Apakah faktor risiko yang menyebabkan penderaan kanak-kanak?
Tiada satu faktor pun yang dapat menerangkan kenapa sebahagian individu bersikap ganas terhadap kanak-kanak atau kenapa kanak-kanak tidak mendapat layanan sepatutnya lebih menyerlah berbanding sesetengah masyarakat yang lain.
Peningkatan risiko penderaan kanak-kanak berkaitan dengan kehadiran faktor dalam keluarga atau ibu bapa atau situasi keluarga.
Faktor risiko ini boleh dibahagikan kepada empat kumpulan:
Faktor risiko kanak-kanak
- Bayi pramatang, ketaknormalan sejak lahir, kurang berat badan, terdedah kepada toksin sejak dalam kandungan
- Panas baran : susah atau lambat untuk bertindak
- Fizikal/kognitif/ketidakupayaan emosi, penyakit yang serius atau kronik
- Kecederaan semasa kecil
- Kumpulan rakan sebaya yang anti sosial
- Umur – kanak-kanak muda lebih terdedah
- Kanak-kanak yang lasak, masalah perlakuan, kurang perhatian
Faktor risiko ibu bapa
- Faktor personaliti – agresif dan obsesi
- Penguasaan tindak balas yang lemah
- Kemurungan/kerisauan
- Kurang toleransi kepada kekecewaan
- Rasa tidak selamat
- Kurang percaya
- Rasa tidak selamat dengan ibu bapa sendiri
- Telah didera ketika zaman kanak-kanak
- Konflik keluarga, keganasan rumah tangga
Faktor risiko keluarga
- Struktur keluarga – ibu/bapa tunggal dengan kurang sokongan, jumlah anak yang ramai dalam satu rumah
- Pengasingan sosial, kurangnya sokongan
- Ibu bapa yang menghidap penyakit atau masalah mental
- Penyalahgunaan dadah
- Penceraian/perpisahan, terutamanya penceraian penuh konflik
- Umur
- Tahap tekanan yang tinggi
- Kurangnya interaksi antara ibu bapa dan anak, sikap yang negatif dan perlakuan anak
- Kurang pengetahuan dan jangkaan tinggi mengenai perkembangan kanak-kanak
Faktor risiko sosial/persekitaran
- Kemiskinan
- Kitar kehidupan yang getir keadaan sosial yang sukar
- Tiada kemudahan kesihatan, insurans kesihatan, penjagaan anak yang mencukupi dan perkhidmatan sosial
- Ibu bapa tidak bekerja, tiada rumah sendiri
- Pengasingan sosial/kurangnya sokongan sosial
- Terdedah kepada perkauman/diskriminasi
- Tiada bersekolah
- Terdedah kepada toksin persekitaran
- Persekitaran kejiranan yang ganas/merbahaya
- Keganasan dalam komuniti
Apakah kesan penderaan kanak-kanak?
Akibat jangka pendek
Akibat gangguan emosi dan perlakuan
- Rasa rendah diri
- Lasak terlampau/hiperaktif
- Mencederakan diri sendiri
- Kurang hubungan rakan sebaya
- Merasa malu/bersalah
- Gangguan somatik, histeria
- Penurunan prestasi pelajaran
- Masalah pemakanan
- Kemurungan, kerisauan
- Penyalahgunaan dadah/alkohol
Akibat penderaan fizikal dan emosi
- Hiperaktif, agresif, panas baran dan mudah terangsang dengan perbuatan kasar/ganas
- Tiada perasaan
- Terdedah kepada masalah emosi seperti buli atau ponteng sekolah
- Menyalahkan orang lain
- Lemah dalam perhubungan sesama sendiri , pembelajaran dan juga vokasional
Akibat pengabaian emosi
- Menyalahkan diri sendiri
- Diam dan tidak bereaksi atau tidak memberi respon sosial dan emosi kepada persekitaran
- Berkemungkinan besar menjadi mangsa keganasan apabila dewasa
- Kawalan diri kurang, rasa rendah diri
- Bersedih dan mudah menjadi murung
Akibat jangka panjang penderaan kanak-kanak
Kesan kesihatan
- Gangguan perkembangan
- Kurang upaya
- Masalah pemakanan
- Masalah tidur
- Kemurungan /kerisauan
- Kesan kesihatan reproduktif jangka panjang (long term reproductive health outcome)
- Kegagalan fungsi
- Kemandulan
Kesan Sosial
- Salah laku, perlakuan ganas
- Mencederakan/merosakkan diri sendiri
- Perlakuan berisiko tinggi
- Mungkin menjadi ibu/bapa yang mendera anak
- Penyalahgunaan dadah/alkohol
Akibat yang menyebabkan kematian
- Membunuh (Homicide)
- Membunuh diri (Suicide)
- Membunuh anak (Infanticide)
- AIDS
- Melakukan pengguguran haram
- Kematian akibat kesan buruk kesihatan reproduktif
Semakan akhir | : | 02 Mei 2008 |
Penterjemah | : | Dr. Siti Aishah Saidin |