • Beban kepada keluarga dan masyarakat dengan kes-kes mahkamah, rehabilitasi, hilang punca pendapatan, kesihatan dan isu sosial.

Bagaimanakah anda mengelak dari kecuaian ini?

  • Jauhi dadah tanpa preskripsi yang sah terutama dadah jenis rekreasi dan yang menyalahi undang-undang.
  • Dapatkan nasihat doktor sekiranya menghadapi masalah kesihatan.
  • Awasi tanda-tanda dan gejala yang berkaitan dengan pengambilan dadah yang berlebihan.
  • Pastikan kesihatan dalam keadaan baik sebelum memandu; jangan memandu jika masih dibawah pengaruh dadah
Semakan Akhir : 23 April 2014
Penulis : Ainul Salhani bt. Abd Rahman
    Siti Nurul Fathihah bt. Baharudin
    Hazlin bt. Othman
Penyemak : Atika Mahfuza bt. Mahbub

 

Artikel Berkaitan

Pil pelangsing

Pil pelangsing dan produk untuk menguruskan badan boleh dijual sebagai ubat OTC (over-the-counter) atau diperolehi sebagai ubat preskripsi.

Panduan Kepada Penjaga (Pesakit Warga Emas)

Anak-anak mempunyai tanggungjawab dalam memastikan kesihatan ibu bapa mereka terutamanya yang telah uzur dijaga dengan baik. Ibu bapa yang masih aktif dan mampu menguruskan diri, juga masih memerlukan bantuan untuk mengambil ubat-ubatan secara selamat dan betul.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia