A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Haiwan Peliharaan

Haiwan  peliharaan adalah haiwan domestik atau haiwan yang di jinakkan untuk dijadikan teman dan perlindungan seperti anjing, kucing, arnab, burung, hamster dan sebagainya.

Sumber: Google

Haiwan  peliharaan adalah haiwan domestik atau haiwan yang dijinakkan untuk dijadikan teman, perlindungan atau hiburan. Haiwan yang sering dipelihara adalah seperti anjing, kucing, arnab, burung, hamster, khinzir dan sebagainya. Ada juga yang memelihara reptilia seperti jenis cicak atau ular sebagai haiwan peliharaan.

Boleh kah saya memiliki haiwan peliharaan?

Memiliki haiwan peliharaan bermakna kamu bertanggungjawab ke atas kebajikan haiwan tersebut; bukan setakat mengatakan ia milik kamu. Kamu bertanggungjawab memastikan ia sihat, kelihatan bersih dan kemas serta gembira. Walaubagaimanapun kesihatan dan kebajikan diri sendiri perlu di utamakan. Oleh itu ada beberapa perkara yang kamu perlu tahu sebelum mempertimbangkan untuk memiliki haiwan peliharaan.

Sumber: Google

 

  1. Adakah kamu mempunyai alahan atau mengidap penyakit asma?

Alergen adalah bahan yang boleh menyebabkan serangan asma tercetus. Air liur, air kencing, najis, bulu serta dander adalah allergen dan boleh menyebabkan tercetusnya serangan asma. Apa itu dander? Ia adalah cebisan kulit yang terkeluar dari kut anjing, kucing, tikus atau mana mana haiwan yang ada bulu. Bulu haiwan juga boleh memerangkap habuk, polen, kutu, kulat dan beberapa alergen lain. Jika anda sensitif kepada haiwan ini kamu mungkin akan merasa gatal hidung dan berair, bersin, mata jadi merah dan berair bila terdedah pada haiwan ini. Jika kamu menghidap asma, kamu mungin akan mendapat serangan asma. Dapatkan nasihat doktor jika kamu sedang mempertimbangkan untuk memiliki haiwan peliharaan.

  1. Adakah rumah, apartment atau rumah pangsa yang kamu diami membenarkan kamu untuk memelihara haiwan di dalamnya?

Sesetengah perumahan tidak membenarkan penghuninya memelihara haiwan peliharaan. Ini mungkin untuk menjaga kebersihan persekitaran dan mungkin juga untuk menghormati penghuni lain yang mungkin tidak suka atau alah pada haiwan peliharaaan . Jadi dapatkan dahulu maklumat tentang peraturan di kawasan perumahan kamu.

  1. Adakah kamu mempunyai masa untuk mereka?

Perhatikan semula jadual harian kamu. Adakah kamu mempunyai cukup masa untuk membersihkan, memberi makan serta menjaga haiwan tersebut.

  1. Adakah kamu mampu untuk memelihara haiwan peliharaan? Berapakah kos untuk menjaga haiwan peliharaan?

Kamu mungkin tidak bernasib baik seperti sesetengah orang yang memiliki haiwan peliharaan yang datang sendiri atau sesat kerumah mereka. Kamu mungkin perlu membeli haiwan yang kamu minati. Memastikan kesihatan serta kebersihan haiwan peliharaan juga kadangkala melibatkan kos yang tinggi. Adakah kamu mampu? Jika kamu tekad untuk memilikinya, kamu mestilah mula menabung atau minta bantuan dari ibu bapa kamu.

  1. Dapatkan informasi yang mencukupi berkenaan haiwan yang ingin kamu pelihara.

Haiwan peliharaan adalah benda hidup yang mempunyai keperluan yang sama seperti benda hidup yang lain. Mereka perlu diberi makan, dibersihkan serta diberi perhatian. Dapatkan maklumat daripada internet atau kedai haiwan keperluan yang khusus untuk haiwan yang kamu minati. Haiwan peliharaan mungkin memerlukan imunisasi berkala serta diberi ubat cacing. Sesetengah kucing mungkin menjadi perumah kepada parasit toxoplasma yang boleh menyebabkan kamu dijangkiti dengan penyakit toxoplasmosis jika kamu terdedah kepada najisnya. Dengan maklumat yang lengkap kamu akan lebih bersedia.

  1. Pastikan kamu mendapat kebenaran daripada kedua ibu bapa kamu.

Ibu bapa kamu perlu tahu aktiviti kamu dan memberi kebenaran untuk keputusan kamu melihara haiwan di rumah. Bincanglah dengan mereka. Mereka bukan sahaja mungkin memberi kebenaran malah mungkin boleh membantu kamu.

  1. Pilihlah jenis haiwan peliharaan yang sesuai.

Tidak semua haiwan boleh dijadikan haiwan peliharaan. Haiwan eksotik, agresif dan hampir pupus mungkin tidak sesuai untuk dipelihara.

  1. Keselamatan kamu selalu diutamakan.

Haiwan peliharaan kamu mungkin akan menyerang kamu jika ia merasakan dirinya terancam walaupun pada dasarnya ia jinak. Pastikan keselamatan kamu pada setiap masa. Jika kamu digigit atau cakar atau cedera akibat haiwan peliharaan kamu, dapatkan rawatan perubatan.

Sumber: www.utusan.com

Adakah memiliki haiwan peliharaan bagus untuk saya ?

  1. Haiwan peliharaan boleh menjadi kawan serta teman yang baik. Sesetengah remaja akan bercakap dengan haiwan peliharaan mereka jika mereka mempunyai masalah. Mereka merasa ada yang sudi mendengar dan semua rahsia mereka terjaga. Bagi remaja yang tidak mempunyai ramai kawan, memiliki haiwan peliharaan kadangkala boleh memenuhi keperluan sosial dirinya.
  2. Perasan dan sikap positif kamu terhadap haiwan peliharaan kamu boleh meningkatkan rasa harga diri dan keyakinan diri kamu.
  3. Menjaga haiwan peliharaan boleh membentuk sikap bertangungjawab dalam diri kamu. Menjalankan tugasan harian dalam menjaga haiwan peliharaan kamu akan menjadikan kamu seorang yang lebih bertanggungjawab.
  4. Ia mengajar kamu erti kehidupan. Haiwan peliharaan seperti benda hidup lain perlu pasangan, membiak dan mati. Ini adalah satu perkara yang lumrah dan memberi pengalaman kepada kamu.
  5. Jika kamu memiliki anjing kamu perlu membawanya untuk keluar berjalan . Ini akan memastikan kamu aktif dan meningkatkan aktiviti fizikal kamu.
  6. Dalam menjaga haiwan peliharaan kamu mempunyai pengalaman disayangi serta menyayangi, suka serta kesetiaan. Ia juga mengajar kamu untuk belajar menghormati benda hidup yang lain.

Memiliki haiwan peliharaan adalah satu pengalaman yang menggembirakan. Ianya memberi kamu teman, kegembiraan dan kehidupan yang lebih bermakna berbanding dengan menghabiskan masa dengan permainan elektronik yang besar kemungkinan menyebabkan kamu lalai serta ketagih. Jadilah remaja yang ceria dan bijak.

Rujukan:

  1. Children and Pets: a winning combination. Psychiatric Times. Website:psychiatrictimes.com
  2. American academy of child and adolescent psychiatry. Pets and Children Web: aacap.org
  3. .not siblings..are child’s best friends, researchers find. Web: sciencedaily.com
  4. hayfieldanimalhospital.com
Semakan Akhir : 25 Jun 2018
Penterjemah : Dr. Salmah Bt. Nordin
Akreditor : Dr. Siti Aishah Bt. Saidin

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia