A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Gangguan Pemakanan Remaja

Gangguan Pemakanan Remaja

Download:

Pengaruh media yang menonjolkan model-model wanita yang bertubuh kurus dan langsing sedikit sebanyak mempengaruhi imej terutama sekali di kalangan remaja
Ini selalu terjadi apabila remaja mula merasakan perubahan fizikal yang mengganggu emosi mereka. Masalah juga akan timbul jika wujud perbandingan bentuk badan di kalangan remaja dan rakan sebaya.
Ini akan memberi kesan ke atas tabiat pemakanan seseorang remaja dan boleh menimbulkan masalah gangguan pemakanan. Masalah gangguan pemakanan ini biasanya berlaku di kalangan remaja perempuan.
Anorexia Nervosa dan Bulimia Nervosa adalah sindrom yang berkaitan dengan tabiat pemakanan tidak betul dan boleh menjejaskan fungsi rupa bentuk badan seseorang. Bagi mereka yang mengalami masalah anorexia mereka amat takut untuk menambah berat badan mereka.
Mereka lazimnya akan mengurangkan pengambilan pemakanan, sentiasa berdiet ,berpuasa dan mengguna laksatif agar mendapat berat badan yang mereka inginkan.
Bulimia pula boleh dikesan melalui tabiat mengambil makanan dengan banyak dan kemudian memuntahkannya semula. Ini adalah salah satu cara bagi mereka menurunkan berat badan. Oleh itu berat badan mereka selalu berubah secara drastik.
Tanda-tanda dan Gejala-gejala Anorexia Nervosa dan Bulimia Nervosa adalah:

  • Denyutan nadi yang rendah
  • Tekanan darah rendah
  • Keletihan
  • Mengantuk
  • Kulit menjadi kering
  • Rambut tidak bermaya
  • Kemunculan bulu-bulu halus(Lanugo)
Dialog : Alia ,jom join kita orang
: Takpe lah
: Kenapa dengan dia ?
  • Mudah marah
  • Fikiran sering terganggu
  • Kurang bersosial untuk mengelakkan mereka daripada menikmati makanan
Dialog : Alia kenapa dengan awak ni?
: Takpelah, tolong jangan ganggu saya ye.
  • Kelewatan kedatangan haid

Walaupun terdapat pelbagai cara untuk mengelak daripada gangguan pemakanan yang tidak sihat ini, membina keyakinan kendiri anak-anak anda sambil membentuk kehidupan positif adalah penting. Tumpukan perhatian yang lebih kepada mereka.

Dialog : Murung ,muram je ni,esok kita pergi jumpa doktor ya.
: Baiklah mak

Jika anda rasa curiga dengan cara pemakanan mereka, dapatkan khidmat nasihat daripada pakar perubatan. Masalah gangguan pemakanan adalah berbahaya dan boleh menyebabkan komplikasi yang serius seperti:

  • Kehilangan otot,lemak tubuh dan juga mineral pada tulang
  • Kekurangan mineral utama dan vitamin
  • Gangguan Psikologi:
    • masalah penyesuaian diri semasa mengalami perubahan ke tahap akil baligh
    • Sentiasa mengasingkan diri daripada bersosial dan sering mengalami konflik keluarga
    • Kurang keyakinan diri
    • Gangguan mental seperti ketakutan dan kemurungan
  • Masalah-masalah lain:
    • pertumbuhan terbantut dan lewat mencapai akil baligh
    • Tulang mudah reput dan seterusnya mengakibatkan osteoporosis
    • berisiko tinggi mendapat penyakit kronik dan boleh membawa maut
Dialog : Alia ,jom makan ubat sayang
: Apa ni ibu .?

Lazimnya rawatan ubat tidak diberikan disebabkan ianya kurang efektif. Ubat anti kemurungan biasanya hanya diberikan kepada mereka yang mengalami masalah Anorexia Nervosa serta mengalami tekanan.
Mereka juga perlu di rujuk kepada pakar-pakar yang berkaitan untuk membantu dalam perawatan
Dialog : Alia makan ,nanti cepat sihat
Remaja yang mengalami masalah gangguan pemakanan perlu di beri rawatan objektif rawatan adalah untuk remaja mencapai berat badan yang normal dan tabiat makan yang baik supaya pertumbuhan fizikal dan mental mereka dapat berkembang dengan sempurna
Rawatan pemulihan biasanya mengambil masa yang lama dan rumit yang pentingnya sokongan keluarga dan persekitaran yang baik adalah perlu dalam proses pemulihan.
Pesanan Untuk Remaja:

  • Amalkan Pemakanan Sihat Seimbang
  • Memiliki Berat Badan Ideal

Amalkan Gaya Hidup Yang Lain :

  • Senaman
  • Tidak Merokok
  • Tidak Mengambil Alkohol
  • Riadah
G
Gangguan Pemakanan Remaja
Gout

 

Artikel Berkaitan

H

Hologram Meditag {jcomments off}

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,828

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia