A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Gaya Hidup Sihat :...

Gaya Hidup Sihat : Senaman

 

Berdasarkan data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan sekitar 300 juta penduduk di seluruh dunia menghidapi penyakit asma. Bagi kebanyakan penghidap asma ini, senaman fizikal yang berlebihan akan menyebabkan simptom asma mereka semakin teruk dan tidak terkawal.

Adakah ini bermakna penghidap asma tidak boleh bersenam, terlibat dalam aktiviti sukan atau kegiatan fizikal?

Asma dan Sukan

Mungkin ramai antara kita yang tidak mengetahui bahawa terdapat ramai ahli sukan ternama di seluruh dunia yang pada asalnya merupakan penghidap asma tetapi telah berjaya dalam bidang sukan yang mereka ceburi kerana bijak menangani asma.

Antaranya termasuklah atlet kebanggaan negara kita, M. Ramachandran, pemain hoki, Gary Roberts dan triatlet Sharon Donnelly.

Tatacara Senaman Yang Selamat

Satu garis panduan terkini telah dikeluarkan oleh pihak Senaman dan Sains Sukan Australia (ESSA) berkaitan tatacara senaman yang selamat, saranan yang efektif tentang senaman dan pemantauan yang diperlukan oleh penghidap asma yang menjalankan aktiviti senaman atau sukan.
Aktiviti fizikal atau senaman yang disarankan kepada penghidap asma hendaklah dilakukan selama 20-60 minit, 3-5 kali seminggu.

Pada hakikatnya ,ia tidak begitu berbeza dengan tuntutan senaman untuk individu sihat yang lain.

Jenis-Jenis Senaman / Sukan Untuk Pesakit Asma

Pihak Akademi A lergi, Asma dan Immunologi Amerika (AAAI) pula telah mengenal pasti beberapa aktiviti fizikal atau sukan yang lebih baik diamalkan oleh para penghidap asma.

Aktiviti berenang sebenarnya hanya membawa kebarangkalian yang sangat rendah untuk mencetus gejala asma, kerana seseorang perenang itu lazimnya terdedah kepada udara yang panas dan lembap semasa mereka menjalankan aktiviti renang . Seseorang penghidap asma yang memilih aktiviti renang juga akan mendapat manfaat tambahan iaitu menguatkan otot-otot bahagian atas badan mereka, khususnya otot dada yang penting untuk pernafasan yang lancar.

Jenis-jenis sukan atau senaman lain yang turut sesuai dilakukan oleh pesakit asma adalah seperti di bawah:

  • Berjalan pantas/ lambat
  • Berbasikal secara santai
  • Mendaki gunung/ bukit
  • Sukan berpasukan yang memerlukan penggunaan tenaga yang singkat seperti besbo l, bola tampar dan gimnastik
  • Aktiviti trek dan acara sukan padang yang bersifat jangka pendek berbanding acara trek atau sukan jangka panjang seperti bola sepak, hoki, bola keranjang dan larian jarak jauh

Mereka yang menghidap asma juga dinasihatkan supaya menjauhi aktiviti cuaca sejuk seperti meluncur salji.

Bagaimana Jika  Saya Hendak Terlibat Dalam Senaman / Sukan ?

Secara amnya, ramai di kalangan penghidap asma yang dicetuskan oleh aktiviti senaman (exercise-induced asma) masih boleh terlibat dalam apa jua jenis sukan, dengan syarat diagnosa yang tepat telah dibuat dan langkah intervensi yang strategik telah diambil.

Berikut disenaraikan beberapa langkah praktikal yang perlu dilakukan seseorang penghidap asma lakukan sekiranya mereka membuat keputusan untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal / senaman:

senaman3
Pastikan anda telah berunding dengan pegawai perubatan yang menjaga anda dan memastikan keadaan asma anda adalah terkawal sebelum bermula

 

 

 

senaman4Ambillah ubatan pencegah sebelum anda mula bersenam atau bersukan dan jangan lupa untuk membawa ubat inhaler penyelamat bersama-sama anda semasa aktiviti dijalankan (contoh : beta agonis dengan tindakan jangka pendek seperti Ventolin inhaler).

 

senaman6Sila pastikan juga anda melakukan aktiviti pemanasan badan yang cukup sebelum dan selepas tamat aktiviti sukan / senaman yang disertai, untuk mengurangkan risiko anda mendapat serangan gejala asma bawaan senaman.

 

senaman8Dinasihatkan agar anda mengehadkan aktiviti senaman / latihan sekiranya anda menghidap gejala serangan infeksi akut virus/ bakteria, juga ketika cuaca sejuk dan bersuhu rendah, serta pada paras pencemaran yang tinggi / berbahaya.

 

 

Kesimpulan

 

Kekal sihat dengan aktiviti fizikal dan gaya hidup cergas adalah sangat penting demi menjamin kesihatan jasmani dan mental yang seimbang, terutamanya bagi anda penghidap asma.

Ingatlah! asma bukan alas an untuk kita tidak aktif atau terlibat dalam aktiviti senaman fizikal.

Tanpa senaman, penghidap asma akan mempunyai tahap kecergasan aerobik yang rendah, dan pada jangka masa panjang akan meningkatkan risiko untuk mendapat obesiti, seterusnya pelbagai lagi penyakit kronik lain yang disebabkan oleh kurang aktiviti dan obesiti.

 

Rujukan

  • Akademi Allergi, Asma dan Immunologi Amerika, AAAAI. www.aaai.org
  • Persatuan Paru-paru Kanada, Canadian Lung Association. www.lung.ca
  • Senaman dan Sains Sukan Australia, ESSA. www.essa.org.au

 

Semakan Akhir : 14 July 2015
Penulis : Mohd Khairi B. Maslehan
Penterjemah : Mohd Khairi B. Maslehan
Akreditor : Dr. Azza Bt. Omar

 

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia