A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Denggi

Download:

Transkipsi
DENGGI
Dalam tidak sedar, anda mengundangnya. Membenarkannya mengganggu kehidupan anda…
Dia datang tidak dijangka. Dia meneroka setiap sudut rumah anda, mencari mangsa…
Dia kecil tetapi berbisa. Dia akan menggugat semua kebahagiaan anda….
Mangsanya tidak kenal usia…..
Aedes membunuh!
Ibu kanak-kanak:
Mula-mula dia ada mengadu demam dan sakit kepala. Saya ingatkan dia demam biasa. Jadi saya Cuma berikan dia ubat demam. Badan dia  ada ruam-ruam merah. Saya ingat ia tak berbahaya….
Lelaki (testimoni) :
Mula-mula saya diserang demam dan sakit sendi yang sangat kuat. Masa tu, kepala dan bebola mata juga terasa sakit. timbul pula bintik-bintik merah. Nasib baik saya dapatkan rawatan awal. Doktor sahkan saya mengidap demam denggi. Dia nasihatkan saya supaya banyak minum air. Alhamdullilah Setelah mendapatkan rawatan, saya beransur pulih. Anda juga perlu dapatkan rawatan segera jika demam. Jangan lalai dan ambil mudah!…
Tahukah anda dianggarkan lebih 100 juta kes denggi di serta dunia setiap tahun dan angka ini meningkat dari hari ke sehari? Di Malaysia, kadar insidens demam denggi dan demam denggi berdarah adalah sebanyak 147 kes bagi setiap 100,000 bagi tahun 2009 dan dari pemantauan Kementerian Kesihatan, 500 – 600 kes di laporkan setiap minggu.
Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk aedes. Ia boleh tersebar melalui gigitan nyamuk aedes orang yang mengidap demam denggi kepada orang yang sihat. Nyamuk aedes boleh membiak di dalam persekitaran yang terdapat takungan air seperti di dalam pasu bunga, tayar terpakai, longkang dan sebagainya.
Dialog :-
: Assalamualaikum dan selamat petang pengumuman ini dari pejabat kesihatan gombak di kawasan anda baru sahaja di laporkan adanya kes demam denggi
V/O :
Usaha telah banyak dilakukan oleh pihak berkuasa terutama sekali dalam aspek pemantauan kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes supaya ianya tidak merebak ke tempat lain dimana jika tempat pembiakan ditemui pemilik rumah akan didenda.
Dialog
: Assalamualaikum cik ,
: Saya dari pejabat kesihatan gombak jadi hari ni kita akan buat fogging ,diminta keluarga tuan keluar daripada rumah dan tingkap perlu dibuka semua supaya semburan dapat masuk ke dalam rumah
: baiklah kalau macam tu saya akan ikut  perintah encik
Dialog Cina :
Ayah:
Bagaimana untuk mengetahui saya atau keluarga saya menghidap demam denggi?
Dialog : Badan abang panas ni,
: Kepala abang pening-pening lah ,sakit tulang belakang leguhsendi ,rasa loya pun ada
: Ruam pun ada ni jom la saya bawa abang pergi klinik
VO:
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala seperti ini selepas 2-7 hari gigitan nyamuk iaitu:

  • Demam panas
  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit sendi-sendi
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam

V/O :
Kawasan berisiko dan persekitaran di mana terdapat pesakit disyaki dijangkiti akan dilakukan pengasapan (fogging) oleh pihak berkuasa bagi membendung gejala demam denggi di kalangan penduduk.
Ibu :
Apakah rawatan khusus untuk demam denggi?
VO :
Masih tiada rawatan untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera.
Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera sembuh. Pesakit yang mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara intravena (melalui salur darah vena). Oksigen juga perlu diberikan. Untuk pesakit demam denggi berdarah, penggantian cecair badan yang hilang mungkin mampu menyelamatkan nyawanya. Bagi sesetengah kes, pemindahan darah perlu dilakukan bagi mengawal pendarahan. Sekiranya anda tidak mendapat rawatan segera, ianya boleh membawa maut.
Ayah  :
Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi?
VO:
Mudah saja. Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :

  1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk iaitu dengan:
    1. Membuang dan memusnahkan bekas yang boleh menakung air
    2. Memastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup dengan sempurna.
    3. Memastikan piring pasu dibersihkan setiap minggu
    4. Memastikan saluran air hujan dan longkang tidak tersumbat

Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
Ayah, ayah dan mama buat apa?
Dailog
Ayah :
Ayah dan mama nak bersihkan kawasan rumah kita. Untuk pastikan nyamuk tak dapat membiak. Kena cuci bekas takungan air, pasu bunga, dan longkang. Kalau takde takungan air, takdelah nyamuk aedes.
Keluarga:
Tiada Aedes Tiada Denggi….

D
Dadah
Dadah Perangsang
Diabetes dan Puasa

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,431

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia