A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pengenalan

Hepatitis B adalah sejenis penyakit berjangkit yang ketiga paling kerap berlaku di kalangan pelancong. Penyakit ini menyebabkan radang hati. Ia berlaku secara endemik (penyakit yang sentiasa wujud di dalam suatu populasi). Di Afrika dan Asia, kebanyakan jangkitan berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak manakala di Amerika Utara, jangkitan berlaku di kalangan dewasa. Bagi negara membangun, Hepatitis B berlaku di kalangan kumpulan yang berisiko tinggi seperti penagih dadah yang (menggunakan jarum suntikan), individu yang mempunyai beberapa pasangan seksual dan anggota perubatan (contohnya doktor, pakar bedah, doktor gigi, pakar patologi, jururawat dan anggota pusat hemodialisis).

Agen penyebab: Virus Hepatitis B (HBV), Hepadnaviridae.

Cara jangkitan: Hepatitis B berjangkit melalui sentuhan dengan cecair badan (seperti air liur, air mani dan cecair faraj), pemindahan darah atau produk darah yang tercemar, hubungan seksual, atau melalui jarum suntikan yang tercemar. Jangkitan juga boleh berlaku daripada ibu kepada bayi (semasa hamil) dan sekiranya kulit di tembusi jarum tercemar semasa akupunktur, bertindik dan bertatu.

Tempoh pengeraman: 45 hingga 180 hari, purata 60 hingga 90 hari.

Tanda dan gejala

Walaupun kebanyakan kes Hepatitis B tidak menunjukkan tanda dan gejala, antara gejala yang boleh berlaku adalah kurang selera makan, loya, muntah, perut rasa tidak selesa, sakit sendi, ruam serta kekuningan pada mata dan kulit.

Komplikasi

Sirosis hati (kerosakan hati yang teruk hingga menyebabkan kematian sel-sel hati) dan/atau kanser hati.

Rawatan

Rawatan simptomatik: Berehat, lebihkan minum air dan gunakan ubat antipiretik (contohnya Paracetamol) untuk melegakan demam.

Pencegahan dan langkah berjaga-jaga

Individu yang berisiko di nasihatkan berhubung dengan pihak kesihatan untuk mendapatkan vaksinasi Hepatitis B

Jenis vaksin: Virus yang telah dilemahkan.

Bilangan dos: Tiga (3) dos. Vaksin disuntik di paha. Juga terdapat jenis produk vaksin yang hanya memerlukan dua (2) dos sahaja untuk golongan remaja.

Kontraindikasi: Reaksi buruk terhadap dos sebelumnya.

Tindak balas buruk: Terasa sakit dan kemerahan.

Sebelum perjalanan: Dos kedua diberikan sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum perjalanan.

Disyorkan untuk: Semua individu yang akan melawat kawasan berisiko jangkitan penyakit Hepatitis B tahap sederhana dan tinggi.

Langkah berjaga-jaga: Amalkan seks yang selamat dan elakkan aktiviti yang mungkin menggunakan alat suntikan yang tercemar seperti bertindik dan bertatu.

Semakan Akhir : 5 Ogos 2013
Penulis : Dr. Norhayati Rusli

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia