A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Remaja
  4. /
  5. Remaja Umum
  6. /
  7. Etika YouTube

Etika YouTube

Etika YouTubeSumber: http://www.molotov-jukebox.co.uk/sharingIcons/icon_youtube.png

Etika YouTube secara umumnya memberi tumpuan kepada pengguna maklumat di YouTube yang wajar. Di Suruhan Jaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Malaysia atau nama lain Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) berperanan dalam menggalakkan dan mengawal selia industri komunikasi dan multimedia dan juga menguatkuasakan undang-undang komunikasi dan multimedia di Malaysia. YouTube merupakan satu tempat umum masyarakat untuk berkomunikasi. Tempat tersebut membolehkan kita membuat kajian dalam pencarian maklumat dengan melihat klip video. Menerusi YouTube, kita boleh berkongsi maklumat dan membuat rujukan sebagai bahan untuk belajar dan mendapat maklumat terkini. Terdapat banyak kemudahan dan kelebihan yang dapat diterokai apabila menggunakan YouTube sebagai alat bantu untuk mendapatkan maklumat. Pengguna dapat melihat dan mendalami sendiri setiap perkara yang tidak diketahui dan difahami dengan mencari maklumat menerusi YouTube Kod etika pengunaan YouTube Penggunaan YouTube perlu mengambil maklum bahawa adalah menjadi kesalahan untuk:

  • Merosak dan mengancam keselamatan dengan menggunakan hak akses pengguna lain untuk mencapai sistem komputer, mendapatkan maklumat dan mengubah komponen sistem tanpa kebenaran
  • Memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian tidak berlesen
  • Menyedia dan menghantar maklumat berulang-ulang berupa gangguan
  • Menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan material, teks, ucapan, imej atau bahan-bahan yang mengandungi unsur-unsur lucah
  • Menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan maklumat YouTube atau internet yang melibatkan sebarang pernyataan fitnah atau hasutan yang boleh memburuk dan menjatuhkan imej Kerajaan
  • Menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam atas talian seperti newsgroup dan bulletin boarddi dalam YouTube
  • Memuat naik, memuat turun dan menyimpan gambar, lagu atau teks yang bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara dan menakutkan pengguna Internet yang laindan menghuru hara kan negara
  • Memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian berbentuk hiburan atas talian seperti permainan elektronik, video dan lagutanpa keizinan atau tidak berlesen

Etika YouTube2Sumber: http://media3.s-nbcnews.com/i/newscms/2014_21/463716/140523-youtube-1601.jpg

Sebagai seorang pengguna kita haruslah mengguna kemudahan komunikasi dan multimedia ini secara bijak. YouTube banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi. YouTube membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Integrasi teks bermaklumat, integrasi grafik yang menarik perhatian, integrasi animasi berilmu, integrasi audio menarik perhatian dan integrasi video tepat dan sesuai mampu menarik minat pelajar juga hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan.

Rujukan:

  1. Malaysian Communications and Multimedia Commission
Last Reviewed : 20 November 2015
Writer : Dr. Norizzati Bukhary binti Ismail Bukhary
Accreditor : Dr. Zienna Zufida binti Zainol Rashid

Artikel Berkaitan

Bagaimana Otak Remaja berfungsi!

Remaja sering kali menjadi mangsa salah faham oleh orang dewasa. Sebahagiannya adalah kerana otak mereka masih belum matang sepenuhnya dan orang dewasa biasanya cepat menilai apa saja tindakan yang dilakukan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,760

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia