Dr. Yeoh Chiew Kit merupakan Pakar Ortodontik di Klinik Pakar Ortodontik Alor Setar, Kedah.
Beliau telah menamatkan pengajian di UCL Eastman Dental Institute dengan memperoleh ijazah Masters in Orthodontics dan Membership in Orthodontics (Royal College of Surgeons of England.
Kerja-kerja beliau melibatkan perundingan dan rawatan Ortodontik serta kes-kes kompleks yang melibatkan kepakaran Ortodontik dan kepakaran lain.
Beliau mengamal rawatan ortodontik awal termasuk rawatan interceptive orthdontics bagi kes-kes sesuai. Aplians yang diguna adalah aplians boleh tanggal, aplians fungsi, dan aplians tetap. Untuk kes-kes tertentu yang memerlukan pengakoran lebih, alat-alat sepert transpalatal arch (TPA), headgear atau mini-screw digunakan bersama dengan aplians tetap. Jenis aplians tetap yang digunakan adalah conventional ligation (besi) dan self-ligation (besi).
Beliau berminat dalam pengendalian rawatan untuk pesakit cleft lip and palate bersama-sama dengan rawatan kepakaran Pembedahan Plastic, Pergigian Kanak-kanak, Speech Therapy dan Ear, Nose and Throat.
Pengalaman kerja:
- Hospital Selayang (Jabatan Pembedahan Mulut)
- Klinik Pergigian Besar Tanjung Karang
- Klinik Perigian Rawang
- Klinik Pergigian Sg Buloh
- Eastman Dental Hospital, London, United Kingdom
- Klinik Pergigian Besar Sg Petani (Unit Ortodontik)
Semakan Akhir : 2 Julai 2014