A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Demam Tifoid (Kepialu)

Demam tifoid (kepialu) adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi). Bakteria ini terdapat di dalam darah, urin dan najis pesakit dan juga najis pembawa.

Pembawa adalah seorang yang mempunyai bakteria tifoid dalam saluran penghadamannya tetapi tidak mempunyai gejala demam tifoid. Mereka ini sukar dikesan dan sentiasa mengeluarkan bakteria tifoid di dalam najis dan seterusnya menjangkiti orang lain.

Bakteria Salmonella typhi

 

Cara-cara Demam Tifoid Merebak

  • Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh najis manusia yang mengandungi bakteria Salmonella typhi.
  • Melalui makanan dan minuman yang disediakan oleh pesakit dan pembawa bakteria Salmonella typhi.
  • Melalui hinggapan lalat yang membawa bakteria Salmonella typhi.
  • Menggunakan bekalan air  tidak bersih.

Tempoh pengeraman adalah antara 3 hari hingga 3 bulan (purata 1 hingga 3 minggu), iaitu tempoh pesakit menunjukkan gejala selepas mendapat jangkitan bakteria ini.

Tanda-tanda dan Gejala

  • Demam panas berpanjangan
  • Sembelit
  • Sakit badan / lemah / letih lesu
  • Kurang selera makan
  • Sakit kepala
  • Mata layu dan cengkung
  • Cirit birit
  • Sakit perut
  • Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)
  • Tidak sedarkan diri dan meracau

Bahaya Demam Tifoid

  • Pesakit boleh mengalami pendarahan dan bahagian yang dijangkiti di dalam ususnya boleh pecah/bocor
  • Menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal dan secukupnya.
  • Dua (2) hingga 5 peratus kes menjadi “carrier” atau pembawa kronik kerana bakteria masih wujud dalam saluran biliari walaupun gejala telah tiada.

Langkah-langkah Pencegahan Demam Tifoid

  • Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan juga sebelum menyediakan makanan.
  • Basuh ulam-ulaman, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan air bersih sebelum dimakan.
  • Hanya gunakan air bersih untuk penyediaan makanan.
  • Basuh pinggan mangkuk dengan menggunakan air yang bersih.
  • Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan.
  • Tutup semua makanan.
  • Gunakan penyepit untuk mengambil makanan.
  • Gunakan tandas yang bersih dan sempurna.
  • Gunakan bekalan air yang bersih dan terawat.
  • Bersihkan kawasan sekeliling rumah dan lupuskan sampah dengan sempurna.
  • Pilih gerai dan pengendali makanan yang bersih.

Pelalian boleh diberi bagi mencegah jangkitan. Terdapat dua jenis vaksin iaitu Oral Ty 21a dan suntikan Vi CPS. Kedua-dua vaksin adalah selamat dan berkesan. Suntikan ulangan perlu diambil setiap 3 tahun. Pelalian menghasilkan perlindungan 7 hari selepas suntikan/pengambilan vaksin.

SEGERA DAPATKAN RAWATAN
JIKA ANDA MENGALAMI GEJALA DEMAM TIFOID

Sumber

  1. International Travel & Health, WHO 2006
  2. Control of Communicable Diseases Manual, 18th Edition by David L. Heymann, MD, Editor, 2004
Semakan Akhir : 19 Jun 2013
Penulis : Dr. Norhayati Rusli

 

Artikel Berkaitan

Apa Itu Keganasan

Apakah keganasan? Keganasan boleh ditakrifkan dengan berbagai maksud. Salah satu

Preauricular Sinus

“Preauricular sinus” (pre=depan, auricular=telinga, sinus=bukaan kecil) adalah lubang kecil yang biasanya terdapat di hadapan cuping telinga luar . Ia adalah kecacatan kongenital (kecacatan semasa kandungan ibu) yang kadang-kadang di kenalpasti ketika bayi tersebut dilahirkan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,791

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia