A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Kesihatan Pergigian
  4. /
  5. Pergigian Umum
  6. /
  7. Gigitan Pipi Yang Tidak...

Gigitan Pipi Yang Tidak Terkawal

Ini adalah suatu kejadian di mana berlaku iritasi (gangguan) kronik atau kecederaan terhadap tisu pipi di dalam mulut.

 

Pendahuluan

Ini adalah suatu kejadian di mana berlaku iritasi (gangguan) kronik atau kecederaan terhadap tisu pipi di dalam mulut.

Etiologi

  1. Gigitan maloklusi (ketidakseimbangan gigitan)
    • Keadaan gigitan yang seimbang adalah penting supaya tisu pipi dan mulut tidak tercedera semasa proses pengunyahan makanan. Selain itu, susunan gigi bawah yang seimbang juga penting supaya lidah tidak tergigit.
    • Keadaan gigitan yang tidak ideal akan mengganggu keseimbangan fungsi pengunyahan oleh susunan gigi atas dan bawah.
       
  2. Skeletal diskripansi (ketidakseimbangan tulang rahang)
    • Ketidakseimbangan antara tulang rahang atas (maksila) dan tulang rahang bawah (mandibel) akan menyebabkan terjadinya keadaan gigitan yang tidak ideal. Ini akan mengganggu keseimbangan gigitan dan fungsi pengunyahan.
       
  3. Tabiat
    • Parafungsi (Tabiat yang tidak normal)
      • Aktiviti-aktiviti stomatonaktik (struktur-struktur yang terlibat dalam proses percakapan dan pengunyahan) yang menjadi tidak normal.
      • Tabiat tergigit pipi biasanya berlaku di bawah sedar.
      • Biasanya disebabkan faktor stres/tekanan.
  4. Gigi palsu yang tidak berkualiti
    • Pembuatan gigi palsu yang tidak mengikut prosedur sepatutnya. 
    • Susunan gigi pada gigi palsu yang tidak betul di luar zon neutral (rahang gigi) menyebabkan kehilangan keseimbangan kekuatan mendatar di antara lidah dan pipi.
       
  5. Sistem saraf: Penyakit Parkinson
    • Salah satu penyakit yang berpunca dari sistem saraf pusat.
    • Pesakit biasanya mengalami diskinesia (Pergerakan yang tidak terkawal di kawasan bawah muka, ia selalunya disebabkan oleh ubat anti-psikotik)
    • Simptom adalah termasuk pergerakan muka, rahang dan jari yang tidak terkawal, proses pengunyahan yang di luar kawalan serta tongue thrust (lidah berada di antara gigi atas dan bawah sebelum dan semasa mengunyah.)
       
  6. Permukaan gigi yang kasar
    • Permukaan yang gigi kasar dan tajam akan menyebabkan kecederaan terhadap tisu pipi,mulut dan lidah.

Ciri-ciri klinikal:

  • Ia selalunya terjadi di sebelah kiri dan kanan pipi.
  • Permukaan mukosa kelihatan berwarna putih bercampur merah, dan selalunya ada tanda-tanda ulser.

    Clinical features1
    Clinical features2

Komplikasi dari gigitan pipi yang tidak terkawal.

  1. Ulser traumatik
    • Daya pengunyahan dan gigitan yang tidak seimbang ke arah tisu pipi dan mulut akan menyebabkan terjadinya ulser
    • Ulser traumatik yang disebabkan oleh kecederaan fizikal muncul sendirian (single ulcer) sebagai ulser yang agak dalam, terjadi di tempat tertentu dan mempunyai lingkungan sempadan yang tidak sekata.
    • Ulser yang disebabkan oleh trauma fizikal akan sembuh dalam tempoh 10-14 hari.
    • Rawatan untuk ulser traumatik termasuklah :
      • Merawat gangguan setempat yang terbabit
      • Penggunaan mouth guard (pelindung mulut yang lembut),
      • Penggunaan ubat kumur yang mengandungi ubat bius dan penggunaan ubat topikal steroid.
        Traumatic ulcers1
        Traumatic ulcers2
        Traumatic ulcers3
  2. Patologi kelenjar air liur minor/kecil
    • Gigitan pipi yang tidak terkawal akan menyebabkan kecederaan kepada kelenjar air liur dan menyebabkan kesesakan aliran keluar air liur terganggu.
    • Ini akan menyebabkan kelenjar jadi bengkak dan menjadi mucocele(benjolan lembut pada tisu pipi atau mulut yang berwarna kebiruan.)

      Minor salivary gland pathology
       

  3. Perubahan Neoplastik
    • Kejadian trauma yang kronik berserta pengambilan bahan karsinogen (bahan yang boleh menyebabkan berlakunya pembentukan tisu kanser seperti rokok, alkohol dan sirih pinang ) boleh menyebabkan pembentukan kanser mulut.
    • Tisu-tisu bersifat kanser ini boleh terjadi dalam bentuk patologi berulser, benjolan dan lesi berwarna merah atau putih.

      Neoplastic changes1
      Neoplastic changes2

Rawatan

  1. Pemeriksaan mulut yang berkala.
  2. Menghapuskan atau merawat agen-agen penyebab (contoh : Gigi palsu yang rosak, merawat ketidakseimbangan gigitan).
  3. Jika ia melibatkan tabiat yang tidak terkawal, pesakit haruslah dimaklumkan akan keadaan berkaitan dan bagaimana untuk mengatasinya. Penggunaan splint lembut atau night guard mungkin membantu. Kalau gigitan pipi berlaku pada waktu malam, pesakit haruslah memakai splint pada waktu malam.

    Management
     

  4. Penggunaan Vitamin A dalam membantu pemulihan lapisan tisu dalam mulut.
  5. Kaunseling dan psikoterapi mungkin diperlukan dalam kes-kes yang melibatkan masalah psikologi.

Rujukan

  1. Cawson’s Essentials of Oral Pathology and Oral Medicine – R. A Cawson, G. W Odell
  2. Colour Atlas of Dental Medicine Oral Pathology – Peter A. Reichart, Hans Peter Philipsen
  3. Prevention of Habitual Cheek Biting: A Case Report – Martin Romew, Ascension Vincente, Luis A Bravo

 

Last Reviewed : 23 March 2017
Writer / Translator : Dr. Saravanan a/l Gopalan
Accreditor : Dr. Marzuki bin Zainal Abidin

 

Artikel Berkaitan

Penjagaan Luka Di Bahagian Muka

Kecederaan di muka sering berlaku di dalam setiap kemalangan seperti kemalangan jalan raya, serangan daripada manusia atau haiwan, kebakaran, letupan dan tembakan.

Autisma Dan Kesihatan Pergigian

Individu dengan autisma memerlukan pendekatan khas untuk penjagaan kesihatan mulut. Pencegahan masalah pergigian adalah isu penting disebabkan oleh beberapa faktor

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,816

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia