A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Gejala dan Mereka yang Berisiko Saringan untuk Pendengaran

Pengenalan

Walaupun kebanyakan warga emas dapat mengekalkan pendengaran yang baik apabila umur mereka meningkat, kurang pendengaran yang berkaitan dengan penuaan adalah lazim di kalangan warga emas.

Adalah mustahak untuk menyaring kehilangan pendengaran di kalangan mereka kerana pertambahan umur merupakan faktor risiko yang paling utama untuk masalah ini.

Presbikusis adalah istilah perubatan yang digunakan untuk kurang pendengaran yang berlaku di kalangan warga emas apabila umur mereka semakin meningkat. Presbikusis adalah penyebab utama masalah pendengaran di kalangan mereka yang berumur 55 tahun keatas.

Proses kehilangan pendengaran berlaku secara beransur-ansur. Proses ini biasanya mengambil masa bertahun-tahun dan melibatkan kedua-dua telinga. Pendengaran bunyi berfrekuensi tinggi (nyaring) adalah yang paling terjejas.

Gejala

Gejala hilang pendengaran termasuk:

  • Kesukaran untuk mendengar deringan telefon atau nyanyian burung-berlaku secara beransur-ansur.

  • Sukar untuk mendengar suara orang yang berdekatan

  • Sukar untuk mengikuti perbualan dalam kumpulan

  • Sukar menggunakan telefon

  • Mendapat teguran daripada rakan atau keluarga bahawa bunyi television terlalu kuat

  • Keluarga dan rakan lebih kerap terpaksa mengulangi kata-kata mereka kepada orang yang mengalami hilang pendengaran

  • Kerap meminta orang untuk mengulangi kata-kata mereka

  • Mengalami kekecewaan kerana tidak dapat mendengar

  • Bunyi yang tertentu seolah-olah berbunyi terlalu kuat

  • Mempunyai masalah untuk mendengar di dalam kawasan yang bising

  • Masalah membezakan bunyi-bunyi yang tertentu seperti “s” atau “th”

  • Lebih sukar untuk memahami orang yang mempunyai suara yang nyaring

  • Berdengung di dalam telinga

Siapakah di kalangan warga emas berisiko mengalami hilang pendengaran?

Tidak ada satu punca penyebab yang dapat menerangkan sepenuhnya kehilangan pendengaran dikalangan warga emas. Biasanya ia diakibatkan oleh perubahan di telinga dalam yang berlaku apabila usia sesaorang semakin meningkat tua.

Faktor berikut menyumbang kepada risiko hilang pendengaran berkaitan dengan umur:

  • Sejarah keluarga (hilang pendengaran di usia emas berlaku dikalangan ahli keluarga)

  • Terdedah kepada bunyi bising yang kuat dan berulang-ulang(cth. konsert)

  • Merokok (perokok lebih berkemungkinan untuk mengalami hilang pendengaran berbanding dengan bukan perokok)

  • Masalah perubatan seperti kencing manis, penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. (Penyakit-penyakit ini menyebabkan arteriosklerosis iaitu pengerasan dan penyempitan salur darah kepada koklea. Ini akan menyebabkan kekurangan bekalan darah ke bahagian penting komponen pendengaran di dalam telinga dalam)

  • Dadah atau bahan kimia yang toksik kepada organ pendengaran ( ototoksik) cth. gentamisin

  • Serumen (tahi telinga) yang mengeras dan membatu.

  • Jangkitan telinga dalam yang berulang dan berpanjangan

  • Kegemukan

  • Faktor genetik

Kesimpulan

Kehilangan pendengaran menjadi lebih ketara apabila kerosakan sel rerambut halus ditelinga dalam mencapai ke satu tahap tertentu. Keterukan hilang pendengaran berbeza daripada satu kepada orang yang lain pada umur yang sama.

Apabila gejala dan faktor risiko hilang pendengaran di kalangan warga emas dikenalpasti, saringan hilang pendengaran dapat dilaksanakan. Bantuan alat bantu pendengaran dapat ditawarkan kepada mereka apabila masalah hilang pendengaran dapat disahkan.

Rujukan

  1. US Preventive Srvice  Task Force

  2. http://www.patient.co.uk/health/Presbyacusis-(Hearing-Loss-of-Older-People).htm

Semakan Akhir : 16 April 2014
Penulis : Dr. Ruziatun binti Hasim

Artikel Berkaitan

Paru-Paru

Semasa proses penuaan, otot untuk proses pernafasan seperti diafragma akan menjadi lemah sebanyak 25%. Tambahan pula, kurang oksigen yang mampu diserap dari udara yang dihisap masuk.

Kekeliruan

Kekeliruan merupakan masalah yang biasa dihadapi oleh warga emas berusia 65 tahun ke atas

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,816

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia