ā€“A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Diet Dan Penyakit Gusi

Penyakit gusi ataupun ā€œGingivitis ā€œ ini dicirikan dengan gusi yang membengkak dan mudah berdarah.

Pengenalan

Penyakit gusi atau nama saintifiknya ā€œGingivitis ā€œ adalah masalah jangkitan dan keradangan di gusi di sekeliling gigi. Penyakit gusi ataupun ā€œGingivitis ā€œ ini dicirikan dengan gusi yang membengkak dan mudah berdarah. Sekiranya tidak dirawat, masalah gingivitis ini akan melarat ke peringkat yang lebih kronik yang dicirikan dengan kebengkakan gusi, mulut berbau, pengeluaran nanah dan gigi menjadi longgar. Sepanjang berlakunya keradangan gusi ini, gusi akan menyusut dan keradangan serta jangkitan akan melarat ke struktur tisu yang lebih dalam iaitu ligament periodontium serta tulang alveolus yang menyokong gigi. Pada peringkat ini penyakit gusi dipanggil sebagai ā€œperiodontitisā€. Jika dibiarkan masalah periodontitis ini berlanjutan, ia akan menyebabkan pembentukan poket gusi di sekeliling gigi menjadi lebih dalam dan berlakunya kehilangan tulang alveolus di sekeliling gigi yang akhirnya menyebabkan gigi menjadi goyang. Masalah gusi ini berlaku pada kadar yang tinggi di kalangan populasi di Malaysia, yang mana kajian menunjukkan 95% populasi di Malaysia yang berumur 35 hingga 44 tahun mempunyai masalah gusi (1).


Gambar 1: Gingivitis

Gambar 2: Periodontitis

Apakah yang menyebabkan penyakit gusi?

Penyakit gusi disebabkan oleh bakteria yang membiak di dlam plak yang terdapat di sekeliling gigi. Plak yang menebal di sekeliling gigi akan termineral disebabkan tindakbalas dengan asid sialic di dalam air liur dan menjadi keras yang dikenali sebagai tartar , kalkulus atau karang gigi. Bakteria di dalam plak ini akan menghasilkan radikal bebas, toksin serta enzim yang memusnahkan tisu penghubung yang mana akan memulakan proses keradangan di dalam struktur gusi.

Penyakit gingivitis dan periodontitis juga disebabkan ketidak seimbangan keradangan serta sistem imun terhadap toksin yang dihasilkan oleh bakteria plak. Akan tetapi tindakbalas ini adalah berbeza pada setiap individu. Terdapat individu yang lebih mudah (susceptible) untuk mendapat masalah gusi ini.

Terdapat beberapa faktor risiko yang menyebabkan seseorang itu lebih mudah untuk mendapat penyakit gusi ini. Faktor risiko tersebut adalah genetik, persekitaran (contohnya, stress, jangkitan bakteria) dan cara hidup serta tabiat individu (contohnya senaman, nutrisi dan tabiat merokok). Faktor risiko ini penting dalam penyakit gusi kerana ia akan menyebabkan perubahan pada tindak balas badan (imun sistem) terhadap jangkitan bakteria yang akhirnya menyebabkan sistem imun kurang efektif dan keradangan akan menular seterusnya memusnahkan tisu-tisu di dalam gusi (2,3).


Gambar 3: Model penyakit gusi

Fungsi nutrisi di dalam penyakit gusi

Nutrien boleh dibahagikan kepada 6 kelas utama iaitu lemak, karbohidrat, protein, mineral, vitamin dan air. Seterusnya ia boleh dikategorikan kepada 2 kategori iaitu ā€œmakronutrienā€ (lemak, karbohidrat dan protein) yang mana diperlukan dalam kuantiti yang banyak di dalam pemakanan, ā€œmikronutrienā€ (mineral, vitamin dan amino asid) hanya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit di dalam pemakanan.

Telah diketahui sekian lama bahawa pengambilan nutrisi memberi kesan ke atas kadar keradangan yang berlaku di dalam beberapa penyakit termasuk masalah periodontitis. Kajian-kajian yang dijalankan menggunakan ā€œmodel ekperimental gingivitisā€ telah menunjukkan peningkatan kadar kejadian pendarahan dan poket periodontium yang lebih dalam apabila peserta kajian ini diberi diet yang tinggi dengan karbohidrat, berbanding peserta kajian yang diberi diet yang kurang gula (4). Ini adalah kerana gula menjadi faktor utama dalam pembentukan plak di sekeliling gigi. Makanan bergula atau tinggi karbohidrat ini menjadikan keadaan yang berasid di dalam mulut yang mana keadaan ini amat ideal untuk pembiakan bakteria di dalam plak. Selain dari itu juga, pemgambilan gula boleh melemahkan sistem imun badan terutama sekali ia boleh menghentikan tindakan neutrophil ke atas bakteria (5).

Terdapat juga kajian lain yang menyokong kajian di atas. Yang mana dalam kajian ini peserta kajian diberi diet yang tinggi dengan fiber, anti-oksidan dan minyak ikan serta kurang gula, dan pesakit ini tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti untuk pembersihan oral dan gigi. Seperti yang dijangka, kadar pembentukan plak di kalangan peserta dalam kajian ini meningkat serta bakteria yang telibat dalam penyakit gusi juga ditemui di dalam plak. Akan tetapi dari kajian ini didapati kadar pendarahan gusi berkurangan dari 35% ke 13% (6). Dari kajian-kajian ini menunjukkan fungsi dan kesan baik nutrisi ke atas pengawalan keradangan di gusi. Akan tetapi kesan nutrisi ke atas mekanisma keradangan perlu dikaji dengan lebih teliti.

Kekurangan nutrisi-nutrisi yang lain juga mempunyai hubung-kait dengan penyakit gusi. Terutama sekali vitamin C, yang mana kekurangan vitamin C boleh menyebabkan penyakit skurvi. Penyakit skruvi ini melibatkan pendarahan, penanahan gusi serta kehilangan gigi. Vitamin C perlu untuk pembentukan asid amino dalam pembentukan kolagen yang merupakan struktur tisu yang penting dalam sokongan gigi dan gusi. Selain itu vitamin C diperlukan dalam pembentukan dan kalsifikasi tulang serta untuk proses penyembuhan (7). Kajian yang telah dijalankan juga menunjukkan kekurangan vitamin C meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit gusi (8), peningkatan kemasukan toksin bakteria ke mukosa oral (9), serta kekurangan tindakbalas sistem imun badan. Kekurangan vitamin A dan E juga menyumbang kepada penyakit gusi (10).

Kekurangan protein, Vitamin D dan kalsium boleh menyebabkan kehilangan atau kehausan tulang alveolus di sekeliling gigi, serta menyebabkan kemusnahan ligamen periodontal yang menghubungkan gigi ke tulang alveolus pada rahang. Wanita yang mempunyai masalah osteoporosis yang teruk didapati mempunyai risiko 3 kali ganda untuk kehilangan gigi (11). Kekurangan keasidan pada perut (gastrik) mempunyai kaitan dengan kadar penyerapan kalsium pada tulang yang menyokong gigi. Ini adalah disebabkan penyerapan kalsium di perut berkurangan apabila kadar asid hidroklorik di perut adalah rendah, lalu menyebabkan kekurangan bekalan kalsium di dalam badan. Vitamin D pula diperlukan untuk penyerapan calcium di perut serta mengekalkan keseimbangan kalsium dan fosforus di dalam tulang.

Rawatan konvensional untuk penyakit gusi (periodontal)

Rawatan untuk penyakit gusi secara kebiasaannya adalah dengan meningkatkan dan memperbaiki cara pembersihan higin mulut serta pengawalan plak di permukaan gigi. Pada masa yang sama pakar gusi akan melakukan rawatan penskaleran dan pemgetaman akar yang bertujuan untuk membuang deposit plak berbakteria , kalkulus dan toksin dari permukaan gigi dan gusi. Di kawasan yang mempunyai kedalaman poket yang dalam serta teruk, pakar gusi mungkin perlu melakukan pembedahan gusi untuk mencuci ke kawasan akar gigi yang lebih dalam.

Rawatan nutrisi untuk penyakit gusi

Secara umumnya pemakanan diet yang baik untuk gusi adalah sama dengan pemgambilan diet untuk kesihatan badan keseluruhannya. Yang mana kita perlu mengambil makanan yang segar, bijirin, sayuran, buah-buahan, daging, ikan serta kekacang. Kita perlu mengurangkan pengambilan makanan bergula, karbohidrat, garam serta alcohol. Kita juga perlu mengelakkan makanan yang mempunyai lemak tepu, makanan yang mempunyai tambahan tiruan serta makanan yang boleh menyebabkan alergi kepada badan. Pengambilan makanan yang tinggi dengan bioflavonoid seperti buah-buahan yang berwarna biru-kehitaman, bawang, buah-buahan sitrus dan beri juga penting untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan struktur kolagen yang baik (12). Diet yang tinggi dengan fiber juga baik untuk mengelakkan penyakit gusi kerana ia menggalakkan pengeluaran air liur (13). Pengambilan makanan tambahan seperti yang dicatatkan di bawah juga berkaitan dengan kesihatan gusi yang baik.

Coenzyme Q10 (50 – 150 mg).
Coenzyme Q10 (Co Q10) secara kimianya sama dengan vitamin E yang mana ia bertindak dalam penghantaran electron di dalam mitokondria di dalam sel. Kajian terdahulu menyatakan bahawa orang yang mengalami penyakit gusi mungkin terdapat kekurangan dalam pengambilan Co Q10 (14). Dalam satu kajian, 50mg Co Q10 diberi selama 3 minggu kepada pesakit dapat megurangkan symptom gingivitis (15). Kajian-kajian terkini juga menunjukkan sapuan topical Co Q10 ini memberi kesan perubahan yang baik ke atas masalah periodontitis (16), walaubagaimanapun kesimpulan dari kajian-kajian ini masih dipersoalkan dan perlu dikaji dengan lebih mendalam lagi (17).

Vitamin C (2 – 4g).
Kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa pengambilan Vitamin C dapat menambahbaik symptom periodontitis di kalangan pesakit yang kurang pengambilan vitamin C (kurang dari 35mg sehari). Akan tetapi faedah ke atas pesakit yang mengambil vitamin C yang mencukupi di dalam diet adalah kurang (19). Walaupun begitu, vitamin C perlu untuk mengekalkan keseimbangan sistem imun yang bertindak untuk melawan kemusnahan radikal bebas dan meningkatkan kadar penyembuhan.

Bioflavonoids (500mg – 1g).
Bioflavonoids biasanya bersama makanan yang mengandungi vitamin C, yang mana ia penting untuk struktur kolager serta dapat mengurangkan keradangan gusi (20).

Beta-karotin (100,000i.u).
Vitamin A diperlukan dalam pembentukan kolagen dan penyembuhan, yang mana ia penting untuk mengekalkan integrity tisu periodontal serta meningkatkan fungsi sistem imun. Vitamin A dalam bentuk beta-karotin adalah bentuk yang terbaik untuk tisu gusi. Beta ā€“karotin juga mempunyai aktiviti anti-oksidan yang kuat serta selamat jika diambil dalam kadar yang tinggi.

Zink (15-30mg)
Zink berfungsi secara sinergistik dengan vitamin A untuk menghalang pertumbuhan plak dan menstabilkan dinding membran di tisu periodontium (22). Zink paling baik diambil dalam bentuk citrate atau picolinate.

Vitamin E (200-400 i.u)
Vitamin E menunjukkan faedah yang baik dalam mengatasi masalah penyakit gusi kerana ia merupakan anti-oksidan dan penting untuk penyembuhan.

Selenium (200mcg).
Selenium dan Vitamin E bertindak secara sinergistik sabagai anti-oksidan.

Folik asid (2mg).
Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa falik asid dapat mengurangkan keradangan gusi (23). Selain dari itu folik asid penting sebagai makanan tambahan untuk wanita yang mengambil pil perancang dan wanita yang mengandung.

Rujukan

  1. National Oral Health Plan For Malaysia 2011-2020. Oral Health Division, Ministry of Health Malaysia. February 2011.
  2. Page R.C., Kornman K.S. The pathogenesis of human periodontitis: an introduction. Periodontology 2000. 1997; 14: 9-11
  3. Van Dyke T.E. Prosolving lipid mediators: potential for prevention and treatment of periodontitis. Journal of Clinical Periodontology 2011; 38 (suppl 11): 119-125.
  4. Sidi A., Ashley F. Influence of frequent sugar intakes on experimental gingivitis. Journal of Periodontology 1984; 55: 419-423.
  5. Ringsdorf W., Cheraskin E. and Ramsay R. Sucrose, neutrophil phagocytosis and resistance to disease. Dental Survey 1976 ; 52: 46-58.
  6. Baumgartner S., Imfeld T. and Schicht O. The impact of Stone Age diet on gingival conditions in the absence of oral hygiene. Journal of Periodontology 2009 ; 80: 759-768.
  7. Woolfe S., Hume W. and Kenney E. Ascorbic acid and periodontal disease: a review of the literature. Journal of Western Society Periodontol 1980;28:44-60.
  8. Vaananen M., Markkanen H. and Tuovinen V. Periodontal health related to plasma ascorbic acid. Proc. Finn. Dent. Soc 1993;89:51-59.
  9. Alvares O. and Siegel I. Permeability of gingival sulcular epithelium in the development of scorbutic gingivitis. J. Oral Path 1981;10:40-48. Carranza F. Glickmanā€™s Clinical Periodontology. W. B. Saunders 1984.
  10. Carranza, F. Glickmanā€™s Clinical Periodontology. W. B. Saunders 1984.
  11. Jeffcoat et al. Systemic osteoporosis and oral bone loss: evidence shows increased risk factors. J. Am. Dental Assoc, Nov 1993, 49-56.
  12. Rao C., Rao V. and Steinman B. Influence of bioflavonoids on the metabolism and cross linking of collagen. Ital. J. Biochem 1981;30:259-70.
  13. Alvares, O. Nutrition, diet and oral health. Chapter 14 in Worthington-Roberts, B. (Ed.), Contemporary developments in nutrition. Mosby 1981.
  14. Nakamura R., Littarru G. and Folkers K. Deficiency of coenzyme Q in gingiva of patients with periodontal disease. Int. J. Vitam. Nutr. Res 1973;43:84-92.
  15. Wilkinson E. et al. Adjunctive treatment of periodontal disease with coenzyme Q10. Res. Commun. Chem. Pathol. Pharmacol 1976;14:715-9.
  16. Hanioka T., Tanaka M., Shiskuisi S. and Folkers K. Effect of topical application of coenzyme Q10 on adult periodontitis. Mol. Aspects Med 1994;15:Suppl:241-8.
  17. Watts T. Coenzyme Q10 and periodontal treatment: is there any beneficial effect? Br. Dent. Journal 1995;178: 209-13.
  18. Aurer-Koselj J., Kralj-Klobucar N., Buzina R. and Bacic Ā M. The effect of ascorbic acid supplementation on periodontal tissue ultrastructure in subjects with progressive periodontitis. Int. J. Vitam. Nutr. Res 1982;52:333-41.
  19. Vogel R., Lamster I., Wechsler S. et al. The effects of megadoses of ascorbic acid on PMN chemotaxis and experimental gingivitis. J. Periodontol 1986;57:472-9.
  20. Carvel I. and Halperin V. Therapeutic effect of water soluble bioflavonoids in gingival inflammatory conditions. Oral Surg. Oral Med. Oral Pathol 1961;14:847-55.
  21. Burton G. and Ingold K. Beta-carotene: an unusual type of liquid antioxidant. Science 1984;224:569-73.
  22. Hsieh S., Hayali A. and Navia J. Zinc. Chapter 9 in Curzon, M. and Cutress, T. (Eds), Trace Elements in Dental Disease. John Wright, Boston 1983.
  23. Pack A. and Thomson,M. Effects of extended systemic and topical folate supplementation on gingivitis of pregnancy. J Clin. Periodontol 1982;9:275-80.
Semakan Akhir : 2 September 2016
Penulis / Penterjemah : Dr. Aisah bt. Ahmad
Akreditor : Dr. Chan Yoong Kian

Artikel Berkaitan

Penyakit Periodontium

Penyakit Peridontium diperingkat awal (gingivitis) boleh dicegah dengan memberus gigi secara berkesan.

Cabutan Gigi

Cabutan gigi merujuk kepada exodontia, suatu prosedur pengeluaran atau pembuangan gigi daripada tulang rahang. Prosedur ini dilaksanakan apabila gigi tersebut didapati tidak dapat diselamatkan atau dikaitkan dengan sebarang patologi atau penyakit.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :Ā Ā  +603 8000 8000

FAKS :Ā Ā  +603 8888 6200

EMEL : Ā  myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,443

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK Ā  Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara Ā©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia