A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Optometri
  6. /
  7. Diabetes: Mesti Jalani Pemeriksaan...

Diabetes: Mesti Jalani Pemeriksaan Mata

Apa Itu Diabetes Melitus?

Diabetes Melitus atau penyakit kencing manis ialah satu penyakit kronik yang berkaitan dengan kandungan gula (glukosa) yang tinggi dalam darah. Ia kini menjadi masalah atau penyakit global dalam masyarakat.

Diabetes Melitus merupakan penyakit epidemik kerana

  • Jangkahayat manusia yang semakin panjang
  • Gaya hidup moden
  • Faktor persekitaran (pemakanan, obesiti dan aktiviti fizikal)

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada tahun 2030, seramai 2.48 juta rakyat Malaysia mempunyai masalah Diabetes Melitus. Seramai 48% pesakit (berumur >40 tahun) tidak menyedari mereka mempunyai Diabetis Melitus.

Komplikasi yang berkaitan dengan diabetis melitus

  • Diabetik retinopati
  • Kegagalan buah pinggang
  • Penyakit jantung
  • Diabetik neuropati
  • Diabetic foot disease

Apa Itu Diabetik Retinopati?

Diabetik Retinopati ialah kerosakan pada retina yang disebabkan oleh komplikasi penyakit diabetes. Paras gula yang tinggi dalam darah menyebabkan salur darah tersumbat dan terhasil salur darah baru yang rapuh dan mudah pecah. Ini mengakibatkan penglihatan mata merosot dan seterusnya boleh menyebabkan kebutaan.

Tanda Dan Gejala Diabetik Retinopati

  • Tiada tanda dan gejala di peringkat awal
  • Melihat apungan (floaters) atau bintik hitam di dalam mata
  • Kabur penglihatan
  • Penglihatan terhalang (black spot) di kawasan tengah penglihatan
  • Sukar melihat dengan jelas di waktu malam
  • Diplopia (melihat imej berganda)
  • Mata merah
  • Peningkatan tekanan mata

Faktor Risiko Diabetik Retinopati

  • Tempoh menghidap Diabetes Melitus – risiko lebih tinggi jika menghidap Diabetes Mellitus lebih lama
  • Paras gula dalam darah yang tidak dikawal
  • Berat badan berlebihan atau obesiti
  • Merokok
  • Lain-lain masalah kesihatan – darah tinggi dan kolesterol yang tidak terkawal
  • Pesakit diabetes yang sedang hamil

Jenis Diabetik Retinopati

  • Retinopati tanpa proliferasi – Biasanya tidak mengganggu penglihatan. Berlaku sedikit pendarahan akibat salur darah retina yang bocor.
  • Pembengkakan makular – Ia terjadi akibat cairan retina yang bocor dan ia boleh merosakkan penglihatan tengah
  • Retinopati proliferasi – Berlaku apabila salur darah baru yang tidak normal dan rapuh terbentuk di mana salur darah ini mudah pecah dan mengakibatkan pendarahan dalam mata yang menyebabkan hilang penglihatan secara tiba-tiba.

1

Komplikasi

  • Pendarahan vitreous
  • Retina koyak dan lekang
  • Glaukoma (tekanan mata tinggi)
  • Kebutaan

Berapa Kerap Mata Saya Harus Diperiksa Untuk Memastikan Ia Sihat?

Lakukan pemeriksaan mata yang komprehensif sebaik sahaja anda disahkan menghidap Diabetes Melitus. Doktor akan melakukan pemeriksaan berkala mengikut keperluan dan keadaan mata anda. Kebanyakan pesakit memerlukan pemeriksaan mata sekali setiap tahun untuk mengelakkan kehilangan penglihatan akibat Diabetik Retinopati. Lakukan pemeriksaan sebelum terlewat. Pemeriksaan awal akan dapat mengesan masalah Diabetik Retinopati dan seterusnya dapat menjalankan rawatan yang sesuai untuk mengelakkan kebutaan.

Rawatan Untuk Diabetik Retinopati

  • Rawatan laser – fokal dan grid
  • Steroid intraokular
  • Intraocular anti vascular endothelial growth factor (anti-VEGF)
  • Pembedahan – vitrektomi
2 3
Rawatan Laser Pembedahan Vitrektomi

Ujian Saringan Diabetik Retinopati

Fundus kamera non-mydriatic adalah alat yang mudah digunakan.. Imej yang diambil boleh digredkan oleh anggota yang bertauliah seperti jururawat, Pegawai Optometri, Pegawai Perubatan dan doktor pakar. Antara tanda retina pesakit Diabetik Retinopati yang tidak normal ialah:

– Salur darah mata yang tidak normal – Pendarahan di vitreous
– Pembengkakan salur darah retina – Retina koyak
– Pertumbuhan salur darah baru dan parut di retina – Optic disc yang tidak normal

Tip Untuk Mengelakkan Penyakit Diabetik Retinopati

  • Kawal paras gula dalam darah
  • Kawal tekanan darah
  • Berhenti merokok
  • Lakukan senaman secara berkala
  • Kekalkan berat badan yang ideal
  • Lakukan pemeriksaan mata setiap tahun atau seperti yang dinasihatkan oleh doktor

Penyakit Diabetik Retinopati tidak menunjukkan gejala di peringkat awal. Ujian saringan adalah sangat penting untuk pengesanan awal agar rawatan dapat diberikan segera. Jangan tunggu sehingga keadaan semakin teruk kerana kehilangan penglihatan mungkin boleh dicegah dan dirawat sekiranya dapat dikesan di peringkat awal. Pastikan pemeriksaan mata yang komprehensif dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun sebelum penyakit diabetik retinopati merosakkan penglihatan anda.

Rujukan

  1. http://www.moh.gov.my/attachments/6601.pdf
  2. www.aoa.org
  3. www.betterhealth.vic.gov.au
  4. www.mayoclinic.org
  5. www.medicinenet.com
  6. www.moh.gov.my
  7. www.retinaassociates.org
  8. www.retinaeyedoctor.com
  9. www.who.int/mediacentre/factsheets/fs138/en/
Semakan Akhir : 30 Mei 2016
Penulis : Pn. Ainayanty Binti Adnan
Akreditor : Pn. Normala Binti Sami

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia