A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Demam Kuning

Demam kuning adalah satu penyakit teruk yang boleh membawa kematian. Ia disebarkan oleh nyamuk aedes jenis aegypti yang menyebabkan demam denggi di Malaysia. Nyamuk ini biasanya menggigit pada waktu siang.Virus demam kuning adalah dari kumpulan keluarga virus flaviviridae. Kumpulan virus ini mengandungi lebih 70 jenis yang berlainan di mana kebanyakannya adalah virus bawaan serangga. Pathogen lain dari kumpulan ini termasuk virus denggi, yang mudah didapati di kawasan tropika dan ia menjadi penyebab jangkitan penyakit yang teruk dan kadar kematian tinggi di Negara Asia Timur, Tengah serta Amerika Selatan.

Demam kuning adalah satu penyakit teruk yang boleh membawa kematian. Ia disebarkan oleh nyamuk aedes jenis aegypti yang menyebabkan demam denggi di Malaysia. Nyamuk ini biasanya menggigit pada waktu siang.Virus demam kuning adalah dari kumpulan keluarga virus flaviviridae. Kumpulan virus ini mengandungi lebih 70 jenis yang berlainan di mana kebanyakannya adalah virus bawaan serangga. Pathogen lain dari kumpulan ini termasuk virus denggi, yang mudah didapati di kawasan tropika dan ia menjadi penyebab jangkitan penyakit yang teruk dan kadar kematian tinggi di Negara Asia Timur, Tengah serta Amerika Selatan.

Sijil Pelalian Demam Kuning adalah diperlukan dari pengembara yang datang dari negara yang berwabak demam kuning. Pelancong-pelancong berusia setahun ke atas yang datang dari kawasan endemic perlu mengemukakan sijil tersebut enam hari sebelum ketibaan ke Malaysia. Semasa Perhimpunan Kesihatan Dunia ke 58 pada tahun 2005, Pencegahan dan Kawalan Demam Kuning adalah tindakan yang perlu dititikberatkan.

Walaupun penyakit ini belum pernah dicatatkan di Malaysia, risiko penyakit demam kuning adalah tinggi memandangkan Malaysia mempunyai faktor sediada seperti wujudnya nyamuk Aedes aegypti, monyet dan hutan tropika. Virus demam kuning boleh dibawa oleh pelancong ke Malaysia atau rakyat yang pulang dari melancong negara yang mempunyai wabak penyakit ini dan tidak mengambil pelalian.

Tanda dan Gejala

Apabila berada dalam sistem tubuh, virus tidak memberikan sebarang kesan dalam tempoh 3-6 hari (semasa proses eraman). Peyakit ini mepunyai 2 fasa/peringkat. Peringkat pertama adalah peringkat akut. Peringkat kedua adalah peringkat keracunan toksid.

Gejala penyakit ini adalah menunjukkan keterukan yang berbeza daripada Sindrom Influenza kepada sakit hepatitis atau demam berdarah. Gejala peringkat akut termasuklah demam, pening kepala, menggigil, sakit otot, loya dan muntah. Dalam kes yang luar biasa, denyutan nadi boleh menjadi perlahan. Gejala ini akan hilang dalam masa 3-4 hari.

Walau bagaimanapun, dalam masa 24 jam selepas gejala ini muncul, sebanyak 15% indivivdu yang dijangkiti berisiko mengalami peringkat kedua-peringkat toksik. Sekiranya ini berlaku, gejalanya adalah seperti demam, warna kuning pada kulit (jaundis-kerosakan pada hati), sakit di bahagian abdomen dan muntah. Pendarahan dari mulut, hidung, mata dan/atau perut (yang mana darah boleh didapati dari muntah dan najis). Kerosakan buah pinggang juga boleh terjadi.

Sebanyak 20-50% pesakit yang mengalami fasa toksik ini mati dalam tempoh 10-14 hari. Pesakit yang sembuh biasanya tidak mengalami kerosakan besar pada organ dan akan mendapat perlalian kekal terhadap penyakit sepanjang hayat.

Komplikasi

Kadar kematian akibat demam kuning boleh mencapai lebih dari 50%.

Rawatan

Tiada rawatan khusus untuk demam kuning. Walau bagaimanapun rawatan perubatan yang berkesan boleh membantu pesakit berasa selesa. Kebanyakan gejala boleh ditangani. Umpamanya demam boleh dirawat dengan paracetamol. Rawatan rapi memberi manafaat kepada pesakit yang tenat

Pencegahan

Pengambilan Pelalian adalah sangat penting sebagai cara pencegahan demam kuning. Bagi kalangan penduduk yang mempunyai tahap pelalian rendah, langkah pengawasan dan pencegahan adalah satu keutamaan. Kawalan rapi perlu bagi menggelak rebakan wabak. Mengawal pembiakan nyamuk adalah langkah utama dan berkesan.

Pelalian mencegah demam kuning adalah cara paling berkesan untuk mengelakkan penyakit dibawa masuk ke Malaysia oleh pelancong . Semua pelancong dan rakyat Malaysia yang berusia lebih dari satu tahun, pulang dari negara yang mempunyai wabak demam kuning perlu mengemukakan sijil pelalian demam kuning. Kegagalan menunjukkan sijil pelalian demam kuning akan menyebabkan mereka dikuarantikan selama 6 hari. Sijil pelalian pencegahan demam kuning sah selepas 10 hari pelalian diberi dan berkesan selama 10 tahun. Pelalian demam kuning boleh diperolehi di Klinik-Klinik yang diiktiraf di Malaysia.

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Fuad Hashim
Penyemak : Dr. Nor Faizah bt. Ghazali

Artikel Berkaitan

Influenza Pandemik

Influenza Pandemik berlaku apabila virus selesema baru muncul dan sebelum ini tidak pernah beredar di dalam badan manusia. Kebimbangan sekarang adalah selesema burung yang akan bertukar kepada bentuk jangkitan yang berisiko tinggi kepada manusia dan mudah merebak di antara satu sama lain.

Leptospirosis

Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku, satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).

Japanese Encephalitis (JE)

Japanese Encephalitis (JE) ialah penyakit bawaan nyamuk. Penyakit ini disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk yang membawa virus tersebut.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,807

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia