A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Ear, Nose & Throat ( +30 )

Hilang pendengaran mengejut adalah situasi di mana seseorang akan mengalami kehilangan atau kekurangan keupayaan untuk mendengar secara tiba- tiba ...
Trakeostomi merupakan satu prosedur pembedahan dimana satu bukaan pernafasan alternatif dibuat pada bahagian depan leher pesakit ...
Keloid adalah parut besar yang timbul, tidak sekata dan akan semakin membesar ...
“Preauricular sinus” (pre=depan, auricular=telinga, sinus=bukaan kecil) adalah lubang kecil yang biasanya terdapat di hadapan cuping telinga luar . Ia adalah kecacatan kongenital (kecacatan semasa kandungan ibu) yang kadang-kadang di kenalpasti ketika bayi tersebut dilahirkan. ...
Vertigo adalah masalah dimana pesakit berasa seolah-olah dirinya berpusing atau objek dalam persekitaran yang berpusing serta hilang keseimbangan walaupun tiada pergerakan dilakukan. Simptom ini berkaitan dengan perubahan kedudukan kepala atau disebabkan oleh jangkitan pada bahagian telinga dalam atau saraf vestibular. Kesan masalah vertigo ini menyebabkan pesakit sukar untuk menjalani aktiviti ...
Rawatan radioterapi merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam merawat kanser. Radioterapi adalah sejenis rawatan menggunakan sinaran khas yang dipancarkan pada bahagian tubuh tertentu yang bertujuan untuk mengecutkan sel-sel kanser. Penggunaannya boleh menyebabkan kesan sampingan kepada organ-organ lain yang berdekatan. Secara tidak langsung, kaedah ini turut merosakkan sel-sel di dalam organ pendengaran ...
Patah tulang hidung adalah salah satu kecederaan yang paling kerap berlaku melibatkan -tulang muka. Ianya disebabkan oleh kecederaan kepada atas hidung. Dalam kebanyakan kes, terdapat juga patah ‘septum’ hidung (septum ialah struktur terdiri dari rawan ditengah rongga hidung yang membahagikanya kepada 2 bahagian iaitu kiri dan kanan) ...
Myringoplasty adalah satu pembedahan untuk menampal gegendang telinga yang berlubang atau pecah ...
Cecair di telinga tengah adalah cecair yang terkumpul di belakang gegendang telinga ...
Masalah pendengaran boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira umur dan jantina. Kebanyakan masalah pendengaran melibatkan kerosakan pada bahagian sel pendengaran atau saraf pendengaran di bahagian dalam telinga. Masalah ini tidak dapat diatasi dengan pengambilan ubat-ubatan atau pembedahan tetapi boleh diatasi dengan menggunakan alat bantu pendengaran. Alat Bantu Pendengaran Alat ...
Masalah Pendengaran Post-Lingual terjadi apabila individu mengalami hilang pendengaran setelah mahir bercakap dan berkomunikasi ...
Tinitus adalah bunyi di dalam telinga yang hadir tanpa rangsangan bunyi luar. Ia boleh didengari di sebelah telinga, kedua-dua belah telinga, atau di dalam kepala. Secara amnya tinitus difahami sebagai desingan, atau dengungan di dalam telinga yang terjadi secara berterusan atau berselang-seli. Tinitus boleh berlaku kepada semua peringkat umur tetapi dianggarkan hanya 0.5% hingga 2% sahaja yang terjejas akibat tinitus. ...
Biasanya individu yang mempunyai masalah penelanan mengalami kesukaran ketika mengunyah atau menelan makanan ...
Kebanyakan pesakit kanser tekak (larinks) berasa bimbang untuk menjalani pembedahan Total Laryngectomy. Mereka takut tidak boleh bercakap selepas menjalani pembedahan ...
Individu yang bermasalah suara perlahan boleh diatasi. Jika terdapat individu yang bermasalah suara yang perlahan dan individu tersebut ingin memulihkan suara perlahan kepada suara yang sesuai boleh merujuk kepada terapis pertuturan-bahasa ...
(Kenapa saya tak bau Durian?) Pengenalan Kehilangan deria bau berlaku apabila terdapat masalah di dalam rongga hidung, struktur hidung, saraf olfaktori (deria bau) ataupun masalah pada otak. Kebanyakan daripada kita pernah mengalami kehilangan deria bau terutamanya apabila kita demam, selsema dan tersumbat hidung. Di dalam kebanyakan kes sebegini, masalah deria ...
Pengenalan Epistaksis adalah masalah pendarahan dalam hidung. Ia berlaku di sebabkan saluran darah di dalam hidung koyak. Biasanya ia adalah tidak serius dan boleh dirawat di rumah, Walau bagaimanapun  ianya boleh menjadi teruk dan mengancam nyawa dan ini memerlukan rawatan perubatan. Anatomi: Rongga hidung di lapisi oleh lapisan mukosa yang ...
Suara dikatakan bermasalah apabila kualiti suara dari aspek kelangsingan suara dan kekuatan suara berubah dari suara kebiasaan sebelum ini. ...
Suara terhasil daripada getaran peti suara apabila udara dari paru-paru melalui peti suara yang terbuka dan tertutup ...
Pernahkah anda mengalami suara serak? Adakah anda merasakan suara serak adalah seksi? Tahukah anda, suara serak boleh mungkin menjadi satu petanda mengenai kesihatan pita suara anda? Kebanyakan daripada kita pernah mengalami suara serak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Namun, kebanyakan orang merasakan suara serak bukanlah suatu masalah kesihatan yang serius. Suara ...
Hampir 1.8% orang awal dewasa dan 30% warga emas di dalam populasi mengalami masalah kepeningan (Sloan et al. 2001). Vertigo, iaitu sensasi berpusing, lazimnya merupakan masalah yang terjadi pada organ vestibular dan keseimbangan badan. Organ vestibular dan keseimbangan pada telinga dalam terdiri daripada salur separuh bulat dan organ otolith yang ...
Masalah retrokoklea merupakan salah satu masalah yang berlaku di bahagian neural atau saraf yang menyumbang kepada masalah pendengaran. Di antara penyebab masalah retrokoklea termasuklah jangkitan, ketumbuhan, trauma, inflamasi, masalah vaskular dan masalah neurologi. Pengesanan masalah retrokoklea lazimnya melibatkan identifikasi kehadiran ketumbuhan seperti akustik neuroma dan sebagainya. Masalah pendengaran sensorineural adalah ...
PENGENALAN Tonsil adalah gumpalan tisu limfoid (sub-epitelium) yang terletak di bahagian tekak (orofarinks). Setiap manusia mempunyai 2 biji tonsil. Tonsil berbentuk bujur dan terletak di dinding sisi tekak (orofarinks) di antara tiang anterior (“anterior pillar”) dan tiang posterior (“posterior pillar”). Saiz sebenar tonsil adalah lebih besar dari apa yang kita ...
Pengenalan Rinitis atau selsema adalah radang pada hidung. Ia adalah keadaan di mana seseorang mengalami hidung berair atau berhingus, gatal hidung atau mata, bersin dan rasa hidung tersumbat. Ia terbahagi kepada Rinitis akut dan kronik. Simptom akut kurang dari satu bulan manakala kronik lebih dari enam minggu. Rinitis akut terdiri ...
Apa itu sinus? Sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung. Radang sinus? Radang sinus adalah keadaan dimana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan membrane pada rongga sinus. Radang sinus sering terjadi pada ...
Berdengkur ditakrifkan sebagai bernafas dengan menghasilkan bunyi keras disebabkan oleh getaran lelangit melalui mulut dan hidung yang terbuka semasa tidur. Adakah berdengkur perkara biasa? Dianggarkan 40% penduduk dewasa mengalamai berdengkur. Namun, prevalen adalah berlainan antara populasi. Persepsi mengenai berdengkur adalah berbeza-beza mengikut individu yang menjawab soalan (samada pendengkur atau teman ...
Pengenalan Alahan hidung ialah tindakbalas berlebihan pada sistem keimunan (sistem pertahanan badan yang melindungi badan anda daripada benda asing) terdapat allergen. Allergen adalah apa-apa bahan yang dapat menghasilkan tindakbalas alergi/alahan. Jenis-jenis 'allergen': 'aeroallergen' (udara): debunga, bulu binatang, kulat dan hama 'allergen' makanan Tanda dan Gejala Bersin yang berulang-ulang terutama ketika ...
Pengenalan Kesakitan semasa menelan. Ia mungkin dirasai di bahagian atas leher atau di bahagian bawah leher, di belakang tulang dada. Nama alternatif : Odynophagia Rasa membakar semasa menelan Tanda dan Gejala Penelanan adalah proses yang kompleks yang melibatkan mulut, tekak dan esophagus (saluran yang untuk mengangkut makanan ke dalam perut) ...
Pengenalan Telinga berair paling kerap berkaitan dengan jangkitan. Lelehan yang normal mungkin terdiri daripada tahi telinga atau air. Tahi telinga adalah berwarna perang muda, perang, perang tua atau jingga. Sebab-sebab utama telinga berair ialah jangkitan dengan cecair keruh atau nanah melalui gegendang telinga yang pecah atau berlubang Sebab-sebab utama telinga ...
Pengenalan Kesakitan telinga biasanya disebabkan masalah samada telinga luar (dari cuping telinga hingga gegendang telinga) atau telinga tengah (di belakang gegendang telinga). Ianya boleh disebabkan oleh masalah di tekak atau mulut seperti jangkitan pada tekak ( 'tonsillitis', 'pharyngitis'). Ketumbuhan pada tekak juga boleh menyebabkan kesakitan telinga. Punca-punca Berikut disenaraikan sebab-sebab ...
Pengenalan Benda asing biasanya dimasukkan secara tidak sengaja, ditelan atau disedut dan jarang berlaku pada dewasa. Benda asing boleh tersedut tanpa disengaja dan tersekat di dalam saluran pernafasan dan paru-paru. Ini adalah situasi yang sangat bahaya dan memerlukan rawatan kecemasan perubatan dengar segera. Benda asing boleh tertelan tanpa disengaja dan ...
Pengenalan Apakah peti suara? Peti suara ialah struktur di dalam larink yang tutup dan bergetar ketika bercakap dan menelan dan terbuka ketika bernafas. Peti suara terletak di dalam tekak, ia mempunyai 3 fungsi: Pernafasan Mencegah daripada makanan masuk ke dalam paru-paru Penghasilan suara (A)Kedudukan peti suara (B)Ketika bernafas (C)Ketika bercakap ...
Pengenalan Ia adalah keadaan di mana gegendang telinga bocor atau koyak. Gegendang telinga memisahkan telinga luar dari telinga tengah (yang mempunyai struktur penting). Fungsi gegendang juga melindungi telinga tengah daripada cuaca sejuk, angin, tahi telinga dan pelbagai lagi. Gegendang telinga menyerap bunyi dan memindahkan bunyi tersebut kepada tulang-tulang kecil di ...
Pengenalan "Sleep apnea" adalah keadaan yang berlaku bila seseorang kerap berhenti bernafas ketika tidur. Setiap episods pernafasan akan terhenti selama 10 saat atau lebih. Ia boleh dikategorikan sebagai ringan, sederhana atau teruk berdasarkan kepada jumlah apnea dan kadar pernafasan yang rendah (hypopnea) dalam setiap jam. Jumlah episod "apnea" boleh berlaku ...
Pengenalan Kebanyakan masalah hilang pendengaran di kalangan dewasa adalah berpunca daripada masalah yang didapati selepas lahir dan bukannya faktor genetik. Definisi Ia didefinisikan sebagai ketidakupayaan seseorang itu untuk mendengar pada satu atau kedua-dua telinga. Ada 3 jenis masalah kurang pendengaran: Masalah pendengaran konduktif - masalah ini berpunca daripada masalah pada ...
Pengenalan Alat bantu dengar ialah alat elektronik yang menggunakan kuasa bateri yang berfungsi untuk menguatkan bunyi bagi membantu pendengaran dan komunikasi yang lebih baik. Komponen komponen alat bantu dengar dan bagaimana cara ia berfungsi Alat bantu dengar mengandungi 4 bahagian : mikrofon amplifier fon telinga/pembesar suara bateri Alat bantu dengar ...
Pengenalan Telinga berdesing atau lebih dikenali sebagai "tinnitus" adalah keadaan di mana seseorang mendengar bunyi berdesing di dalam kepala dalam keadaan yang tidak ada apa apa punca bunyi disekelilingnya . Bunyi selalunya dikaitkan dengan berdesing tetapi kadang kadang bunyi mengaum, berdetik atau bunyi degupan jantung juga dikaitkan dengannya. Ia mungkin ...

Artikel Berkaitan

Myringoplasty

Myringoplasty is a surgical procedure to repair a perforated eardrum.

Tonsillitis

INTRODUCTION Tonsil ; sub-epithelial lymphoid tissue in the oropharyngeal part

Ear Discharge

Introduction Discharge from the ear canal and most commonly associated

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,827

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia