A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Hikmah Disebalik Musibah

Pengenalan

Tahun 2014 merupakan tahun yang menyedihkan bagi kita rakyat Malaysia kerana kita ditimpa dengan pelbagai musibah yang menimpa saudara kita seperti banjir, tanah runtuh, jerebu, tragedi kapal terbang seperti MH17 dan MH370. Begitu juga dengan kejadian tsunami yang menimpa suatu ketika dulu.

Gambar: Kosmo

Antara musibah yang paling memberi kesan kepada kita adalah kejadian banjir teruk yang melanda di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. Kejadian ini bukan setakat menyebabkan kerugian wang ringgit dan harta benda tetapi terdapat juga kes kehilangan nyawa. Musibah yang melanda turut memberi kesan psikologi jangka panjang khususnya bagi yang mengalami kerosakan harta benda atau kehilangan ahli keluarga yang disayang.

  Gambar: Kosmo

Tragedi lain yang turut menggemparkan kita adalah tragedi berdarah peristiwa pencerobohan Lahad Datu dan Semporna, Sabah. Ramai wira negara kita yang gugur ketika memperjuangkan kedaulatan negara. Seterusnya kejadian bertarikh 8 Mac 2014 sekali lagi menggemparkan kita dengan kehilangan pesawat Malaysian Airlines MH370. Kehilangan pesawat ini melibatkan 239 penumpang dan anak kapal yang telah berakhir di tengah Selatan Lautan Hindi. Selang empat bulan berikutnya kita dikejutkan lagi dengan tragedi yang juga melibatkan kapal terbang iaitu pesawat MH17 yang dilaporkan terhempas pada 17 Julai 2014 kira-kira pukul 10.15 malam waktu Malaysia di Donetsk, timur Ukraine.

Definisi

Hikmah: Rahsia, kelebihan atau tujuan sebenar di sebalik sesuatu perkara

Musibah: Bencana, malapetaka

Rawatan Psikologi

Antara kesan yang dilaporkan ialah gangguan psikologi kepada mangsa. Gangguan ini dinamakan pasca trauma atau Post-Traumatic Stress Disorder(PTSD).

PTSD bermaksud suatu perasaan ketakutan atau kebimbangan yang menyelubungi kehidupan seseorang setelah ditimpa sesuatu bencana. Mangsa akan terus mengingati dan membayangi saat-saat buruk yang mereka hadapi. 50%pesakit PTSD boleh mendapat kemurungan dan ini boleh mendedahkan mereka kepada perasaan ingin bunuh diri.

Rawatan kecelaruan PTSD adalah menyeluruh berdasarkan prinsip biopsikososial dan spiritual. Rawatan juga bergantung kepada keterukan penyakit. Pesakit yang mengalami PTSD jarang sekali perlu dimasukkan dalam hospital. Selain ubat-ubatan, pesakit PTSD boleh juga dirawat dengan rawatan psikososial. Antara cara rawatan ini adalah

  1. Berbincang cara penyelesaian masalah
  2. Berbincang cara meluahkan dan menangani kemarahan
  3. Berbincang cara terbaik menangani stress
  4. Mendapat penjelasan tentang penyakit, rawatan dan komplikasi
  5. Menyelesaikan masalah sosial lain melalui rujukan kepada agensi berkenaan.

Rawatan psikologi kedua adalah psikoterapi.

  1. Behavioral therapy seperti teknik relaksasi dan teknik pernafasan perlu dipraktikkan selalu.
  2. Cognitive behavioural therapy telah terbukti sangat efektif untuk pesakit kecelaruan PTSD.
  3. Exposure therapy iaitu mendedahkan semula pesakit kepada trauma secara imiginasi secara sistematik dan berterusan agar mereka mengetahui imaginasi tersebut hanyalah dalam kotak fikiran mereka. Ini boleh membantu mereka lali dengan trauma yang dihadapi.
  4. Pengurusan stress yang baik.
  5. EMDR: melalui kaedah ini pesakit menceritakan trauma yang telah berlaku dengan mata memberi tumpuan kepada pergerakan jari terapis.

Pengajaran daripada musibah

Dalam sesuatu kejadian yang menimpa kehidupan seseorang pasti ada hikmah yang tersirat di dalamnya. Kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin yang tidak dilanda musibah ini boleh turut sama membantu mangsa-mangsa tragedi ini. Dengan cara ini kita dapat mendidik diri untuk memupuk semangat kerjasama, semangat kemanusiaan, sikap rendah diri dan berpasukan.

Sebagai contoh banjir yang melanda sebahagian negara kita memang meninggalkan kesan yang mendalam. Ada yang kehilangan tempat tinggal dan ada juga yang kehilangan saudara mara yang menjadi korban kerana dibawa arus deras. Musibah banjir pada tahun ini adalah yang terburuk setelah beberapa tahun ke belakang. Bilangan mangsa banjir meningkat dari hari ke hari ditambah dengan kerugian wang ringgit.

Secara rumusannya, bagi yang terkena musibah ini atau menyaksikannya haruslah merenung kembali ajaran agama dalam menghadapi sebarang musibah mampu diharungi dengan sabar dan syukur.

Rujukan:

  1. Kosmo
  2. Kamus dewan bahasa dan pustaka
  3. Astro awani
  4. Portal MyHealth
  5. Beat depression fast: 10 steps to a happier you using positive psychology
  6. The body keeps the score: brain, mind and body in the healing of trauma
Semakan Akhir : 17 Januari 2017
Penulis : Awang Mohd Azmi bin Endal
Akreditor : Tn. Hj. Hairol Kamal bin Abdul Rahman

Artikel Berkaitan

Dilema Kahwin Lambat

Remaja yang berkahwin lari dari rumah mudah terjebak dengan jenayah keganasan lain seperti pelacuran, pornografi dan sebagainya lagi. Situasi seperti ini berlaku apabila remaja yang berkahwin lari akan menjadi bebas tanpa kongkongan daripada mana-mana pihak termasuklah ibu bapa

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia