A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Psoriasis

[flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/dewasa/Psoriasis/Psoriasis.flv[/flv]

Download:

 

Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang. Sel ini berkumpul, nipis, bersisik dan kemerah merahan pada permukaan kulit.

Tanda-tanda
Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :

  • Keguguran sisik pada kulit
  • Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
  • Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza

Jenis-jenis psoriasis

  • Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
  • Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis
  • Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dipanggil erythrodermic psoriasis
  • Lampin psoriasis
  • Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk di mana ia boleh menimbulkan kesakitan

Bagi pesakit psoriasis, penghasilan sel kulit baru adalah cepat.

Rawatan psoriasis termasuk :

  • Topikal – Psoriasis sederhana
  • Terapi foto (selalunya ultra violet) – Psoriasis sederhana dan teruk
  • Sistemik (suntikan atau penanaman) – Psoriasis sederhana dan teruk.

Penghasilan secara berlebihan pengutus sel TNF (tumor necrosis factor) dipercayai sebagai penyebab terhasilnya psoriasis. Rawatan sistemik baru boleh meneutralkan TNF berlebihan pada tubuh badan dan seterusnya membaiki simptom psoriasis.

Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini.

P

 

Artikel Berkaitan

Mekanisma Tindak Balas Terhadap Stres

  [flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/mental/makanisma tindak balas terhadap stres/makanisma tindak balas terhadap stres.flv[/flv]

Implan

[flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/dewasa/implan/implan.flv[/flv] Download:   Pelbagai kaedah kontraseptif untuk merancang keluarga yang

Implan Silikon

[flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/dewasa/implan silikon/implan silikon.flv[/flv] Download:   SILIKON Silikon ialah kumpulan kompaun

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,766,880

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia